Hari yang dinantikan pun telah tiba.Periksa SPM 2010 akan berakhir pada petang itu.Kelihatan ramai pelajar SMK Munshi Abdullah sudah berada di sekolah untuk melakukan pembacaan buat kali terakhir kerana periksaan kertas 1 bermula agak lambat iaitu pada pukul 11 setengah hari.Aku,Sofia dan Quratu memilih ke surau untuk kami belajar.Kawan baikku yang sama dengan kelasku,Farhana turut ikut serta.Setelah jam menunjukkan pukul 11,kami semua pun diarahkan masuk ke dewan untuk memulakan peperiksaan.Tamatnya kertas 1,kami terpaksa menunggu lagi bagi kertas yang kedua iaitu penulisan esei.Tepat pukul 2 petang,kami memulakan peperiksaan buat kali terakhir bagi tahun itu.Tepat pukul 4 petang,kedengaran suara menjerit setelah habisnya periksa pada hari itu.
“Hooray! Akhirnya habis juga beban kita selama ini!” kataku kepada kawan-kawan rapatku.
“Betul tu.Lepas ni bolehlah kita nak buat apa je.Airina,kau tahun ni tak pergi mana-mana ke?”Tanya Quratu.
“Quratu,Cik Rin kita ni nak pergi Indonesia.Itulah esok dia dah balik awal kalau tidak selama seminggu duduk dekat sini,”balas Sofia.Ketika kami sedang berkumpul di pondok surau sekolah,Yusri pun datang ke arah kami.
“Ooooh..ini dia Encik Yusri,kita datang sini.Di mana ada Airina,di situlah ada Yusri,”kata Quratu.
“Eh..kau ni,Quratu.Tak pasal-pasal nanti ada orang belasah aku balik rumah ni,”balasku sambil menjeling ke arah Sofia.Kelihatan Sofia memandang tajam ke arahku dan aku terus mengalihkan pandangan.Yusri bersuara apabila melihat ketegangan ini.
“Rin,kau dah bagi belum benda tu yang aku suruh bagi tu?”
“Alamak!Aku lupalah.Nanti aku bagilah dekat dia,kau jangan risau.Kau datang sini semata-mata nak cakap tu ke?”soalku pada Yusri.
“Tak adalah.Aku nak cakap dekat kau yang Ain ajak pergi rumah dia dengan Fatimah dan Farhana sekali.”
“Alah…nak naik apa pergi sana?”
“Hari ni dia bawa kereta Unser,kau orang perempuan pergilah ikut sekali.Aku dengan sekutu aku naik motorlah apa lagi.Cuma Farhan dan Nazirul sahaja yang naik kereta sebab Farhan pun bawa kereta pergi sekolah hari ni.Aku pergi dululah,jumpa dekat sana nanti,”katanya terus berlalu pergi.
“Sofi,boleh tak kalau kau cakap dekat mak kau ambil pukul 5.30?”
“Okey,aku tunggu kau dekat kedai depan ni,kau jangan lambat pulak.”
“Thank you,Sofi.Jumpa nanti.Aku pergi dulu.Bye!”kataku terus melangkah pergi ke arah tempat letak kereta depan dewan.Setelah itu,aku dan Farhana sampai di kereta.Kami pun bergerak ke rumah Ain.
Sampai sahaja di rumah Ain,kawan-kawan sekelasku begitu teruja melihat makanan yang dihidangkan.Sebelum,majlis makan-makan dimulakan.Ain memberi sepatah dua kata sempena hari terakhir kami bersama.Majlis ini aku rasa macam dekat hotel lah pulak siap ada ucapan.Apa-apa pun,aku banyak berterima kasih dekat Ain sebab kumpulkan kami semua budak melayu untuk datang ke rumahnya dan tidak ada satu pun yang tertinggal termasuk beberapa budak cina kelas kami turut dijemput.
“Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Aku cuma nak ucap terimah kasih dekat kau orang semua sebab sudi hadir ke rumah aku hari ini.Lagipun masa hari raya aku tak sempat nak buat rumah terbuka jadi aku rasa hari inilah yang terbaik untuk aku jemput kau orang semua memandangkan kita semua dah habis periksa dan selepas ini masing-masing dah buat kerja sendiri.Aku rasa itu jelah yang aku nak cakap.Jemputlah makan,”kata Ain sambil mengesat air matanya.Aku terus bangun dan memeluk Ain dan Farhana turut ikut serta seperti apa yang aku lakukan.
“Insya Allah,aku doakan satu kelas kita berjaya,”kataku ketika dalam dakapan Ain.
“Ceh…buat drama sedihlah pulak kau orang perempuan ni,”kata Farhan.
“Biasalah tu,Farhan.Kau macam tak tahu perangai perempuan bila nak berpisah.Ain,aku makan dululah kalau tunggu kau orang punya drama sampai bilalah perut aku tak berisi,”sambut Yusri.
Ain sekadar memandang dan menganggukkan kepala.Pada petang itu,kami makan dengan berselera sekali.Setelah mengucap terima kasih kepada mak Ain,Ain pun menghantar kami yang perempuan pulang ke sekolah semula.Ketika sampai kelihatan Sofia tengah duduk di kedai depan sekolah.Mungkin menunggu kedatanganku.Sebelum keluar aku masih tidak putus-putus mengucap ribuan terima kasih pada Ain.Farhana dan Fatimah sudah pulang sejurus sahaja kereta Ain sampai di sekolah.Aku pula terus mendapatkan Sofia setelah kereta Ain pergi.Sofia memandangku dengan tidak puas hati.
“Sofi,kau kenapa pandang aku macam tak puas hati?”tanyaku dan memukul bahunya.
“Yelah,kau tinggalkan aku seorang di sini.Nasib baik ada Quratu yang teman aku tadi,kalau tidak aku dah jadi orang gila seorang-seorang dekat sini,”katanya lalu memuncungkan mulut.Aku mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Sofia.
“Habis itu,mana Quratu?”
“Dah baliklah,takkan nak tidur dekat sekolah ini pulak.Aku ada cerita bagus ini.”
“Apa dia?Best ke?Boleh dapat Award tak cerita kau itu?”sindirku.
“Tak adalah sampai mcam itu sekali.Kau ni pun nak cakap tengoklah keadaan,”leternya.
“Cepatlah,nanti mak kau datang pulak.Terkilan aku nak dengar cerita kau sebab kau ni kalau dah balik rumah semua benda lupa apa yang terjadi petang tadi.”
“Bukan kau ke yang selalu macam itu?”balasnya tak mahu kalah.Kalau aku hilang sabar dengan Sofia ini dah lama aku bermasam muka dengan dia tapi disebabkan kesabaran aku dan aku fikir aku tumpang rumahnya beberapa hari ini,aku pendamkan je bagi menjaga hatinya.
“Apa-apa jelah,Sofi.Asalkan kau cerita apa yang terjadi waktu aku tiada di sini tadi,”balasku dengan muka yang garang.
“Okey-okey tapi janganlah buat muka macam nak makan orang je.Aku ceritalah ini.Aku duduk dekat sini dah nak dekat 1 jam,tiba-tiba ada seorang mamat motor ini berhentikan motor dia dan panggil aku ‘sayang’.Aku pun apa lagi,aku lari sepecut mungkin masuk dalam sekolah panggil Pak Din, pengawal keselamatan sekolah kita suruh dia halau lelaki itu.Aku tak tahu apa Pak Din cakap dekat lelaki itu sampai lelaki itu terus memecut laju motor yang dia bawa.Aku terus dapatkan Pak Din dan ucapkan terima kasih,Pak Din suruh tunggu dekat dalam sekolah tapi aku tak nak sebab mak aku kata dia tunggu dekat kedai Mak Terung ini,”cerita Sofia panjang lebar.
“Betullah cakap Pak Din itu suruh kau tunggu dekat dalam sekolah tengok apa dah jadi.Padan muka ada orang gila datang nak mengorat kau”kataku sambil mengejeknya.Beberapa minit selepas itu,aku nampak kereta Mak Cik Salmah datang ke arah kami.Sepanjang berada di dalam kereta,aku hanya menyepikan diri dan Sofia juga tidak membuka suara barangkali letih dengan menjawab periksa tadi.Hanya radio sahaja yang menemani kami ketika kami senyap sunyi,tetapi yang pelik Mak Cik Salmah turut mendiamkan diri dan langsung tidak bertanyakan tentang periksa kami.Aku pening memikirkan keadaan di dalam kereta yang senyap ini.”Arghh…biarlah,nak bising ke atau sunyi ke.Itu hal peribadi masing-masing”,kataku dalam hati sambil mengamati permandangan di luar yang kelihatan seperti mahu hujan malam ini.
Hujan turun dengan lebat pada malam itu,setelah siap menguruskan diri dan mengemas beg aku serba sedikit untuk pulang ke rumah pada esok hari,aku pun pergi ke ruang tamu dengan memegang novel yang aku beli.Rumah yang setingkat itu nampak meriah walaupun bilangan di dalam rumah ini sedikit,kelihatan adik beradik Sofia dan maknya di ruang tamu sambil khusyuk menonton gambar yang dipaparkan di televisyen.Aku menegur adik bongsu Sofia,Dahlia yang matanya tidak berganjak melihat skrin televisyen itu.
“Dahlia,ada pakwe ke dalam televisyen itu?”tanyaku sambil mencuit bahu kecilnya.
“Tak adalah,Kak Rin,”katanya dan memandang tanganku yang berisi novel.
“Oooo…ingatkan ada orang yang Dahlia minat tadi.Bolehlah Kak Rin minat sama juga,”kataku lalu melabuhkan bontot,duduk di sebelah Dahlia.
“Apalah Kak Rin ni,minatlah orang lain.Nanti cita rasa kita sama berebut pulak.Kak Rin,baca novel apa itu?”
“Masih Setia,”jawabku ringkas.
“Kak Rin,bila akak balik KL?”Tanya Shuhaida yang tadi hanya menonton televisyen sahaja.
“Esok petang,lepas pergi tengok wayang.”
“Tengok cerita apa,Kak Rin,”sampuk Dahlia.
“Aku Masih Dara.Cerita pakwe Kak Rin berlakon,”kataku sambil gelak.Ketika aku sibuk bergelak,terdengar suara jeritan Sofia dari arah bilik memanggil namaku.
“Airina!Airina!Sini sekejap.”Aku terus berlari masuk ke bilik Sofia.
“Kenapa?Ada masalah ke atau kau jatuh dari katil sebab teringatkan Yusri.”
“Mana adalah.Ini handphone kau ni asyik memekak je dari tadi sebab itulah aku tak tahan aku panggil kau.Kau ni ganggu mood aku je nak tidur,”kata Sofia sambil baring memeluk bantal.Aku duduk di sebelahnya sambil membuka telefon bimbit aku,ada 5 missed call daripada Yusri.Aku pun apa lagi mengusik Sofia dengan mengaitkannya dengan Yusri.
“Panjang umur Yusri ini.Lebih panjang lagi kalau dia bersama dengan orang sebelah aku ni.”
“Eh…kau ini memandai je.Siapa yang telefon kau itu sampai telingaku ini jadi merah?”
“Kau ni buat-buat tak tahu pulak,tadi kan aku dah cakap nama Yusri,apalah kau ni.”
“Apa dia nak?”tanya Sofia seperti tidak puas hati.
“Relax buddy.Diakan teman rapat aku,”kataku sambil memikirkan apa yang Yusri mahukan daripadaku sampai banyak kali telefon.Setelah lama berfikir baru aku teringat,surat Yusri aku tak bagi lagi dekat Sofia lantas aku terus buka beg sekolahku dan mencapainya.
“Sofia,ini surat dari buah hati kau.Bukalah,”kataku dengan menghulurkan surat itu kepada Sofia.Sofia membuka dan terus membacanya.Yusri menyatakan hasratnya untuk mengambil Sofia sebagai teman wanitanya tapi Sofia kata kepadaku dia tidak sedia lagi sebab bagi dia umur masih muda ni tak sesuai dia untuk mempunyai pasangan dan dia tahu jikalau Mak Cik Salmah tahu pasti dia marah.Namun Sofia tak nafikan yang hatinya menyukai dekat Yusri.Aku mencadangkan kepada Sofia agar menyuruh Yusri supaya menunggunya jikalau Yusri betul-betul menyukai Sofia dia akan tunggu tetapi kalau tidak,Sofia harus meninggalkannya.Begitulah nasihatku pada Sofia walaupun aku tidak beberapa arif soal cinta ini tapi sebagai sahabat kepada Sofia dan Yusri,aku harus menolong mereka.Setelah menenangkan perasaan Sofia,aku pun menarik selimut dan melelapkan mata.Semoga hari esok aku selamat tiba di KL.
No comments:
Post a Comment