Di dalam perjalanan ke restoran, Iylia Liyana
hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar kepada mereka bertiga. Apabila
Iylia memalingkan kepala memandang ke hadapan, matanya bertentang dengan bosnya
yang baru. “Lelaki berlagak.harap muka je handsome tetapi perangai buruk. Kau
ingat aku ada hati ke dekat kau?”Desis hati kecil Iylia.
“Boleh
tahan jugak minah walaupun tomboy tapi
bukan taste aku.”Alif Azmi cakap di dalam hati dan sesekali matanya mencuri memandang
Iylia Liyana. Iylia Liyana menjadi tidak selesa apabila lelaki yang dibenci
kini sering melihat dia.
Setelah
sampai, Iylia Liyana berjalan seperti biasa tanpa mempedulikan kakinya yang
sakit dan berjalan belakang mereka bertiga. Ketiga-tiga mereka memilih pesanan
daripada memakan nasi campur manakala Iylia berasa segan untuk meminta pesanan
memandangkan dia hanya seorang pekerja.
“Iylia,
kenapa tidak memesan makanan?” Tanya Puan Aliah dengan nada yang agak aneh.
“Tidak
mengapalah,Puan. Saya memang sudah biasa makan begini,” Balas Iylia Liyana
bersahaja.
“Sebenarnya
dia malu tu,Mama. Dia kan pekerja sahaja mana boleh makan macam kita tak
setaraf.”Alif Azmi tiba-tiba menyampuk percakapan mereka. Iylia Liyana
memandang tepat ke arahnya dengan pandangan yang tajam. “Dasar lelaki suka
berlagak tak kena tempat! Mamat Gagak!” Dia hanya memendam rasa dengan lelaki
yang berlagak di hadapan belah kanannya.
“Alif,mama
nak kamu minta maaf dekat Iylia. Kamu tak sepatutnya merendahkan dia. Iylia pun
manusia biasa juga,”Tegas Puan Aliah.
“Tapi
memang betul pun apa yang Alif cakap,”Balas Alif tidak mahu beralah.
Iylia
Liyana makan hati dengan sikap bos baru dia. Kalau macam ni jawabnya aku memang
kena buli setiap hari bila keja dibawah dia. Iylia Liyana berteka-teki sendiri
nasibnya akan datang.
“Mama,tak
nak anak Mama jadi sombong.”Puan Aliah masih tetap mahu membetulkan anak
sulungnya.
“Ma,Alif
bukan budak kecil lagi sampai Mama nak pesan Alif sampai macam ni sekali.” Jawab Alif
Azmi dengan nada yang kecewa. Dia berasa amat malu apabila ditegur di hadapan
pekerja dan tunangnya.
“Kalau
Alif dah tahu Mama punya peraturan. Alif tak akan buat macam tu dekat
Iylia,”terang Puan Aliah .
Alif
Azmi berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. “Okay , Mama. Alif minta
maaf.”Airina Batrisya pula tidak berpuas hati dengan Iylia Liyana kerana
tunangnya dimarahi oleh ibunya disebabkan Iylia. Dalam pada tidak sedar, dia
menyepak kaki Iylia Liyana yang sakit itu.
“Ouch!
Jerit Iylia Liyana dengan kuat dan membuat orang lain terkejut. Suasana yang
agak tegang tadi menjadi kecoh secara tiba-tiba.
“Kenapa,
Iylia?”tanya Puan Aliah dengan kalut .
“Tiada
apa-apa,Puan. Maaf sebab tiba-tiba saya menjerit,”kata Iylia Liyana sambil
menundukkan wajahnya. Ariana Batrisya hanya mendiamkan diri dan membuat muka
tidak bersalah. Hari ini Iylia Liyana berasa begitu malang dan hatinya bagai
dirobek oleh orang yang tidak dikenali tapi mahu mencari pasal dengannya. Nasib
baik tahap kesabarannya masih tinggi. Kalau tidak sudah lama dia , membalasnya
tanpa rasa hormat. Tapi dia sedar bahawa itu tidak akan membantu untuk
menyelesaikan masalah melainkan dia hanya berdiam diri dan menjadi kuli.
“Iylia,
lepas ini dan mulai saat ini,awak harus memanggil saya Mak Cik bukan lagi Puan
Aliah.”kata Puan Aliah dengan lembut.
“Tapi
kenapa,Puan?”tanya Iylia Liyana dengan bingung.
“Sebab
awak bukan lagi pekerja saya,”balas Puan Aliah bersahaja.
“Mama
tak patut bagi dia panggil mama macam tu.,”bantah Alif Azmi.
“Alif
Azmi bin Ahmad! Berapa kali mama nak pesan. Airina,Aunty nak kamu nasihatkan
Alif yang degil ini.”Kemarahan Puan Aliah tidak dapat ditahan lagi disebabkan
kedegilan anak sulungnya makin menjadi-jadi apabila tamat sahaja pelajarannya
di luar Negara.
“Baik,Aunty.
Rin ,dah selalu dah pesan dekat dia tapi dia tak nak dengar,Aunty .”kata Airina
dengan nada lenggok.
“Eh,you
ni. Bila you pesan dekat I?”tanya Alif Azmi dengan terkejut. Serentak itu, raup
wajah Airina Batrisya bertukar menjadi merah bagaikan ada tamparan hebat di
pipinya. Iylia liyana menahan dirinya daripada senyum.”Baru kau tahu rasa macam
mana dimalukan,”kata Iylia dalam hati kecilnya.Puan Aliah tidak selesa dengan
keadaan yang berlaku.
“Kenapa
dengan Alif hari ini?”
“Kenapa,apa?”
“Kenapa
asyik cari gaduh dengan orang?”tanya Puan Aliah tidak puas hati. Riak muka Alif
Azmi berubah menjadi merah dan geram apabila ibunya memperlakukan dia seperti
budak.
“Ma,Alif
bukan budak kecil lagi!Tolonglah faham ,”kata Alif Azmi lalu meninggalkan
restoran itu. Airina batrisya mengejarnya dari belakang.
“Semenjak
balik dari oversea ni Alif sudah berubah.Iylia,tolong bayarkan makanan. Mak cik
nak selesaikan masalah ini.”Puan Aliah mengeluh dengan sikap perangai anaknya.
Iylia liyana mengikut sahaja arahan yang diberi.”Menyusahkan betul mamat
seorang ni.Dah tua Bangka pun perangai macam budak kecil,”keluh Iylia Liyana
terpakasa menjadi pak turut.
“Alif!
Alif! Alif!”jerit Puan Aliah.Alif Azmi menghiraukan panggilan itu.Kesabaran
Puan Aliah sudah tidak tahan lagi.Dia berlari mendapatkan anaknya apabila Alif
Azmi sudah berlari jauh dari restoran itu.Puan Aliah terus menyentap tangan
Alif Azmi apabila dapat mengejarnya.Tunang Alif Azmi hanya berdiri kaku dan
melihat gelagat dua beranak itu.
“Mama
nak minta maaf sebab buat anak mama merajuk sampai macam ni.Mama mengaku yang
memang mama selalu manjakan Alif tapi tak sepatutnya Alif menjatuhkan dan
memalukan orang lain.Mama tak suka Alif bersikap macam tu,”terang Puan Aliah
panjang lebar. Kereta yang berada ditepi jalan tidak diendahkan,masalah yang
berlaku harus diselesaikan supaya tidak melarat.
“Tapi
Alif bukan budak kecik yang kena tegur lagi-lagi dekat depan pekerja mama yang
tomboy tu,”balas Alif Azmi tidak puas hati.
“Sebab
Alif tak dengar cakap mama.Itu je cara yang ada kalau tidak Alif tak sedar apa
yang mama pesan dan tolong jangan panggil Iylia macam tu.Berapa kali mama nak
cakap macam mana keadaan Iylia sekali pun,dia manusia bukan haiwan untuk
dihina.Haiwan pun nabi kita tak bagi hina.Mama tak nak nanti bila depan orang
ramai Alif ulang perkara yang sama.”Puan Aliah menerangkan keadaan supaya Alif
Azmi tahu kesilapan yang telah dia buat.Alif Azmi termenung memikirkan
kesilapan dia.Baginya apa yang dikatakan oleh ibunya itu memang tidak boleh
disangkal lagi dan dia sepatutnya menjaga reputasi di depan pekerja
barunya.Akhirnya dia meminta maaf kepada ibunya dan pertelingkahan dua beranak
itu selesai dengan baiknya.Mereka bertiga patah balik ke restoran itu bagi
mendapatkan Iylia Liyana untuk pulang ke kedai kembali.
Tiba-tiba
mereka ternampak seorang lelaki sedang berlari ke arah mereka.Mereka memandang
dengan perasaan yang pelik.Setahu Puan Aliah,dia sudah membayar makanan yang
dia pesan dekat Iylia Liayana.
“Mama
tak bayar ke makanan tadi?”tanya Alif Azmi ringkas.Dia dan tunang juga berasa
pelik.
“Mama
dah suruh Iylia bayarkan.Mama pun pelik tak akan Iylia tak bayar,”jawab Puan
Aliah resah.
“Alif
dah agak.Dia tu tak boleh dipercayai,mama.Tengok apa dah jadi tak pasal-pasal
kena kejar dengan budak pekerja restoran tu,”marah Alif Azmi sambil memasam
muka dengan ibunya.
“Alif!Berapa
kali mama nak pesan?”Puan Aliah juga turut sama meninggikan suara.Dia terus
berjalan mendekati budak lelaki itu.
“Kenapa,dik?Saya
dah suruh pekerja mak cik bayarkan.Ada masalah ke?”tanya Puan Aliah pelik.
“Bukan
mak cik.Pekerja yang mak cik sebutkan tu dah bayar tapi sebenarnya.”Belum
sempat budak lelaki itu merneuskan percakapannya,Alif Azmi memotong.
“Sebenarnya
apa?”
“Dia
tiba-tiba pengsan lepas dah bayar.Orang yang nampak dia jalan waktu nak pergi
ke kaunter,dia jalan terenjut-enjut dan memegang perutnya mungkin dia kena
serangan gastrik,”terang budak lelaki itu panjang lebar walaupun dalam keadaan
mengah.
Mereka
terus bergegas ke restoran itu dengan cepat.Tiba sahaja di restoran itu,orang
ramai sedang mengelilingi Iylia Liyana.Puan Aliah dengan perasaan risau terus
mendekatinya dan menampar pipi Iylia Liayana berkali-kali namun tiada tindak
balas dari pekerjanya.
“Kalau
macama ni, kita kena bawa pergi hospital mama,”kata Alif Azmi lalu mengangkat
Iylia Liyana.
“Jangan
angkat dia!”
“Kenapa
dengan you?”
“Kita
panggil ambulans je ambil dia dekat sini,”rayu Airina Batrisya setelah
mendiamkan diri agak lama kerana tidak mahu mencelah masalah tunangnya tapi
disebabkan perasaan iri hatinya terhadap Iylia Liyana,dia tidak boleh terima.
“Rin,you
tak faham ke? Dia pekerja I, I kena tolong dia!”jerit Alif Azmi.Semua berada di
restoran itu tersentak mendengar jeritan Alif Azmi.Mereka terus memerhatikan
Alif Azmi.
“Sudah!
Sudah! Jangan bergaduh lagi.Malu dekat orang,orang pandang tu.Cepat bawak Iylia
masuk ke dalam kereta.”Puan Aliah meleraikan pergaduhan itu sambil menjegilkan
matanya ke arah Airina Batrisya.Airina Batrisya menundukkan wajah lalu
mengambil tempat di sebelah Alif Azmi.’Argh,malunya aku!Aku sepatutnya kena tunjuk
baik depan dia dan mak dia kalau dia tahu perangai sebenar aku,habislah
rancangan aku dengan mak aku,’kata Airina Batrisya di dalam hati.Dia masih fikir bagaimana mahu meminta maaf kerana
tidak mahu Alif Azmi dan Puan Aliah memandangnya seorang wanita yang biadap.