Setelah sebulan lebih aku bercuti,hari ini aku
ke sekolah dengan azam baru.Aku nak belajar bersungguh-sungguh dan tak mahu
usher lelaki lagi.Tetapi niatku terhenti apabila aku melihat seorang mamat
ni,dia bukanlah handsome mana tapi dia sejenis lelaki yang lembut dan
open-minded.
Setelah sebulan belajar…..
Loceng berdering menandakan waktu
persekolahan sudah tamat. Sewaktu aku sedang leka memasukkan buku ke dalam beg
tiba-tiba dia dating ke tempatke dan menegurku.
“Ana,matematik tadi kau faham tak?” tanyanya.
“Faham.Kenapa kau tanya?” tanyaku balik.
“Nanti kau tolong ajarkan.Aku nak nombor
kau,” katanya.
“Yes. Die mintak nombor handphone aku,”
kataku dalam hati.
“Kau nak wat pe ngan nombor handphone aku?”
kataku selamba smbl menyembunyikan senyumku.
“alah.nanti senang aku nak tanyak kau pasal
kerja rumah,” jawabnya lagi.
Dia mencatat nombor handphoneku.aku hanya
melihat saja. Setelah itu,aku meminta diri kepadanya.
“Oklah,Adam.Aku balik dululah kawan-kawan
aku dah tunggu.”kataku sambil melambaikan tangan kepadanya.
Pada
malam itu,aku menunggu dia hantar meseg tapi akhirnya dia tak hantar pun.Aku
menelefon kawanku Nadhrah untuk memberitahu pasal kejadian aku jumpanya.
Keesokannya,ketika matapelajaran matematik
dia duduk sebelah aku kerana dia mahu aku mengajarnya matematik.
“Am,kau faham tak cikgu ajar”
“bolehlah,sikit-sikit.”
Sejak daripada itu,dia duduk di sebelahku
apabila matapelajaran matematik dan menjadi kawan rapatku apabila dalam
kelas.Aku tak sangka yang dia akan rapat denganku,aku sudah merasa bersalah
kerana aku menyukainya tetapi aku masih juga berkawan dengannya.
Sewaktu dalam kelas,aku membeeritahu kepada
Nadhrah bahawa aku telah menyukai kawanku sendiri.
“Macam mana boleh jadi macam tu,”
“aku tak tahu.Aku memang minat dia dari
awal.Tak sangka pulak yang dia nak kawan dengan aku.”
“ana,aku rasa kau telah buat kesilapan
besar.Habis,kau dah terus terang belum.”
“gila ke kau ni Nad. Takkanlah aku nak bagi
tahu.nanti persahabatan aku putuslah. Kau ni apa ar.Nak mintak nasihat kau pun
susah,”marahku.
“Relax ar.Janganlah marah-marah.nanti Mr
Adam tak suka,”
“kau ni,tadi nasihat aku macam aku ni
besalah gila.sekarang ni cakap macam tu pula.Saja je buat aku bengang,”marahku
dan merajuk dengannya.
Tiba-tiba aku nampak Am duduk di
sebelahku.Dia menegurku.
“hai,cik ana. Masam je. Tengah lagi marah
ehk dengan Nad”
“A’ah.Mana kau tahu,”
“dia bagi tahu tadi.”katanya.
“dia cakap apa kat kau?”tanyaku cemas.
“tak ada apa-apa pun.Cuma dia cakap korang
gaduh je,”
“huh,selamat,”kataku tapi jelas di
pendengarannya.
“apa yang selamat?”tanya dia.
“nggak ada apa-apalah.Am aku nak tanya satu
benda leh tak?”
“apa dia?”
“kalau kawan kau sendiri suka kat kau,apa
yang kau nak suruh dia buat?” tanyaku lagi.
“aku akan suruh dia terus terang sebab aku
tahu sakit hati bila pendamkan perasaan,”jawabnya.
“Habis,kau akan terima dia ke tak,”
“aku tak akan terima dia tapi aku nak bagi
pendapat kat dia,”
“oooo.Macam tu ehk.Kalau kau minat pempuan
yang macam mana?”
“sopan,kelakar dan comel.Kenapa kau tanya?”
“tak
ada apa-apalah.kau tak minat kat sape2 ke sekolah ni?”
“ada.dia kelas C.Nama dia Fatihah.”
“oooo.Pengawas sekolah tu ehk.Aku ada lagi
ni nak tanya,”jawabku.
“Nantilah.Balik nanti kita bincang lagi.Kau
jangan pula gaduh-gaduh ngan Nad.Nota komsas ni aku nak pinjam kejap tau.Lepas
ni aku bagi balik,”katanya sambil memagang buku komsasku.
“yelah2.pasal tadi tu,kau meseg aku pun
taka pa.Lagi pun kan
kau balik dengan kawan-kawan kau,”kataku.
“Emm,takper.Balik je dengan aku.”
“Apa-apa jelah.Tu ar bf kau dah tunggu kat
luar”
“Ah.Bf aku?Mana aku ada bf’”tanya dia
pelik.
“Hish,kau ni lembab ar.Best friend kau
tu,Razman,”kataku sambil menunjukkan tangan ke arah lelaki itu.
“Aku pergi dulu ar,”katanya.
Sewaktu rehat,aku pergi jumpa Rita teman rapat Adam.Aku memberitahu
pasal aku sudah menyukai kawannya.Aku meminta agar dia merahsiakan hal tersebut
daripada diketahui Am.Apabila waktu balik,aku berjalan dengannya.
“Tadi tu,kau nak tanya apa?”tanyanya sebagai
permulaan perbualan kami.
“Emm,Pernah tak kau suka dekat kawan
sendiri?”
“Pernah.”
“habis,kau bagi tahu dia ke yang kau suka
dia,”
“Mula-mula tu aku takut nak bagi tahu dia
tapi bila aku pendam je lama-lama hati aku sakit.Aku tak tahan lagi terus aku
bagi tahu dia,”
“Apa reaksi dia?”
“Dia tak terima aku tapi dia sakitkan hati
aku,”
“Habis tu,kau tak ada buat apa-apa tindakan
ke?”tanyaku lagi.
“Aku tak buat apa-apa Cuma aku ambil masa
lupakan dia je,”
“so,sekarang ni kau dah dapat lupakan
dialah,”jawabnya lagi.
“Yap.Kenapa kau tanya macam tu?”tanya dia
balik.
“Aku saja-saja je tanya.Ok ar,aku balik
dulu.Bye.Assalamualaikum,”kataku sambil melambaikan tangan kepadanya.
Malam itu,aku bertafakur dan aku berfikir
yang aku akan memendam perasaan ini sampailah aku bersedia untuk memberitahunya
walaupun ku tahu yang hati aku sakit.Jikalau aku memberitahunya pun bukannya
dia terima aku pun.Aku sedar,aku juga akan kecewa dan aku harus melupakanmu.
Aku
membuat kerja sekolah dengan muka yang masam tanpa menghiraukan keadaan rumah
yang bising dengan saudara-saudaraku yang datang.Tiba-tiba aku mendengar pintu
bilik ku diketuk.
“Hawana,keluar.Semua saudara nak
jumpa,”kata orang di pintu itu.
“Ya,mak.Tunggu jap.Kejap lagi hawa
keluar,”jeritku.
“hish,time orang tak ada mood,sibuk je
saudara-saudara aku ni,”bentak hatiku.
Aku keluar dengan muka yang masam.Semua
yang ada di rumah itu menyedari aku lagi tiada mood lalu mak ku datang
menghampiriku.
“Hawa,kenapa ni?Janganlah muka masam macam
ni.Tak malu ke dekat saudara.Nak tahu tak,mak ada berita gembira untuk hawa,”
“apa dia?”kataku sambil mengukirkan senyuman.
“Selama ini,hawa tertunggu-tunggu kan nak pergi asrama?”
“A’ah,mak,”jawabku.
“Pak Lang bagi tahu.Sabtu ni hawa dah boleh
masuk sekolah tu,”kata makku.
“Betul ke,mak?”
Makku dan yang lain semua mengangguk.Lalu
aku meloncat kegembiraan dan aku bahagia kerana aku boleh lupakan Am.malam
itu,usai sahaja solat dan aku melakukan sujud syukur kerana Allah
memperkenankan doaku untuk masuk asrama lantas aku berdoa,
“Segala puji bagiMu,Tuhan sekalian
alam.Syukurku atas nikmat yang telah Engkau berikan.Hanya kepadaMu sahaja aku
berharap dan berserah.Ya,Allah.Semoga Engkau beri aku kebahagiaan dan
keberkahan ketika aku di sana.Amin Ya Rabbal Alamin,”
Keesokannya,ketika di tapak perhimpunan.Aku
menemui Nadhrah,Rita,Farlin,Maria,Aina dan Fazidah memarihiku kerana aku
memasamkan muka.
“Oi,kau ni apahal.Pagi-pagi lagi dah macam
ni,”marah Rita.
“tahu taka pa.Saja je buat orang lain tak
ada mood,”sampuk Maria.
“emm,aku ada benda nak bagi tahu,”kayaku.
“Alah…ni mesti sebab Adam kan.Aku dah tahu
dah,”jawab Aina.
“Kau ni,diamlah.Bagi ar Ana cakap
dulu,”marah Fazidah kepada aina.
“Yelah2.Apa kau nak cakap?Kejap lagi,cikgu
nak suruh masuk kelas ar,”kata Aina lagi.
“Minggu ni,aaaaku ada kat sekolah buat kali
terakhir,”nadaku perlahan saja.
“Jadi,kau nak pindah dah la?”tanya Rita
dengan riak yang terkejut.
“Yap ,”kataku
sambil memandang ke lantai
“Habis,macam mana dengan Am.Kau tak bagi
tahu dia lagi.Mana boleh kau pergi macam tu je,”kata Nadhrah.
“Eh,kau ni Nad.Orang fakir pasal Ana ni
yang kau tiba-tiba cakap pasal Adam pulak,”marah Maria.
“Biarlah dia,Aku memang nak lupakan dia
pun.Aku tak nak lagi terhimpit dengan perasaan bersalah aku ni dan aku harap
aku dapat bahagia di sekolah sana
nanti,”kataku.
“Sebenarnya,kau suka kat dia ke tak
ni?”tanya Rita.
“Aku suka gila kat dia.Bagi aku dialah Mr.
Right aku tapi aku rasa dia bukan aku punya sebab aku tahu dia takkan
terima.So,aku ambil keputusan untuk lari daripada dia,”hujahku panjang lebar.
“habis,kau nak bagi tahu dia tak yang kau
nak pindah sekolah,”
“Tak tahu lagi.Rita,kau boleh tolong aku
tak,”
“Apa dia?”tanyanya kehairanan.
“Nanti kau tong paskan surat aku kat dia ehk,”
“Ok,”katanya sambil menunjukkan
“terima kasih,”
“Sama-sama cik Ana.Jom ar masuk kelas cikgu
aku dah panggil,”marah Aina.
Hari terakhir di sekolah
Aku
memberi surat
itu kepada Rita dan dia telah memberikan kepada Adam.Sewaktu,aku sedang sibuk
berbual dengan Nad.Dia datang ke meja kami.
“Ana,ini surat apa?Kenapa kau tak bagi sendiri je?”
“Oooo.Surat tu,kau simpanlah.Esok kau
bukaklah.Aku saja je suruh Rita yang bagi,”jawabku tanpa memandangnya.
“Kenapa dengan kau ni,?dah beberapa hari
aku tengok kau masam je lepas itu langsung tak nak cakap dengan aku,”tanyanya
dengan curiga.
“Mana adalah.Itu kau je kot perasan.Kalau
kau tanya Nad,mesti dia pun bagi pendapat yang sama.Kan,Nad?”tanyaku pada
Nadhrah.
“Betul,betul,betul,betul,”jawabnya dengan
mengangguk.
Setelah itu,aku pergi jumpa cikgu di bilik
guru untuk salam terakhir.Sewaktu aku balik,aku nampak Adam tercegat di pintu
pagar lalu aku mengurnya.
“Kenapa tak balik lagi?Tunggu Fatihah yew,”
“tak adalah.Tunggu kau lah.Aku nak balik
dengan kau.Aku nak tanya pasal surat
tu,”
“kenapa dengan surat tu,”
“aku peliklah.Kenapa kau suruh Rita yang
bagi?Padahal dalam kelaskan kau boleh bagi kat aku,”katanya lagi.
“Adalah sebabnya.Balik rumah kau bukaklah surat tu yew Mr.
Adam.”kataku sambil meninggalkannya.
“Ana!Ana!Ana!”dia menjerit memanggil namaku
tetapi aku tidak menghiraukannya.
Malam itu,Adam duduk di dalam bilik sambil
menelaah surat
yang Hawana bagi.Dia tertanya-tanya sebelum membukanya.
“Emm,apa isi surat ni ehk?”katanya tiba-tiba pintu terkuak
lalu dia menyorokkan surat
itu di bawah bantal.
“oooi,kau dapat surat cinta dari siapa itu?”jerit abangnya.
“Mana ada apa-apalah.Kau ni menyibuk
je.Keluar ar,aku nak buat kerja sekolah ni,”marah adam.
“Yelah2.Nak cakap dengan kau pun dah tak
boleh,”
“cakap apa?”tanya adam
“Tak ada apa-apa.Kau dah matikan niat
aku.Macam mana nak cakap,”ajuk abangnya.
“Elek,tu pun nak merajuk.Blah lar,”kata
adam lalu melemparkan bantal ke arah abgnya.
Setelah abangnya menutup pintu bilik,dia tanpa
lengah-lengah lagi terus membuka surat
itu.
Kepada:Adam(Am)
Aku nak mintak maaf kerana aku merasa bersalah pada kau.Sebab aku telah
terlanjur menyukaimu.Am,aku tahu yang kau tak terima aku jadi aku mengambil
keputusan untuk tidak terus terang.Maafkan aku,Am.Selamat tinggal ku ucapkan
padamu.Semoga kita akan berjumpa lagi.
Dari:Hawana(Ana)
“Ya,Allah.Rupa-rupanya dia suka akan
aku.Kenapa selama ini aku tidak sedar.Patutlah dia tanya aku soalan yang
pelik-pelik,”keluh Adam.
Selepas itu,dia menelefon nombor Ana tetapi tidak angkat dan dia juga
menanyakan kepada kawan-kawan Ana yang lain tetapi mereka juga tidak tahu ke
mananya Ana.Sejak itu,tiada lagi Ana di dalam hidup Adam.
10
tahun kemudian.
Selepas saja habis waktu sekolah,Alif
menjemputku dan membawa aku ke Jaya Jusco,AU2.Sewaktu Alif pergi jumpa temannya
dan aku pergi melihat kedai perhiasan tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki
yang paling aku kenali dan dia menghampiriku.
“Ni Ana kan.Apa khabar?”tanya lelaki itu
sambil menghulurkan tangan.
“Maaf.Ya,saya.Sihat-sihat saja.Siapa awak
ni yew?”tanyaku kehairanan walaupun aku tahu dia itu siapa.
“Sayalah,Adam.Saya nak nombor telefon awak
boleh tak nanti senanglah saya nak telefon awak.Saya nak ajak awak keluar.Ada
hal penting yang saya nak tanyakan,”kata Adam.
“Ok,baiklah.Kalau tu bagilah tahu tempatnya
yew,”
“No problem,”jawabnya lalu meninggalkanku.
Sewaktu dalam perjalanan ke rumah,aku
memberitahu Alif pasal aku jumpa kawan lama aku dan dia nak ajak keluar.Alif
tidak kisah jikalau aku keluar dengan sesiapa kecuali jikalau aku berlaku
curang di belakangnya.Dia akan memarahi aku,begitu juga aku.Kepercayaan yang
timbul dalam perhubungan kami membuatkan lagi perasaan cinta itu kuat dan
setia.Aku dan Adam sudah lama terpisah jauh Cuma kadang-kadang aku teringat
akan dia.Malam itu,Am menelefonku dan mengajak keluar makan di Wong Solo.
Pada awal perbincangan,kami menceritakan
kerjaya dan kehidupan selama 10 tahun.Dia kini sudah berjaya menjadi automotif
dan dia mengucapkan tahniah kepadaku kerana aku sudah menjadi guru.Ketika kami
diam,dia memulakan perbicaraan dengan pertanyaan.
“Ana,kenapa kau tak buka hp bila waktu hari
terakhir aku nak kau call kau tutup.Semua kawan kau aku telefon semata-mata nak
cari kau,”
“Kenapa kau nak cari aku”
“sebab
aku nak bagi pertibangan samada kau patut tak jadi aku punya tetapi sayang aku
kau pergi dulu dah,”
“Adam,aku dah mula sedar yang kau tak ada
jodoh dengan kau.Kau juga yang bagi tahu kalu kawan kau sendiri suka kat
kau,kau takkan terima dia kan.Itu sebablah,aku bagi surat tu bagi tahu kat kau,”
“Ooo,selama kau tanya aku pun.Aku macam tak
syak orang tu siapa.Rupa-rupanya aku.Kenapa kau tak terus terang je?Kalau tidak
taka adalah aku tercari-cari mamat kau tu,nampak sangat aku dah terkena batang
hidung sendiri,”
“Maafkan aku,Am.Aku tak dapat nak buat
macam tu sebab hati aku sendiri sakit,tu sebab ar aku nak cepat pindah.Nak
lupakan kau secepat mungkin,”
“So,kalau aku terima kau kali ni.Kau nak
tak.Ana,aku pun dah terlanjur mencintaimu sejak kau pergi tinggalkan aku,”
Aku
merasai mahu menangis tetapi aku tahan saja sebab aku takut Am nampak kelemahan
aku dan dia dapat tahu aku masih menyukainya.Perasaan itu tak pernah luput di
dalam hatiku tetapi aku juga perlu dapatkan cinta sejati.Allahamdulilah,Alif
tidak kisah yang aku cerita pasal Adam.Dia sanggup terima aku dan dia menanti
aku selama 5 tahun untuk aku jatuh cintainya kerana cinta pertama itu memang
sungguh susah tuk lupakan.
“Maafkan aku,Am.Aku dah ada tunang.Minggu
depan aku,kami akan kahwin,”
“ooo.Aku pun nak mintak maaf sebab aku
terus terang,”keluhnya
“Tak apalah,asalkan kau tak pendam perasan
kau itu.Ok ar Adam.Tunang aku dah telefon.Aku terpaksa pergi dulu,”kataku slalu
berjalan keluar dari restoran.
Aku
menoleh ke belakang,kelihatan Am menundukkan kepala tanda dia kesal.Malam
itu,aku menangis sampai bengkak mataku.Aku bangun pagi tuk solat suna bagi
meluahkan semua perasaanku tika ini.
“Ya,Allah.Hanya padaMu sahaja aku dapat
mengukapkan perasaan cintaku terhadap Adam tapi aku tidak mahu mengkhianati
Alif.Ya,Alla.Kau bantulah aku agar semua kekeliruan berakhir.Ya Allah,aku tahu
Adam bukan lagi milikku.Terima kasih,Ya Allah kerana kau telah beri nikmatMu
yang tak terhingga sehingga aku tak dapat membalasNya.Hanya ibadatku saja yang
mampu aku berikan tuk Engkau,Ya Allah,”doaku setelah usai solat.
Sejak itu,aku dengan Adam terus tak
berhubung.Aku hilang dari hidup sejak aku mula sedar yang dia bukan jodohku
lagi.
Seringku tertanya,
Cinta dalam hati telah membuatku terseksa
Kerana perit memendamkan perasaan ini.
Bilakah dia jadi milikku?
Mungkinkah jadi milikku?
Semakin ku kejar semaki kau jauh.
Lalu aku terpaksa aku tinggalkan kau
Dan aku terus hampa apabila tiadamu disisi.
Dia bukan milikku telah merungkaikan
jawapan yang selama ini aku tertanya-tanya.
Ingatlah! Setiap apa yang kita harapkan
tidak semestinya menjadi milik kia.Kita perlu merancang dan usaha tuk
dapatkannya tetapi tanpa izinNya tidak mustahil kita akan
mendapatkannya.Jikalau kita dapat memilikinya.Jangalah berputus asa kerana
sifat itulah dibenci oleh Allah.Walauapapun terjadi,Hidup mesti diterusakan!
No comments:
Post a Comment