Kelas bermula agak lewat iaitu pukul 10 akan tetapi hari Sabtu pagi yang indah,aku jamin ramai orang lain sedang bercuti tapi aku dan Sofia mengorbankan masa kami untuk pergi kelas tambahan bagi kertas periksa terakhir kami di sekolah.Sampai sahaja di sekolah kami terus pergi ke bilik gerakan iaitu bilik mesyuarat guru bagi memulakan sesi pembelajaran.Eh,macam betul-betul ada kelas pulak.Sementara menunggu Cikgu Alias datang untuk mengajar.Kami semua iaitu gabungan pelajar yang mengambil subjek itu berada di dalam bilik tersebut membuat bising dengan membincangkan hal politik dan gossip artis tetapi ada juga yang tidak menghiraukan kebisingan itu dan hanya tumpu pada buku sahaja.Aku yang tadi hanya mendengar perbualan mereka sahaja turut menyampuk dengan membuka topik tantang Piala AFF SUZUKI.
”Wei,Yusri.Aku tahu mesti kau tengok perlawanan bola sepak hari tu?”jeritku pada rakan sekelasku,Yusri yang duduk agak jauh daripadaku.
”Mestilah,wajib bagi aku.Kenapa?Kau pun tengok jugak ke?”soal Yusri sambil datang ke tempat aku yang duduk bersebelahan dengan Sofia.
Baru sahaja aku ingin meluahkan hasratku pada Yusri tentang keinginanku untuk bertanya soal Muslim,tiba-tiba aku terdengar suara Ridwan budak lelaki yang berbeza kelas denganku,menjerit satu bilik gerakan tersebut dan semua yang berada dalam bilik itu memandang ke arahnya.Aku hanya memandang sinis kepada budak lelaki itu dan mendengar apa yang dikatakan olehnya.
”Minta perhatian semua,ada seseorang perempuan telah buka topik pasal bola sepak setahu akulah kan,budak itu bukan paling benci ke dengan sukan itu.”Aku akui itu tapi itu semua dahulu punya cerita,ini semua gara-gara Nazmi yang buka cerita perihal aku kepada semua murid lelaki Tingkatan 5.Malangnya Nazmi tak ada dekat sini kalau tidak memang nahas aku kerjakan dia.
”Aku setuju dengan pendapat kau tu Ridwan.Aku dengar lagi sebab dia kata kita semua ni tak handsome,suka hati dia je nak cakap kita macam itu.Macamlah dia itu lawa sangat,debab adalah.”balas rakan seperjuangan Ridwan.
”Apa masalah kau orang ni?Aku rasa aku tak ada cakap pasal kau orang.Suka hati akulah nak cakap pasal bola ke atau sepak takraw ke.Apa yang penting aku tak ganggu hidup kau orang.Mulut tak ada insurans langsung,”kataku lalu mengangkat bontot untuk keluar bagi menenangkan perasaanku yang sedang sakit ini.
Tiba-tiba,baru sahaja aku ingin melangkah pergi,Yusri memanggilku.
”Rin,berhenti!Jangan keluar!kenapa kau sekarang ini cepat sangat mengalah bukan ke sebelum ini kalau ada orang lawan kau,kau lawan balik sampai orang itu tumpas di tangan kau.”
“Ceh…hero datang untuk membantulah,”sambut Ridwan.
“Ridwan,kau diam.Kau ni pun sama perangai macam budak kecik suka sangat nak cari gaduh dengan orang lain.Kau ni tak sedar ke yang kau itu belum habis periksa lagi.Kalau kau dan kaum kerabat kau dekat belakang sana buka suara aku akan belasah kau orang semua,”marah Yusri lalu menyambung kembali perbualan yang tersisa.Aman bilik itu setelah Yusri memarahi mereka.
“Kau duduk jelah,Rin.Tak payah dengar cakap dia orang itu semua,dulukan kau juga pernah bantu aku lawan dia orang.Sekarang giliran aku lah pulak.Kitakan ni kawan ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing,susah senang kita lalui sama-sama sepertimana kau dan Sofia,begitu juga aku dengan kau.Kau sebenarnya tadi nak tanya pasal apa?”
“Terima kasih dengan kata-kata kau yang panjang lebar tu.Aku nak tanya pasal pemain Malaysia nombor 24.Dia itu sebenarnya dari kelab mana?”
”Kenapa kau nak tahu?Kau minat dia ke?”
”Salah ke kalau aku nak tahu?Sebenarnya aku suka tengok cara dia main,begitu bersungguh-sungguh untuk pertahankan bola agar tak masuk ke dalam gawang Malaysia,”kataku ingin menutup apa yang tersirat di dalam hati.
”Alah…apa salahnya kalau kau minat dia lagipun dia bukannya tahu pun,biasalah tu orang macam kita ni minat dekat seseorang yang membawa nama negara.Contohnya,macam kau pernah minat Sheikh Muszaphar,”ulas Yusri lagi yang menunjukkan dia tidak mahu beredar dari situ dan aku perasan mata dia asyik mahu melihat rakanku di sebelah siapa lagi kalau bukan Sofia.
”Boleh tak kau bagitahu sahaja.Kau ni sengaja je buat aku tertunggu-tunggu,nanti cikgu datanglah atau kau sengaja nak berada lama-lama dekat sini sebab nak tengok putri idaman kau ni,”kataku menjeling ke arah Sofia dan kelihatan muka Sofia merah padam.
”Yalah,aku bagitahu tapi dengan satu syarat.Kau kena tolong aku.Nanti dah habis kelas jumpa aku dekat luar,baru aku cakap apa pertolongannya.”
”Okey-okey.Cepatlah bagitahu.Kau ni macam kura-kuralah,”kataku dengan kasar.
”Ermmm….sebenarnya dia dari pasukan harimau muda A dan merangkap sebagai ketua dalam pasukan itu.Kalau kau nak tahu lebih lanjut pasal dia,kau buka internet.Cari Mohd Muslim Ahmad,nanti keluarlah pasal dia.Aku malas nak cerita lebih-lebih.”
”Oooo…patutlah,”balasku dengan nada yang kecil tetapi didengar oleh Sofia.
”Patutlah apa,Rin?”
”Tak ada apa-apalah.Sebenarnya rahsia yang aku simpan itu ialah aku dah mulai suka dengan sukan bola sepak dan meminati Muslim.”Aku sebenarnya ingin cakap patutlah Muslim boleh main untuk negara Malaysia rupa-rupanya dia ketua harimau muda A tapi aku takut tersalah cakap nanti Yusri kata aku ni memandai je.
”Itu je rupanya rahsia kau,aku ingatkan ada rahsia terbesar daripada itu.Kalau kau tak bagitahu aku pun tak apa sebab tak penting pun bagi aku,”kata Sofia dengan berlagaknya.
”Kalau tak penting bagi kau,asal dekat rumah kau macam tak nak layan aku je lepas itu asyik mendiamkan diri je,”bidasku kembali.
”Manalah aku tahu itu je rahsia kau,kalau aku tahu dari awal mesti aku tak muncung mulut dekat kau.Sorry lah,Rin.Aku janji,aku tak buat lagi.”
”Ermm..yelah,”ringkasku dan melihat ke arah pintu kelihatan Cikgu Alias sudah datang seperti biasa yang menegur guru kesayangan kelas kami itu pastilah Yusri siapa lagi kalau bukan dia.
”Itu dia…peminat Liverpool kita dah sampai setelah kita semua menunggunya selama sejam,”kata Yusri.
”Cikgu tadi ada mesyuarat dekat Jabatan Pelajaran.Memandangkan cikgu lambat,kelas kita habis sampai pukul 1.Macam mana,okey tak semua?”
”Okey,cikgu!”kami menjawab dengan serentak dan atas persetujuan semua kami masing-masing balik lambat.
Selepas cikgu member tip yang penting dan jam menunjukkan pada pukul 1 petang,kami semua pun pulang,seperti yang dijanjikan,Yusri menungguku di pondok di hadapan bilik itu.Aku menyuruh Sofia untuk tunggu di surau sementara aku pergi berjumpa dengan Yusri.
‘Duduklah kejap,aku nak berbual dengan kau.Tak silap aku dah lama kita tak berbual kosong sejak kau dah balik KL.”
“Erm..yelah.Aku tak boleh lama ni sebab aku dengan Sofia nak keluar pergi cari novel ni,”kataku bersahaja sambil melabuhkan bontot di pondok itu.
“Sejak bila kau minat bola ni?”Tanya Yusri kehairanan.
“Sejak aku Nampak seseorang waktu perlawanan hari itu.Tadi kau nak mintak tolong apa?”
“Oooo…patutlah.Tapi kenapa pulak sejak Nampak lelaki tu baru kau minat?”
“Sebab orang itu menutup segala tanggapan aku tentang lelaki yang main bola semuanya tak handsome,aku akui setelah aku tengok perlawanan itu betul-betul rasa best pulak lagi-lagi bila gol,rasa macam puas gila sebab dapat jerit,”kataku dengan panjang lebar.
“Itu sebab ramai lelaki suka sangat dengan sukan itu,lagipun sukan itu memang dah sebati dengan lelaki.Pasal tadi itu,aku sebenarnya nak minta tolong dekat kau pasal Sofia.”
“Aku dah agak dari awal yang kau akan minta tolong sebab Sofia.Apa dia?”
“Tolong bagikan surat ni dekat Sofia dan suruh dia balas mesej aku sebab ada benda penting aku nak cakap dengan dia,”kata Yusri sambil meghulurkan sampul surat kepadaku.
“Kau ni tak habis-habis dengan surat.Aku ingat lagi disebabkan surat kau bagi dekat adik angkat kesayangan kau,satu asrama puteri kecoh dan kalau boleh dikatakan setiap hari budak tu jumpa aku nak tanya pasal kau dekat dalam kelas macam mana.Lepas itu,setiap kali aku lepak dan berbual dengan adik dorm aku mesti dia orang buka cerita pasal kau,boleh dikatakan yang kau ni popular lah dekat aspuri ni.Banggalah tu,”ejekku sambil tanganku ligat menyimpan surat itu di dalam beg sekolahku.
“Kau ni…janganlah ulang balik perkara lama tu,malu aku tau macam ni.”
“Eleh..tadi kau juga yang ajak aku berbual,bila aku buka topik lama itu tak nak pulak kau cakap lagi.Okeylah,aku dah lambat ni.Nanti tak pasal-pasal buah hati kau merajuk lagi dengan aku,”kataku lalu melangkah pergi.
“Jangan lupa pesanan aku!”jerit Yusri.
Usai sahaja solat zohor,aku dan Sofia naik bas pergi ke Melaka Sentral,setelah itu kami berjalan ke jambatan untuk ke Tesco.Sampai sahaja,aku terus meluru ke kedai buku dan meninggalkan Sofia yang berada di belakang untuk mencari novel memandangkan periksa sudah mahu habis,aku pun mengambil inisiatif untuk baca novel setelah habisnya periksa pada hari Isnin nanti.Sofia sampai beberapa minit selepas itu.
“Rin,kau nak cari apa dekat sini?”
“Cari bukulah,takkan nak cari Yusri pulak dekat sini,”balasku sambil berputar-putar di kedai buku Popular.
“Aku tahulah.Buku apa yang kau nak cari sebenarnya.Bolehlah aku tolong carikkan.By the way,asal kau sebut nama Yusri pulak ni,”balas Sofia tidak puas hati.Dia hanya mengikut sahaja di belakang sambil menyentuh buku-buku yang berada di rak.
“Aku nak cari novel Masih Setia,Aisya Sofea yang tulis.Aku ingat habis je kertas Ekonomi Asas,aku nak terus baca nak lepaskan gian yang dah beberapa bulan aku tak baca novel.Sofi,aku ada satu cadangan bernas ni,”kataku.
“Cadangan apa yang bernas sangat tu?”soal Sofia acuh tidak acuh.
“Lepas kita hantar buku teks,kita keluar pergi tengok wayang,nak tak?Sebab aku tengok iklan dekat televisyen,Ashraf Muslim ada berlakon cerita Aku Masih Dara.”
“Okey.Nanti aku ajak Nabila,Quratu dengan Fatin sekali,”usul Sofia smbil membaca sinopsis yang berada di belakang novel tersebut.
“Aku lupa nak bagitahu kau yang petang itu juga aku kena balik KL sebab hari Rabu tu aku kena pergi buat passport.Lagipun tarikh tempoh passport aku tu dah mati”
“Kenapa nak buat passport pulak,kalau mati sekalipun.Kau ada nak pergi mana-mana ke?”Tanya Sofia.
“Semalam mak aku telefon,dia kata nak bawa aku dengan adik aku pergi Indonesia hari Ahad nanti.”
“Wah!Best lah macam tu.Habis je periksa dapat pergi jalan-jalan.Nanti jangan lupa belikan barang dari sana untuk aku ini,”kata Sofia.Aku meneliti satu persatu novel,akhirnya aku jumpa juga novel yang aku mahukan.Bagi aku,satu novel tidak cukup untukku baca sepanjang cuti ini.Aku menyuruh Sofia untuk mencarikan juga.Hasil daripada pencarian itu,Sofia terjumpa dengan novel yang sedikit banyak berkaitan dengan aku dan kawan-kawanku.
“Rin,kau tengok novel Prince Charming ini,ada pasal bola sepaklah.Kau sukakan bola sepak?Apa kata kau beli je buku ni nanti bolehlah kau baca dan bawa pergi Indonesia ke kalau kau bosan bolehlah baca.”Sofia mencadangkan agar aku beli novel tersebut dan aku menganggukkan kepala tanda setuju aku mahu beli novel tersebut.
Setelah membuat pembayaran,kami pergi ke medan selera untuk makan tengah hari.Perut kami pun sudah kenyang,aku mengajak Sofia berjalan-jalan di sekitar Tesco sementara menunggu Mak Cik Salmah untuk mengambil kami.Jam menunjukkan angka 5,Mak Cik Salmah pun sampai.Kami pulang dengan keletihan dan menyiapkan diri.Novel yang aku beli sebentar tadi,aku hanya simpan di dalam beg kerana tidak mahu menggangguku untuk belajar.
No comments:
Post a Comment