hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Monday, July 22, 2013

Roti dan Mentega 4

 Sementara menunggu anaknya untuk datang kembali, Puan Aliah membaca majalah yang dibelinya tadi.Tiba-tiba pintu terkuak,kelihatan Nur Athirah sedang berdiri di situ dengan tersengih.
“Athirah,masuklah ke dalam.Buat apa jadi tunggul dekat situ,”kata Puan Aliah sejurus dia menoleh kerana mendengar pintu.Nur Athirah datang mengahampiri majikannya.
“Puan,Iylia dah tidur lama ke?” tanya Nur Athirah setelah menjenguk Iylian Liyana.
“Baru je.Saya terdengar dia nangis tadi,”balas Puan Aliah.
“Kenapa?”
“Dia tanya dekat saya,kenapa saya layan dia baik.Dia minta untuk tidur tapi tak sangka pulak dia akan menangis,”jawab Puan Aliah.Walaupun dia berasa sangat susah hati ketika mendengar Iylia sedang nangis tetapi Puan Aliah tidak mahu menganggu pekerjanya.
“Saya dapat rasakan Iylia terkenangkan ibunya.”Perasaan Nur Athirah kuat mengatakan yang temannya masih ingatkan ibunya kerana dia melihat Iylia Liyana monolog tentang ibu dia setiap malam.Lebih-lebih lagi ketika keadaan Iylia seperti ini sudah tentu dia mahu perhatian dari ibu seorang bergelar ibu.
“Saya juga rasa begitu,”jelas Puan Aliah.Nur Athirah tidak mahu berahsia lagi tentang perangai sebenar ibu Iylia Liyana kerana dia begitu kesian melihat keadaan teman baiknya.Ketika mereka berbual berdua,Iylia Liyana sudah pun terjaga dan dia hanya memasang telinga.Apabila namanya diperkatakan oleh mereka,dia terus bersuara.
“Ira……”
“Eh,kawan aku dah bangun!”Nur Athirah terus bangun dan duduk di atas kaki Iylia Liyana.
“Ahhhh!”Iylia Liyana menjerit kesakitan.
“Kenapa,Iylia?”Puan Aliah terus bangun dan melihat keadaan Iylia Liyana.Tanpa berkata apa-apa,Nur Athirah terus keluar mendapatkan doktor yang merawat Iylia Liyana tadi.Sekembalinya Nur Athirah dan doktor yang memiliki paras rupa yang kacak itu,air mata Iylia Liyana sudah berjurai.Setelah doktor itu periksa didapati kaki Iylia Liyana  hanya terseliuh.Nur Athirah berasa heran bagaimana kaki Iylia Liyana sakit.
“Macam mana boleh jadi macam ni,”marah Nur Athirah.
“Relax,cik.Kaki kawan cik ni hanya terseliuh sahaja.Dia akan okay selepas ini,”kata doktor itu menenangkan Nur Athirah.
“Saya cuma risau je,Doktor Ashraf,”jawab Nur Athirah tenang sambil senyum sipul memandang ke arah doktor itu.
“Aik…macam mana awak boleh tahu nama saya?”
“Tag nama tu bukan nama doktor ke?”balas Nur Athirah selamba.
“Oh ya.Baru saya teringat,”jawab Doktor Ashraf lalu tersenyum manis.Kelihatan lesung pipit di kedua pipinya.Nur Athirah juga tersenyum.Iylia Liyana memandang mereka dengan geram kerana dia diendahkan oleh kawannya baik.
“Mak cik,bawak Iylia keluar boleh?”
“Iylia nak pergi mana?”tanya Puan Aliah cemas sebab muka Iylia Liyana kelihatan masam.
“Keluar daripada keadaan sedang berbunga dekat sini,”perli Iylia Liyana.
“Puan,tak apa.Saya akan jaga dia.Saya nak brainwash dia kejap lagi,”sampuk Nur Athirah sambil menjeling Iylia Liyana.Doktor Ashraf lalu meminta diri untuk memangil misi untuk memindahkan Iylia ke wad biasa.
“Iylia,Athirah.Mak cik pergi solat dulu.Asar dah nak masuk ni.Nanti tolong beritahu Alif,ya.”Puan Aliah bersuara bagi meleraikan pergaduhan yang akan tercetus.
“Baiklah,mak cik.,”jawab mereka serentak.Setelah Puan Aliah keluar,Iylia Liyana berlakon tidur kerana dia merajuk dengan Nur Athirah.
“Iylia,aku tahu kau tak tidurkan?”
“Kau nak apa?Pergilah dekat buah hati kau.Aku penatlah,”kata Iylia Liyana lalu dia menarik selimut sambil menutup mukanya.
“Iylia….please.Dengarlah aku cakap ni.Aku tahu kau marah dekat aku sebab layan doktor tu.Aku minta maaf,okay?”Iylia Liyana hanya mendiamkan diri sahaja.Dia langsung tidak membuka selimutnya.Nur Athirah mati akal tidak tahu bagaimana mahu membuat Iylia bercakap dengannya kembali akhirnya dia tahu cara yang membuatkan Iylia suka dengan topik tersebut.
“Aku sebenarnya dah jatuh hati dekat doktor,”bisik Nur Athirah.
“Betul ke?Kau nak aku tolong,tak?”
“Mana adalah.Aku tipu je,Kau dah terkena!”balas Nur Athirah dan mengeyitkan matanya.Perangai Iylia Liyana memang suka kalau bab orang yang lagi jatuh cinta kerana dia mahu jadi orang tengah tersebut dan menjadi heroin.Apabila mendengar kawannya begitu,dia berasa gembira dan Iylia berazam untuk menyatukan Nur Athirah dengan lelaki yang disukai oleh temannya itu.
“Eeee….kurang ajar punya perempuan,”kata Iylia Liyana sambil memukul bahu Nur Athirah.
“Iylia macam mana kaki kau boleh terseliuh ni?”tanya Nur Athirah.
“Perempuan sihir tu halang aku nak masuk kedai.”Iylia Liyana membalas dengan bersahaja.Dia tidak mahu lagi memikirkan lagi sebenarnya tapi disebabkan Nur Athirah membangkitkan soalan begitu,dia sendiri terjerat.
“Perempuan sihir?Siapa?”
Iylia Liyana tidak pasti sama ada mahu menjawab atau tidak kerana dia takut ada yang mendengarnya dan boleh jadi pergaduhan antara tunang boss yang baru dan Puan Aliah.Lalu dia memberitahu Nur Athirah untuk diberitahu setelah pulang ke rumah.Ternyata apa yang disangka oleh Iylia Liyanan itu benar.


     “Rin,Alif tak salah dengarkan.Apa yang budak tomboy tu cakap?”Alif Azmi terkejut apabila dia mahu membuka pintu.Perasaan Alif Azmi sedang bercampur baur sama ada mahu percaya atau tidak.Dia memandang Airina Batrisya dengan geram.Tekaan Alif Azmi benar bahawa Airina Batrisya yang buat kerana dia baru teringat tunangnya asyik minta mahu pulang dan tidak mahu bertemu dengan Iylia Liyana.
“Bukan Rin yang buat.Mungkin dia terjatuh sendiri,”jawab Airina Batrisya dengan nada yang gementar.Sekali lagi perangai Airina Batrisya bakal terbuka dengan luas.Dia cuba sembunyi dari kesalahannya.Namun semua itu hanya angan semata-mata kerana Alif Azmi dapat menghidunya.’
“Rin,jangan nak cuba tipu Alif.Kalau bukan Rin yang buat,siapa lagi?Setahu Alif,Rin jalan belakang Alif,”tegas Alif Azmi.Muka dia berubah jadi merah.Dia pantang kalau ada yang mencuba tipunya lebih-lebih orang yang dia sayang selama ini.Ketika Airina Batrisya cuba untuk menjawab,bakal mak mentuanya datang menyapa mereka.
“Alif,Rin.Kenapa terjegat dekat sini?Kenapa tak masuk?”
“Nasib baik perempuan tua ni datang.Kalau tidak habis rahsia aku,”kata Airina Batrisya dalam hati.
“Alif nak masuklah ni,”jawab Alif Azmi pantas lalu membuka pintu.Airina Batsriya masih berteka-teki sama ada mahu masuk atau tidak.Dia tidak mahu ditanya lagi dan meminta maaf kepada perempuan yang dibencinya itu.Airina Batrisya meminta diri kepada bakal mak mentuanya setelah Alif Azmi sudah pun melangkah masuk ke bilik kecemasan itu.
“Ishhh!Asal mamat gagak ni mesti ada dekat sini,”kata Iylia Liyana perlahan.Namun suaranya didengari oleh Nur Athirah.
“Kau ni,macam-macamlah.Tadi perempuan sihir sekarang mamat gagak pulak.Siapa mamat gagak ni?”
“Diamlah.Dia ada dekat belakang kau,”kata Iylia Liyana lalu menutup mulut temannya itu.Nur Athirah menoleh dan tertanya dia terkejut kerana Iylia memanggil boss barunya yang sedang sandar di dinding sambil memasukkan tangan ke dalam kocek.“Boss!”Nur Athirah memanggilnya dan dia beralih dari tempat yang dia duduk di kaki Iylia Liyana.
“Ya,kenapa?”Ali Azmi dengan selamba datang ke arah Iylia Liyana duduk di sebelahnya.
“Dasar lelaki bajet handsome berlagak macam dia ni kenal aku.”Iylia Liyana menyumpah dalam hati dan kini hatinya geram kembali kerana terkenang perangai kebudak-budakan boss barunya itu.Sekali lagi Puan Aliah masuk setelah dia habis berurusan dengan Airina Batrisya.
“Alif dan Iylia.Kamu berdua berbuallah dulu.Mama nak pergi makan dengan Athirah,”kata Puan Aliah sambil memandang Nur Athirah supaya pekerjanya itu dapat isyaratnya.
“Tapi…mak cik.Saya nak…”.Belum sempat Iylia menghabiskan kata-katanya,Nur Athirah sudah menyampuk.
“Jomlah,Puan.Saya pun dah lapar ni,”kata Nur Athirah lalu memegang tangan Puan Aliah.Mereka berdua pun terus meninggalkan dua insan yang sedang dalam keadaan dingin itu.Tanpa sepatah kata,Iylia Liyana terus membuka selimutnya dan ingin turun dari katilnya.Namun sedikit lagi dia mahu terjatuh dan sempat ditangkap oleh Alif Azmi.Mereka saling berpandangan.Jantung Iylia Liyana mula berdegup kencang dan perasaan yang sama juga turut dirasai lelaki yang rambut belah tepi agak keperangan.
“Kau nak pergi mana?”
“Aku nak ke tandaslah,”jawab Iylia Liyana geram walaupun dia tahu itu majikan barunya dan mungkin bakal dipecat akibat berbahasakan diri begitu tetapi dia tidak mahu tunduk terhadap lelaki ini. “Kau sedar diri kau tu siapa?Nak cakap aku kau dengan aku.”Alif Azmi juga tidak mahu mengalah lantas memarahi Iylia Liyana.

“Aku tahulah!Tepi sikit!Aku nak jalan.”Iylia Liyana cuba sedaya upaya menahan sakit di perutnya dan menggagahkan diri menolak Alif Azmi sampai terjatuh.Muka Alif Azmi bertambah merah dan dia menjadi berang.“Perempuan ni memang nak kena dengan aku,kau masuk kerja nanti.Tunggulah keseksaan kau,”kata Alif Azmi dalam hati lalu gelak seorang diri.Dia melihat Iylia Liyana jalan terhenjut-henjut untuk ke tandas lalu Alif Azmi terus mencapai pergelangan tangan Iylia Liyana dan memimpinnya ke tandas.