hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Sunday, May 19, 2013

Roti dan Mentega 3


Keadaan menjadi tegang apabila di dalam kereta. Puan Aliah memangku Iylia Liyana yang tidak sedar manakala Alif Azmi mendiamkan diri menahan marah terhadap tunangnya. Walaupun sudah setengah perjalanan,dia masih tidak mahu bersuara dan memandang Airina Batrisya.  Airina Batrisya sesekali memandang ke kanan tetapi orang di sebelahnya langsung tidak membalas pandangannya.Dia berasa bersalah dan tidak selesa dengan keadaan itu,akhirnya mendapat idea bagaimana mahu menjelaskan keadaan yang berlaku tadi
“Rin,minta maaf,Mak Cik. Mungkin sebab terlalu cemburu tengok Abang Alif dengan Iylia.”
“Okay,tapi kamu sepatutnya sudah faham dengan situasi. Jangan bertindak melulu.”
“Baiklah,Aunty.”Airina Batrisya memandang kearah sebelah kelihatan Alif Azmi hanya membatukan diri .
“Mak Cik harap Airina tidak ulang perkara yang sama lagi.”
“Ya,Aunty. Rin akan cuba”
“Kalau cuba tapi buat lagi. Taka da guna kalau macam tu,” kata Alif Azmi.
“Sudahlah tu Alif. Jangan besarkan hal ni. Bawa kereta tu elok-elok ,pandang depan.”Puan Aliah meredakan situasi sebelum menjadi lebih teruk lagi. Perjalanan ke hospital diteruskan walaupun keadaan menjadi suram.

“Cepat,Alif! Bawa Iylia pergi ruang kecemasan nanti terlambat,”arah Puan Aliah walaupun masih berada di dalam kereta.Tanpa sepatah kata,Airina Batrisya terus menggantikan tempat duduk tunangnya walaupun hati dia sakit melihat Alif Azmi menolong wanita lain.Alif Azmi dengan pantas mengangkat Iylia Liyana. Keadaan di hospital besar itu begitu sesak dikerumuni oleh orang ramai.Dia terpaksa berlari dengan sekuat tenaganya untuk sampai ke ruang kecemasan dan akhirnya dia sampai di situ dengan mengah.
“Nurse,tolong kawan saya ni! Dia pengsan sejak dari tadi lagi,”kata Alif Azmi dengan cemas.
“Baik,encik.Encik sila tunggu di ruang menunggu.Nanti saya akan panggil encik bila sudah siap,”kata misi itu dengan tenang.Alif Azmi dengan perasaan berbaur kecewa lalu berjalan menuju ke arah  tempat yang disuruh.Dia dengan perlahan melabuhkan punggungnya di tempat ruang yang kosong.
“Aduh,kalau aku tahu jadi macam ni aku tak akan bertindak melulu.Argh!”jerit Alif Azmi di dalam hati sambil menolak rambutnya ke belakang.
“Kenapa dengan you?” tanya orang yang baru datang lalu duduk di sebelahnya.
“ You rupanya,terkejut I.Bila you dengan mama sampai?”tanya Alif Azmi dengan nada terkejut. Kelihatan mak Alif Azmi sudah duduk sebelahnya.
“Waktu you mengelamun tadi.Kenapa you mengelamun?” tanya Airina Batrisya untu dapatkan kepastian.
“Tak ada apa-apalah,”jawab Alif Azmi bersahaja.
“Alif,doktor kata apa?”Puan Aliah mencelah.
“Belum lagi keluar, mama. Mungkin lama lagi nak kena check,” jawab Alif Azmi dengan nada yang perlahan.
“Oh, okay. Alif mesti penat angkat Iylia.Rin, pergi teman tunang kamu pergi makan dah petang ni.Aunty tunggu di sini.”Puan Aliah mengarahkan bakal menantunya memandangkan pertelingkahan mereka tidak reda lagi.


Mereka berdua lalu pergi ke medan selera. Alif Azmi masih memilih tidak mahu berbicara kerana takut terjadi apa-apa terhadap Iylia Liyana disebabkan dia manakala Airina Batrisya pula tidak berani berkata kerana takut dimarahi lagi.Setelah sampai di medan selera,mereka memilih tempat yang tersorok daripada pandangan orang.
“Alif, what you want to eat?” Airina Batrisya cuba memberanikan diri untuk bertanya kerana dia tahu,Alif Azmi kalau tiada mood dia akan mengeluarkan bara apinya yang panas.
“Just buy anything. Don’t forget to buy for my mum,”arah Alif Azmi dengan masam mencuka.Airina Batrisya terus pergi membeli makanan kegemaran Alif Azmi iaitu kuetiow goreng.Alif Azmi masih rasa bersalah dan dia takut untuk bertemu Iylia Liyana pasti perempuan itu menyalahkannya.Beberapa minit kemuadian, Airina Batrisya sampai membawa hidangan,kelihatan Alif Azmi menundukkan wajahnya dengan menutup mata.
“Alif,.You tidur ke?tanya Airina Batrisya dengan perlahan.
“Tak adalah.Cuma penat sikit je. Rin belikan apa untuk Alif?
“Kenapa you tiba-tiba nak tukar panggilan?”
“Alif rasa kita patut guna panggilan biasa je lagi pun lagi berapa bulan kita nak kahwin kenalah selalu biasakan,”jelas Alif Azmi.Tujuan sebenarnya ialah dia tidak mahu teman-temannya memandang bakal isterinya seorang yang manja dan gedik.
Airina Batrisya berfikir sejenak.Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu dipanggil seperti begitu keranan baginya panggilan tersebut adalah kolot.”Hmm…kalau macam itu yang Alif nak, Rin ikut je. Alif kan bakal suami, Rin,” jawab Airina Batrisya sambil mengukirkan senyuman.
“Betul tu. Macam nilah tunang Alif pandai memahami hati orang,”puji Alif Azmi dengan mengenyitkan mata sebelah kanan. Perasaan yang gelisah tadi dibuang jauh-jauh kerana dia tidak mahu tunangya mengesyaki dia masih berfikir tentang pekerja barunya itu.
“Malu I, you buat macam tu.”Alif Azmi membuntangkan matanya apabila Airina Batrisya menyebut benda yang sama.
“Opps,sorry. Rin akan cuba sesuaikan diri. Okay,sayang?” Perasaan Airina Batrisya begitu kecewa kerana Alif Azmi tidak memhaminya.


“It’s okay. Take your time.” Tanpa menghiraukan Airina Batrisya yang sedang dalam keadaan marah dan kecewa, Alif Azmi terus menyuap makanan yang sudah lama terhidang di hadapannya. Airina Batrisya turut makan tetapi dengan perlahan mengunyah.Namun dia masih geram dengan karenah tunangnya.Mahu sahaja dia melaksanakann rancangan yang sudah dirancang itu.”Ish,lelaki ni memang selalu bikin hati aku panas,”katanya dalam hati sambil merenung tepat Alif Azmi.Alif Azmi makan dengan penuh kesungguhan akibat tenanganya sudah lemah kerana mengangkat Iylia Liyana.


Di sisi lain,Puan Aliah sedang menunggu dengan penuh debaran.Perasaan yang dirasainya sama seperti ketika suaminya masuk hospital buat pertama kali.Dia mundar mandir di hadapan wad kecemasan kerana terlalu risau.Setelah setengah jam menunggu,akhirnya doktor yang merawat Iylia Liyana keluar dari wad kecemasan.
“Siapa Alif Azmi bin Ahmad?”
“Saya emak dia.Bagaimana dengan pekerja saya?”
“Dia mengalami sakit appendix. Kami sudah membuat pembedahan dan  saya akan tahan dia dalam masa 3 hari untuk membuat pemantauan. Puan,boleh masuk sekarang tetapi sebentar lagi saya akan suruh Nurse pindahkan pekerja puan ke wad biasa,”kata doktor dalam lingkungan 20  tahun itu.
“Alhamdulillah,Iylia tidak apa-apa.Kalau begitu,terima kasih doktor.”Setelah mendengar penjelasan doktor,Puan Aliah berasa lega lalu dia terus membuka pintu.Kelihatan Iylia Liyana sudah sedar dan memandang ke arahnya dengan mata yang kuyu dan mukanya turut pucat.Puan Aliah mengambil tempat,duduk di sisi pekerjanya.
“Iylia dah rasa okay?” tanya Puan Aliah sambil membetulkan selimut.
“Hmmm…okay sikit,mak cik.” Iylia Liyana cuba menjawab walaupun perutnya terasa pedih.
“Minumlah sikit air milo ni bagi perut Iylia kenyang.”Puan Aliah membetulkan katil agar senang untuk menyuap Iylia Liyana.Berbaloi air milo yang dibelinya ketika menunggu kerana hasratnya untuk minum.Akibat terlalu risau,Puan Aliah hanya menyimpannya sahaja.Ketika Iylia Liyana sedang minum,dia berasa pelik melihat Puan Aliah melayannya begitu baik.
‘“Mak cik….,”panggil Iylia Liyana dengan nada yang sayu.
“Ya,Iylia.Iylia sakit lagi?Mak cik panggilkan doktor,”tanya Puan Aliah cemas.Puan Aliah bangun untuk keluar.
“Tak ada apa-apa,mak cik.Cuma Iylia nak tanya sikit,boleh tak?”
“Nasib baik Iylia taka da apa-apa.Mak cik risau sangat tadi.Iylia nak tanya apa?”
“Kenapa mak cik layan Iylia begitu baik sekali?Sedangkan Iylia hanya seorang pekerja sahaja.”Iylia Liyana tanya dengan penuh berhati-hati.Puan Aliah memandang pekerjanya dengan sayu dan dia mengukirkan senyuman.
“Sebenarnya mak cik dah anggap Iylia macam anak sendiri.Iylia sendiri tahu yang mak cik tak ada anak perempuan,”kata Puan Aliah tenang.Iylia Liyana mengangguk tanda setuju tetapi jawapannya itu tidak memuaskan hatinya namun dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan meminta diri untuk tidur.Lalu Iylia membetulkan posisinya memandang ke arah bertentangan dengan majikannya.Tanpa disedari air matanya jatuh apabila terkenangkan kebaikan Puan Aliah terhadapnya selama sebulan kerana dia tidak boleh menumpang kasih dan tiba-tiba dia teringat ibunya.”Mak,kenapa buat Iylia macam ni.Bukan ke sepatutnya seorang ibu mengasihi anaknya.Iylia perlukan mak….Iylia rindu mak.Mak berubahlah demi Iylia,”katanya dalam hati dan air matanya berderai bagaikan air hujan lebat yang mengalir.Puan Aliah menjenguk pekerjanya kerana dia mendengar esakan tangisan,apabila melihatnya Iylia Liyana sedang tidur.

Thursday, May 16, 2013

Tajuk akan ditukar

Atas sebab tajuk begitu common dgn keadaan sekeliling.Saya mahu tukar tajuk.Dan saya akan memilih tajuk itu ditukarkn kpd 

roti dan mentega

Tuesday, May 14, 2013

Teka teki

Masih berteka-teki sama ada mahu hantar atau tidak di penulisan2u.
Belum ada keyakinan lagi.
Bagi sesiapa yg baca post ni...please tngglkan comment.Adakah saya patut hantar atau tidak?

Ucapan pada semua

Terima kasih kerana sudi membaca Mamat Gagak vs Minah Kelapa.
 Saya amat terharu kerana semua sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. 
Sambungan akan diteruskan jikalau semua dapat tinggalkan comment dengan memberangsangkan.
Harap anda semua menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis satu hari nanti.


Terima Kasih Semua!