hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Friday, October 17, 2014

Roti dan Mentega Bab 9

Bab 9
        Kesibukan kota raya jelas ternyata apabila Nur Athirah terpaksa menggunakan pengangkutan awam tanpa minta pertolongan teman barunya kerana dia tidak mahu menyusahkan doktor muda yang baru dikenalinya.Dia menaiki bas ke hospital untuk mengambil Iylia Liyana kerana dia sudah dibenarkan pulang hari ini mengikut apa yang dikatakan oleh Doktor Ashraf.
      Setelah setengah jam,Nur Athirah sampai di hospital dan bergegas naik tingkat atas bagi mendapatkan teman baiknya.Ketika sampai kelihatan susuk tubuh lelaki yang dikenalinya itu sedang berdiri di situ tanpa berganjak.Dia mendekati mereka dengan penuh debaran kerana takut akan terjadi apa-apa pada Iylia. Saat itu Doktor Ashraf menoleh ke belakang dan menunjukkan tanda senyap lalu mendapatkan Nur Athirah untuk beredar dari situ.Nur Athirah tidak berpuas hati dengan menolak tangan Doktor Ashraf ke tepi lalu menuju ke pintu manakala boss barunya pula menghalang dia masuk.Nur Athirah sudah berada di hadapan pintu dia tergamam dan terpaku di situ apabila terdengar Iylia Liyana menjerit.
"Mak kalau nak sakitkan hati Iylia.Pergi baliklah,mak….Iylia dah muak tengok muka mak dengan muka kawan mak yang hodoh ni dekat sini." Iylia Liyana menjerit dari dalam bilik dan tanpa rasa belas kasihan,ibunya turut juga tidak mahu mengalah.
"Pang!Anak biadab!!!Kau Jangan ingat kau dah duduk dengan anak orang kaya kau boleh bahagia,kau silap Iylia!Aku akan dapatkan kau sampai apa yang aku nak!Aku dapat!Ikut aku balik sekarang!”Puan Linda menarik Iylia Liyana untuk turun dari katil.
“Mak tak sedar ke?Diri mak tu dah tua.Bila-bila je boleh pergi,”kata Iylia dan tidak mahu beralah dengan ibunya yang masih cuba untuk tarik Iylia turun dari katil.Iylia Liyana menyentap tangan ibunya.”Pergi berambuslah,mak!!!!!!”Iylia Liyana sudah tidak tahan sabar lalu sedaya menolak ibu dia hingga terjatuh dan teman ibu dia yang menyaksikan itu memukul Iylia Liyana.Iylia bangkit bangun walaupun keadaan perutnya begitu sakit tanpa memikirkan kesakitannya dia terus masuk ke bilik air dan menghentak pintu itu dengan kuat.Puan Linda memarahi lelaki itu kerana sudah mengasari anak perempuan dia dan beri arahan supaya tidak ikut campur urusan dia untuk mengambil Iylia Liyana.Puan Linda tidak berputus asa dengan menendang pintu itu bilik air tersebut.

    Keadaan menjadi tegang di dalam bilik vip itu apabila terdengar hentakan pintu dari dalam.Nur Athirah tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan kedua-dua lelaki di hadapan dia tidak memberinya masuk kerana mereka tidak mahu keadaan jadi teruk apabila orang luar masuk campur hal keluarga.Dia berang dan asyik membebel di hadapan pintu itu.
    Akibat Iylia Liyana tidak bersuara dan Puan Linda asyik mengasak pintu bilik air.Alif Azmi dan Doktor Ashraf masuk membantu Iylia Liyana meleraikan pertelingkahan dua beranak itu. Doktor Ashraf terus menuju ke bilik air kerana Iylia Liyana tidak bersuara manakala Alif Azmi mendapatkan Puan Linda.
"Sudahlah mak cik.Iylia tak nak jumpa mak cik sementara waktu ni.Tolong mak cik faham keadaan Iylia,"rayu Alif Azmi.
"Eh,jantan! Kau jangan masuk campur urusan aku anak beranak.Nanti dengan kau sekali kena penampar dari tangan berbisa aku ni."
"Tolonglah kasihankan anak mak cik,"rayu Alif Azmi dan dia tidak berganjak daripada perempuan tua tidak sedar diri itu di hadapannya.
"Kau tak faham ke apa aku cakap,jantan! Aku paling pantang kalau orang ganggu urusan aku!"
"Ish mak cik ni orang ke apa tak faham cakap bahasa melayu,eeee...geram pulak aku." Alif Azmi berkata dalam hati tanpa berlengah lagi,dia keluar dari bilik itu memanggil pengawal.Pengawal tersebut mengarahkan Puan Linda dan temannya keluar.
"Aku takkan lepaskan kau Iylia.Sampai bila-bila aku akan cari kau,"jerit Puan Linda.
"Meroyan pulak orang tua ni,"kata Alif Azmi.Sementara itu,Nur Athirah memanggil Iylia daripada luar bilik air ketika pengawal sedang membuka pintu tersebut.Kelihatan Iylia Liyana sedang terbaring dengan memegang luka appendix dia.Nur Athirah panik dan tanpa berlengah Doktor Ashraf mengangkat Iylia Liyana hingga ke katil.Alif Azmi memandang dengan simpati.Dia tidak sangka kehidupan Iylia dan ibunya sebegitu rupa.Setelah diperiksa,Iylia Liyana hanya pengsan seketika dan luka pembedahnnya bernanah.Doktor Ashrraf merawatnya kembali dan setelah selesai dirawat,doktor muda itu duduk di sofa bersama Nur Athirah dan teman lamanya.Mereka bertiga berbincang mengenai Iylia Liyana.
"Iylia tak boleh balik lagi.Mungkin saya akan tahan dia tiga hari lagi dan untuk pengetahuan kau,Alif.Aku akan bagi cuti dekat Iylia selama tiga minggu."
"Tapi macam mana kalau dalam masa tiga hari ni mak Iylia datang balik,"tanya Nur Athirah dengan nada yang risau.
"Kita kena pindahkan wad lain.Acap,kau kena tolong cakapkan dekat nurse supaya bagi tahu mak dia yang Iylia dah keluar hospital."Alif Azmi bersuara dan memberi cadangan bagi menjaga keselamatan pekerjanya.
"Kalau macam tu Encik Alif,saya ingin minta tukar shift pagi hingga tengah hari sampai Iylia betul-betul sihat.Harap Encik Alif pertimbagkan permintaan saya,"kata Nur Athirah dengan nada yang perlahan sambil menundukkan wajahnya.Doktor Ashraf melihat keadaan Nur Athirah berasa kasihan apatah lagi yang sedang terbaring itu kawannya sendiri.Dia lantas bersuara sebelum Alif Azmi memulakan pembicaraan.
"Aku rasa kau patut terima memandangkan keadaan Iylia bertambah buruk sebab Iylia kena cuci luka dia dan lagi satu untuk mengelakkan dari Iylia jumpa ibu dia."
Alif Azmi berfikir sejenak."Baiklah,saya terima dengan tawaran awak tu.Cuma saya nak kalau ada emergency case awak kena datang secepat mungkin."
"Menurut perintah,boss!"Nur Athirah tersenyum bahagia kerana dapat diplomasi dengan boss barunya.Tanpa Nur Athirah sedar,ada sepasang mata tengah melihatnya dengan penuh tersirat sambil tersenyum sendiri.Perasaannya menjadi tidak tentu arah.Mereka berdua saling berpandangan.Nur Athirah tertunduk malu dengan degupan jantungnya sudah hilang rentak,dia hanya mampu senyum.
"Kalau ya pun nak bermain mata janganlah dekat depan mata aku.Geli aku tengok."Alif Azmi bersuara tanpa segan silu.Setelah menyedari Alif Azmi sedang melihat lalu mereka tersedar dari khayalan.Alif Azmi meminta diri untuk pulang memandangkan hari sudah mahu masuk senja begitu juga Doktor Ashraf manakala Nur Athirah tersenyum sendiri memikirkan kejadian dengan doktor dalam lingkungn umurnya.

 Keesokan harinya,selepas selesai sahaja mengerjakan ibadah wajib,Alif Azmi tidak tidur kembali lazimnya dia akan memejamkan mata jikalau hari masuk hujung minggu.Bagi dia itulah waktu yang paling terbaik untuk rehat selepas penat bekerja dalam lima hari.Akibat terlalu  khuatir dengan keadaan pekerjanya,dia bangun pagi pada hari itu.Dia menurun tangga dengan kelam kabut.Puan Aliah memerhati gelagat anak sulungnya dengan penuh minat sambil tersenyum seorang diri apabila mendapati Alif Azmi ingin terjatuh.
"Kamu nak ke mana Alif pagi-pagi dah nak keluar? Selalu mama tengok Alif tak keluar pagi kalau hari minggu macam ni.Alif,nak pergi jumpa Rin ke?"
"Eh,Mama!Terkejut Alif."Alif Azmi menghampiri ibunya di ruang makan.
"Alif nak ke mana?"tanya Puan Aliah sekali lagi.
"Nak tengok Iylia dah sedar ke belum,"jawab Alif Azmi selamba dan mengambil tempat di sisi ibu dia.Alif Azmi memberi reaksi bersahaja walaupun di dalam hatinya begitu risau.Disebabkan tiada apa-apa berita mengenai Iylia Liyana pada pagi itu,dia mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan pekerjanya.
“Apa dah jadi dengan Iylia? Kalau macam tu mama nak ikut Alif.”
“Mama tak ada kelas usrah ke hari ni?”tanya Alif Azmi dengan mulut yang penuh dengan mee hoon yang dihidangkan.
“Ada tapi mama lagi risaukan keadaan Iylia.Kenapa Iylia tiba-tiba jadi macam tu? Hari kelmarin bukan ke Alif cakap Iylia sudah beransur pulih.”Kerisauan mula terbit di dalam diri Puan Aliah apabila mendengar berita yang kurang baik tentang pekerjanya sekali lagi.
“Mak Iylia datang nak ambil Iylia keluar dari hospital,”jawab Alif Azmi bersahaja lalu bergegas bangun untuk ke dapur.Setelah perut Alif Azmi di isi,dia pun meminta diri untuk beredar tetapi Puan Aliah berkeras juga untuk ikut kerana dia lebih mementingkan kesihatan Iylia Liyana.Alif Azmi menceritakan kembali kejadian yang berlaku di hospital semalam.
   Puan Aliah berleter sepanjang perjalanan kerana perangai seorang ibu yang tidak tahu menjaga amanah yang diberikan.Walaupun dia tahu anak sulungnya sudah berpunya tetapi demi keselamatan dan kesihatan Iylia Liyana,Puan Aliah meminta Alif Azmi untuk melindungi dan memerhatikan pekerja barunya.Alif Azmi hanya menurut perintah.Hasrat di dalam hatinya sama seperti apa yang diminta oleh ibu dia walaupun tanpa dipesan.Dia tahu bahawa dia salah dari segi undang-undang percintaan untuk tunang dia iaitu tidak boleh melayani mana-mana perempuan termasuk pekerja.
   Awal-awal lagi Alif Azmi berpesan kepada Puan Aliah agar tidak membuka mulut tentang hal yang berlaku antara Iylia Liyana dan Puan Linda.Dia tidak mahu Iylia menerima berita buruk mengenai dirinya sendiri lantas menyebabkan keadaan kesihatannya makin parah dan tidak boleh datang kerja kerana Alif Azmi mahu melaksanakan agendanya terhadap pekerja baru yang tidak sedar diuntung itu apabila pertama kali berjumpa.
  Puan Aliah menapaki masuk ke dalam bilik vip itu dengan perlahan agar tidak menganggu Iylia Liyana.Alif Azmi tidak seperti ibunya,dia melangkah masuk dan tanpa berkata apa-apa Alif duduk di sofa yang terletak di hadapan katil  lalu mencapai surat khabar terus membacanya tanpa mempedulikan Iylia Liyana yang sedang baring dan baca majalah itu.Puan Aliah hanya  mendiamkan diri dan melihat sahaja gelagat anak terunanya itu disebabkan dia tidak mahu ganggu Iylia yang sedang leka.Dia mengambil tempat di sebelah Alif Azmi.
“Kau ingat aku dengan boss lama kau ni tunggul ke nak tunggu habis baca buku baru nak tegur.”

   Iylia Liyana tersentak apabila mendengar suara yang tidak digemarinya itu.Dia merengus lalu meletakkan majalah yang dibeli oleh Nur Athirah kelmarin di meja sebelah katilnya.Tanpa menyedari ada sepasang mata melihatnya,dia merebahkan dirinya dan mencuba melelapkan matanya.Iylia Liyana sudah membuat keputusan untuk tidak layan Alif Azmi apatah lagi bertentang mata dengannya cukuplah sekali dia pernah berdua-duaan dengan mamat gagak itu.

Saturday, October 4, 2014

Roto dan Mnetega Bab 7 & 8

Bab 7
“Bukan main lagi anak dara ni duduk,siap terkangkang.Sedarlah sikit kau tu anak dara,Rin.Malu orang nampak nanti,”kata Puan Badriah.Dia menggelengkan kepala melihat karenah anak daranya yang sedang duduk di sofa sambil bermain handphone.
“Rin,tak dengar ke buat-buat pekak?tanya Puan Badriah lalu mengambil tempat duduk di sebelah Airina Batrisya dan membetulkan kaki anak perempuannya itu.Tiada sebarang jawapan dari mulut anak tunggalnya.Dia bertanya lagi untuk membuka pembicaraan dengan anaknya.“Kau tak keluar ke dengan tunang kau?” Walaupun mempunyai anak seorang namun karenah yang perlu dijaga oleh Puan Badriah seperti menjaga anak yang mempunyai sepuluh anak.
“Dia sibuk kerja,malas nak kacau,”jawab Airina Batrisya bersahaja.Di dalam hatinya sebenarnya menahan geram dengan tunangnya namun dia hanya diam supaya tidak dikesan oleh ibu dia.
“Ya ke? Mak tengok macam ada tak kena je dengan kamu berdua.Selalunya waktu petang begini,Rin dah hilangkan diri pergi jumpa dia tapi mak tengok relax je hari ni,”kata Puan Badriah.
“Alah mak ni,bukan selalu pun Rin duduk rumah macam ni.Lagi pun Abang Alif baru je kerja dua hari,nanti kalau Rin jumpa dia.Marah pulak orang tua tu nanti,”jawab Airina Batrisya lalu melunjurkan kaki ke bawah.Puan Badriah yang sedang duduk di sebelahnya tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam.”Assalammualaikum,Assalammualaikum.Rin!Rin!”gerangan suara dari luar membuatkan Airina Batrisya tersentak dan mengintai dari sebalik langsir tepi sofa itu.”Aduih,kenapa dia datang sini pulak?Kantoi dengan mak aku yang aku merajuk dengan dia,”kata Airinna di dalam hati dan mencebikkan bibirnya.
“Mak,tolong cakapkan dekat Abang Alif.Rin tak ada dekat rumah.”Airinna Batrisya masih lagi berasa kecil hati dengan tindakan Alif Azmi semalam.Semalaman panggilan masuk dari Alif Azmi,dia mengendahkan panggilan tersebut.Namun tunangnya itu tidak berpasrah begitu sahaja buktinya dia muncul di depan rumah Airinna Batrisya hari ini setelah dia pulang kerja.
“Tepat sangkaan mak tadi.Mak jemput dia masuk.Rin pergi tukar baju sekarang,kalau dia nampak terbongkar rahsia kita nanti.”Puan Badriah mengarahkan anak perempuannya itu menyalin pakaian yang lebih sopan dan manis kerana pakaian yang dipakai oleh Airinna Batrisya di rumah hanya seluar pendek dan singlet sahaja.Dia tidak mahu agenda yang selama ini dirancang terungkai dan dia mempergunakan anaknya itu untuk melaksanakan misi yang sudah ditetapkan itu.Airinna Batrisya hanya menjadi pak turut sahaja kepada maknya.“Tak payahlah,mak.Rin tak nak jumpa Abang Alif,biar dia tahu rasa sakit hati macam mana kalau tak dilayan,”kata Airina Batrisya lalu bingkas bangun dan beredar naik ke atas.
Puan Badriah hanya menggelengkan kepala dan menjerit dari arah bawah,”merajuk jangan lama-lama.Rosak rancangan kita nanti.”Airina Batrisya menghempaskan pintu setelah sampai ke ke biliknya kerana protes atas tindakan maknya yang tidak habis-habis berpesan kepadanya tentang rancangan yang sudah ditetapkan itu.
Wanita berusia 50-an itu keluar berjumpa dengan bakal menantunya.Tersergam ketampanan Alif Azmi walaupun hanya memakai baju t-shirt hitam dan jeans tiga suku bawah lutut berwarna biru lusuh.Puan Badariah mengukirkan senyuman sejurus lihat Alif Azmi yang sedang tunggu di depan pagar rumah dua tingkat dua teres itu.
“Mak cik,boleh Alif masuk?”
“Boleh tapi Rin tak ada dekat rumah sekarang ni.Dia keluar dengan kawan-kawan lama.”
“Oh yeke?Alif tak tahu pula yang Rin keluar.Tak apalah kalau macam tu,mak cik.Alif balik dulu,”kata Alif Azmi lalu meminta diri untuk pulang.
“Alif ada masalah apa-apa ke dengan Rin?”tanya Puan Badriah untuk mendapatkan jawapan yang belum dijawab oleh anak perempuannya.
“Kami okay je,mungkin Rin terlupa nak bagi tahu dekat Alif,”jawab Alif Azmi bersahaja dan dia meminta diri kepada Puan Badriah sejurus menjawab panggilan telefon dari pemanggil.Dia menekan pedal kereta hitam miliknya itu menuju ke tempat yang disuruh oleh pemanggil tadi.



“Awak macam mana Iylia hari ni?Masih rasa sakit lagi dekat perut awak?”tanya Doktor Ashraf.
“Erm…sakit lagi,doktor.Cuma kadang-kadang je tak sakit,”kata Iylia Liyana lalu membetulkan kedudukannya dengan cuba duduk,dia berasa segan apabila melihat Doktor Ashraf di hadapannya.Ketika mereka sedang berbual,pintu terkuak terpacul seorang jejaka di muka pintu.
“Alif,ingat aku lagi tak?”
“Ashraf!”kata Alif Azmi lalu mendapatkan Doktor Ashraf dan mereka salam sambil berpelukan.Persahabatan yang pernah dijalin ketika waktu sekolah menengah terlerai apabila masing-masing melanjutkan pelajaran ke univerisiti.
“Buah hati kau ke Iylia ni?”tanya Doktor Ashraf kerana heran melihat Alif Azmi datang membawa bekas makanan untuk pesakitnya.
“Perempuan ni mana sesuai jadi makwe aku.Tak standard dengan aku.Dia pekerja mak aku dulu sekarang dah jadi pembantu aku dekat kedai roti syarikat mak aku,”jawab Alif tanpa mempedulikan perasaan Iylia Liyana sedang terbaring kesakitan itu.”Wah!Wah!Sesuka hati dia je nak cakap macam tu dekat doktor,kalau ya pun aku ni tak layak jadi makwe dia.Tak perlu kot nak bagi tahu,”desis hati kecil Iylia Liyana.
“Nanti ada masa,jom lepak sama-sama.Aku keluar dulu,ada patient yang aku kena check lagi.Aku tinggalkan Iylia dekat kau,”kata Doktor Ashraf bersahaja dan berbuat tenang walaupun sebenarnya dia terkejut dengan apa yang diucapkan oleh teman lamanya,dia tidak sangka yang Alif Azmi berubah sebegitu kerana setahu dia Alif yang dikenali dulu adalah seorang yang skema dan tidak berani melantangkan suara atau pendapat pada orang lain.
“Iylia,jangan makan telur dan ayam nanti appendix awak akan pecah dan bernanah.Saya keluar dulu ya.”Doktor Ashraf memesan kepada Iylia Liyana dan Alif Azmi jalan menghampiri katil Iylia lalu meletakkan makanan yang dibawa di atas meja.
“Makan ni,mak aku dah bawakkan,”kata Alif Azmi lalu duduk di tempat duduk di hadapan Iylia Liyana.Iylia dengan berhati-hati membuka makanan tersebut dan kelihatan Puan Aliah menyediakan makanan kegemarannya iaitu ayam goreng.Bubur yang disediakan oleh majikannya itu hanya dipandang sahaja.Alif Azmi memerhatikan dari sebalik majalah dan dia terkejut Iylia Liyana sedang memakan ayam dengan lahapnya.
“Oi,minah!”
“Apa jerit-jerit ni,boss?”marah Iylia Liyana kerana die tersentak dan terkejut.
“Kau tak dengar ke apa doktor cakap tadi atau kau memang tak ada telinga nak dengar?”
“Cakap apa?”Alif Azmi tidak menjawab pertanyaan Iylia lalu mengambil ayam goreng itu dan menyuapkan terus ke dalam mulutnya walaupun itu sisa dari makanan pekerjanya.Dia tidak kisah asalkan perkara yang buruk tidak terjadi.
“Woi,ayam aku!”Iylia Liyana tidak tahan marah.Dari tadi dia cuba menahan sabar akan karenah majikan barunya yang memperlekehkan dia di hadapan Doktor Ashraf namun itu dia tidak peduli.Apabila melibatkan sesuatu barang atau makanan kegemarannya diganggu oleh orang lain,dia akan berubah menjadi agresif. Lantas dia cuba mencapai ayam itu kembali tetapi apakan daya,dia tidak berjaya akibat perutnya bertambah sakit.
“Kau ni memang minah kelapa!”marah Alif Azmi lalu kembali ke tempat duduknya.
“Kenapa pulak?”Iylia Liyana pusing dan memikirkan kenapa Alif Azmi berkata begitu.Alif Azmi tidak mempedulikan pertanyaan Iylia,dia melihat jam tangannya.Iylia yang sedang bingung memerhatikan gelagat Alif Azmi.”Fuh,mamat ni suka sangat buat aku bengang,nasib baik kau ni bakal jadi boss aku kalau tidak dah lama aku kerjakan,”kata Iylia Liyana dengan merenung tepat ke arah muka Alif Azmi tiba-tiba dia berasa mual.
“Encik Alif!”
“Kau nak apa?Daripada tadi asyik ganggu orang je,”marah Alif Azmi.Kalau ikutkan hatinya dia mahu tinggalkan sahaja Iylia seorang tapi disebabkan takut akan terjadi apa-apa akan pekerjanya,Alif Azmi terbantut membuat keputusan untuk pulang memandangkan Nur Athirah masih berada di kedai.
“Boleh tak tolong saya ambilkan bekas dekat atas meja tepi saya ni.Perut saya sakit gila ni tak boleh nak gerak ambil sendiri.Tolong saya boleh,”rayu Iylia Liyana tanpa sedar air matanya menitis dek kerana tidak tahan sakit.Alif Azmi terkejut melihat keadaan Iylia sebegitu tanpa banyak soal,dia mengambilkan bekas itu dan Iylia serta merta muntah kembali.Tekaknya mual sejak dari tadi walaupun perutnya tak berisi.Hati Alif Azmi tidak dapat menahan kasihan,dia menggosok-gosok belakang Iylia.
“Woi,asal kau pegang belakang aku?”Iylia Liyana tidak puas hati kerana dipegang begitu oleh lelaki yang baru dikenalinya.Sebenarnya dia berasa sensetif apabila ada lelaki yang menyentuhnya kerana Iylia pernah diganggu oleh kawan lelaki ibunya.Nasib Iylia Liyana hari itu baik kerana ada yang mahu menolongnya untuk terlepas dari lelaki gatal kawan Puan Linda itu.
“Kau sedar tak kau cakap dengan siapa sekarang ni?Orang dah tolong kau pun cukup bagus,”marah Alif Azmi lalu duduk kembali membiarkan Iylia Liyana yang terpaku dan terdiam.Alif sedar yang waktu solat asar sudah mahu habis tapi disebabkan Iylia Liyana tiba-tiba sakit kembali dia tidak jadi untuk bergerak.”Aduih,aku dah tersalah cakap lagi. Sakit aku ni tak hilang-hilang pulak. Macam mana aku nak uruskan muntah aku.Nampaknya aku terpaksa kena minta tolong dia lagilah macam ni,”kata Iylia Liyana dalam hati.Setelah berfikir bagaimana mahu meminta pertolongan kembali,dia menggunakan cara  dengan agak lembut dan lebih keperempuan walaupun hakikatnya susah untuk dia lakukan namun demi kebersihan dan kesihatannya dia terpaksa akur.
“Encik Alif…ooo…Encik Alif.Tolong saya,boleh tak?”tanya Iylia Liyana dengan membuat suara manja. Alif Azmi melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul enam setengah.Dia sudah terlewat gara-gara melayan dan menjaga Iylia Liyana.
"Kau nak apa?"Tanya Alif Azmi dengan nada yang marah.Sebenarnya Alif berasa penat kerana duduk terlalu lama tambahan lagi hatinya yang masih sakit akibat tunangnya.
"Encik Alif,tolong bersihkan muntah saya please.Perut saya sakit lagilah,"rayu Iylia Liyana sambil menenjukkan muka yg minta simpati.Alif Azmi menghampiri katil Iylia Liyana dan berjalan di sisinya.
"Ambil remote ni tekan dekat tanda telefon tu,kejap lagi nurse datang,”kata Alif dan berlalu peri dengan meninggalkan Iylia yang sedang terpaku.”Aduh,macam mana aku boleh tak ingat pulak nak panggil nurse!Malu aku!”kata Iylia Liyana menyalahkan dirinya yan menjadi dungu tiba-tiba.
Setelah semuanya bersih,Alif Azmi kembali dari surau.Dia tidak membuka suara lalu mengemas barang-barangnya yang bersepah.Iylia hanya memerhati dia dari jauh dan menyumpah serana lelaki di hadapan dia.”Lelaki bajet handsome!Bajet bagus!Berlagak!Eeee geramnya aku!”bentak hati Iylia.Tanpa menoleh dan meningalkan sepatah kata Alif Azmi keluar dari bilik itu.”Mamat ni memang saja nak cari pasal.Dia ingat aku ni kayu ke tak ada perasaan?”kata Iylia Liyana lalu mencuba untuk melelapkan matanya dan tiba-tiba pintu kembali terbuka.
“Iylia,jangan lupa makan ubat.Ingat sikit pesan doktor jangan makan ayam dengan telur.Kejap lagi Athirah sampai,dia banyak kerja.”Rupa-rupanya gerangan jejaka tadi yang muncul kembali.Dia lupa untuk memesan kepada pekerjanya memandangkan Iylia Liyana seorang yang gelabah dan pelupa.
“Kirim salam dekat mak cik.Oh ya,terima kasih,Encik Alif dah ambil berat tentang saya.Saya terharu sangat,”kata Iylia Liyana  dengn menggunakan bahasa yang lembut dan tersipu-sipu malu.
“Kau jangan nak perasan.Aku cakap tu supaya kau cepat sihat dapat buat kerja kau balik.Aku lagi kesian tengok Nadhirah sebab terpaksa buat kerja-kerja kau.Ingat pesan doktor.Aku balik dulu.”Alif Azmi hilang di sebalik pintu untuk pulang ke rumah setelah berseharian di kerja dan hospital.Walaupun dia hanya dapat pulang sebentar di rumah tapi Alif terpaksa keluar kembali untuk menghantarkan makanan Iylia.Muka Iylia Liyana menjadi merah akibat malu dengan apa yang diucapkan boss dia.Dia terkena sekali lagi dan Iylia runsing bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki yang sombong itu di masa akan datang.Iylia Liyana masih berfikir tentang kejadian tadi lama-kelamaan dia tertidur sendiri diulit mimpi yang pahit.









Bab 8
  Jejaka yang memiliki paras rupa yang agak tampan walaupun hanya berkulit hitam manis itu sedang mundar mandir di dalam kamarnya.Dia berasa gelisah kerana wanita idaman yang baru ditemuinya semalam tidak datang lagi ke hospital.Doktor Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.”Nak tanya ke tak?Kalau tanya nanti apa pulak kawan dia fikir nanti,”kata Doktor Ashraf dalam hati sambil duduk di atas mejanya dan memandang ke atas untuk berfikir jalan penyelesaian.
 Ketukan pintu dari luar tidak dilayan,dia masih berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan tahu keberadaan orang berkenaan.Sekejap dia bangun dan kadang-kadang dia duduk kembali.Orang yang di luar sudah menunggu lebih kurang 3 minit lama-kelamaan dia masuk tanpa meminta kebenaran tuan empunya diri.Orang itu memerhati sebentar gelagat Doktor Ashraf.
“Doktor,ada masalah ke?”kata Misi Nisa.Doktor Ashraf dengan gelabahnya duduk di kerusinya.Dia cuba berlagak tenang supaya pembantunya itu tidak terkesan masalah hati yang dia hadapinya.
“Hmm….sejak bila awak ada dekat sini?”tanya Doktor Ashraf.
“Baru je.Saya masuk sebab doktor tak dengar tadi.Doktor,ini fail yang doktor minta tadi.”Nurse  tersebut menyerahkan dokumen pesakit yang baru sahaja masuk lalu dia meminta diri untuk keluar.Doktor Ashraf meniliti isi kandungan tersebut hanya sekilas kerana dia masih memikirkan wanita yang sudah berjaya menawan hatinya setelah 2 tahun dia ditinggalkan oleh kekasih hatinya.Walaupun dia tahu dia akan disakiti tetapi hatinya kini kuat mengatakan wanita tersebut sesuai untuk jadi pendampingnya.Doktor Ashraf memberanikan diri untuk bertemu dengan Iylia Liyana.”Aku mesti dapatkan jawapan!Aku tak kira!”desis hatil kecilnya.Dia berjalan ke bilik vip itu dengan penuh yakin dan bergaya.Semua mata yang melihatnya terkejut dengan jalannya yang bukan seperti biasa.


Apabila tiba di depan pintu,Doktor Ashraf berteka-teki sendiri sama ada mahu masuk atau tidak kerana tujuannya bukan seperti biasa.”Nak masuk ke tak?Ish,kenapa dengan kau ni,Ashraf?Kau kan lelaki,relax sudah.”Doktor Ashraf menenangkan dirinya dengan kata-kata yang membuatkan dia tidak risau.Ketika dia ingin membuka pintu bilik vip tersebut tiba-tiba ada seorang nurse datang dengan alat bp.
“Doktor,mari masuk,”kata misi itu sambil mengukirkan senyuman dan membuka pintu.Kelihatan Iylia Liyana sedang baring membaca surat khabar yang dibawa oleh bos barunya petang tadi.Doktor Ashraf mengikuti dari belakang dan hanya melihat nurse itu check tekanan darah dan jantung Iylia.Iylia Liyana baru perasan yang doktor muda itu mendiamkan diri seperti ada perkara yang bermain dalam mindanya.Setelah semuanya selesai,nurse itu meminta diri untuk keluar.Keadaan Iylia semakin membaik walaupun perutnya masih terasa sakit.Dia berasa pelik kerana Doktor Ashraf tidak bercakap dengannya dan memandang keadaan sekeliling ruang vip itu.
“Doktor!Ada masalah ke?”tanya Iylia Liyana.
“Hmm…tak adalah.Perut awak masih sakit ke,Iylia?”tanya Doktor Ashraf dan menghampiri katil Iylia Liyana.Iylia hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam tu,awak mungkin akan keluar esok tapi saya akan check dulu sebab saya takut sakit dekat perut awak tu datang lagi.”Doktor Ashraf  memberitahu pesakit di hadapannya dengan tenang walaupun sebenarnya pemikiran dan hatinya bukan berada di situ.Dia cuba berlagak professional sebagai doktor yang berkaliber dengan tidak menunjukkan masalahnya di hadapan pesakit tetapi hakikatnya dia seorang yang gelabah kalau ada masalah timbul.Iylia Liyana menunggu reaksi Doktor Ashraf dan kelihatan doktor yang memiliki tinggi 165cm itu sedang bertafakur sebentar.
"Sebenarnya doktor nak cakap apa?”tanya Iylia tanpa segan silu.Doktor Ashraf menunjukkan reaksi risau dan dahinya berpeluh-peluh akhirnya dia memberanikan diri untuk jawab pertanyaan Iylia.
"Err...kawan awak mana,Iylia?"Iylia Liyana ketawa terkekek-kekek."Hahahaha,tak sangka doktor yang handsome bergaya ni boleh jadi lemah sebab seorang perempuan.Doktor kena tengok dekat cermin macam mana muka doktor bila risau.Hahaha,kelakarlah doktor ni.Pandai buat lawak,"kata Iylia Liyana sambil memegang perutnya supaya tidak sakit kerana gelak terlalu banyak.
"Iylia,saya tanya serious ni bukan main-main,"marah Doktor Ashraf.
"Sorry,doktor.Tak sengaja nak gelakkan tapi muka dotor tadi memang kelakar macam ayam berak kapur.Hahaha."Iylia masih belum berhenti membahan doktor tampan itu.Maruah Doktor Ashraf bagaikan tercalar dgn sikap pesakitnya yang gila-gila ini.
"Cik Iylia Liyana bt Ismail,boleh ke tidak cik memberitahu keadaan sebenar kawan baik cik,"tegas Doktor Ashraf sambil berpeluk tubuh dan mukanya berubah menjadi garang seperti harimau yang sedang lapar.
"Okay-okay.Baiklah,Encik Ashraf.Sekarang ni Cik Athirah masih berada di kedai tengah layan pelanggan lelaki,"kata Iylia selamba.Dia sengaja ingin melihat reaksi muka Doktor Ashraf.Jelas ternyata muka doktor tersebut berubah menjadi merah dan memandang sinis ke Iylia.Iylia Liyana tersenyum.
"Athirah dekat kedai roti lagi.Dia ada banyak kerja,boss saya kata tadi hari ni dia balik pukul 10.30.Doktor nak ambil dia ke?"
"Boleh bagi alamat kedai roti tu?"Iylia Liyana menuliskan alamat tersebut di atas kertas.Doktor Ashraf tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih.Setelah menyerahkan alamat,Doktor Ashraf meminta izin untuk keluar. Iylia sempat berpesan kepada doktor muda itu ketika lelaki hidung mancung itu ada di muka pintu.”Doktor,hati-hati tawan hati perempuan,jangan lupa bagi ayat manis-manis.Good Luck!Fighting!"kata Iylia Liyana sambil menunjukkan tangan yang digenggam dan senyum sampai ke telinga.
 "Jangan risau dengan jejaka manis ni,"balas Doktor Ashraf sambil menepuk dadanya membuat tanda megah.Iylia Liyana tergelak-gelak melihat aksi doktor macho itu."Hahaha,kelakarlah doktor macho ni,"kata Iylia Liyana dan mengetuk bantalnya.Sebenarnya dia tidak sangka bahawa jejaka yang mempunyai kelulusan tinggi ni seorang yang kelakar dan gelabah.Tiba-tiba hati kecilnya terdetik.”Alangkah indahnya kalau boss baru aku tu macam doktor,tak adalah aku terseksa batin aku ni.Kalau kerja mesti hidup aku happy!”Iylia Liyana mengangkat kedua tangannya.”Eh!Kejap-kejap.Kenapa aku mesti fikir pasal mamat tu?”tanya Iylia dalam hati,dia sendiri kebingungan.Akibat penat memerah otak kerana fikirannya jauh dari yang dijangka,dia merebahkan dirinya di atas bantal yang empuk itu dan tertidur.




    Airina Batrisya merebahkan dirinya dengan berniarap di atas katil sambil rambutnya di ikat dengan satu ikatan.Lalu dia mengambil telefon bimbitnya di sebelah bantal.Tiada sebarang pesanan ringkas yang masuk di dalam peti simpanan itu.Airina berasa hampa dan kecewa.Baginya jika dia menghantar pesanan ringkas tersebut egonya akan jatuh kerana selama ini tunangnya tidak akan pernah memujuk dia selama Airina Batrisya bersama dengan Alif Azmi disebabkan dia selalu mengalah apabila ada persengketaan antara mereka.Lama kelamaan Airinna Batrisya menjadi geram dan baring menghadap kipas di syiling.
"Rin,Kau buat apa tu? Tak keluar lagi ke dengan tunang Kau,"tanya suara orang yang sedang berdiri di muka pintu itu.
"Ish,mak ni.Buat terkejut orang je.Lain kali nak masuk ketuklah pintu dulu tak pun panggillah Rin,"jawab Airinna Batrisya lalu duduk bersandar di tepi katil.
"Mak dah panggil berapa kali,kau je yang tak dengar.Dah sampai negara mana kau berangan?"tanya Puan Badariah dan mengambil tempat di sebelah anak tunggalnya.Airina Batrisya masih melihat telefon bimbitnya dan masih tiada sebarang panggilan.Puan badariah memerhatikan gelagat anaknya lalu dia bersuara apabila Airina mengendahkannya.
"Telefonlah Alif tu.Sampai bila nak gaduh ni."Puan Badariah menyarankan agar anaknya itu menyelesaikan pergaduhan dengan cepat kerana dia takut rancangannya gagal.
"Arghh!malaslah.Asyik Rin je yang mengalah.Rin nak dia yang pujuk kali ni."
"Semalam dia datang tak nak pulak jumpa dia."
"Itu tak cukup mak.Rin nak abang Alif  tahu rasa betapa susahnya pujuk org."
"Apa yang Alif buat dekat anak kesayangan mak ni?"tanya Puan Badariah dan menarik Airina Batrisya ke dalam dakapannya.
"Nantilah Rin cerita.Rin tengah tak ada mood sekarang ni.Kalau Rin cerita lagi bertambah sakit hati ni,"jawab Airinna lalu meletakkan kepala di bahu ibunya.Puan Badariah menggelengkan kepala memikirkan kelakuan bakal menantunya dan Airinna Batrisya kerana dia masih tidak faham mengapa mereka bergaduh.Mungkin kerana zaman sudah baru menyebabkan mereka jadi begitu.Ketika dahulu,Puan Badariah masih ingat lagi bagaimana arwah suaminya dan dia bergaduh pasti mereka akan berbaik selepas masing-masing tidak tahan rindu.Puan Badariah tersenyum sendiri.
“Kenapa mak senyum?”tanya Airina Batrisya.

“Tak ada apa-apalah.Rahsia orang tua.Mak keluar dulu nak siap pergi kerja.Ingat sikit pesan mak ni,merajuk jangan lama sangat.Nanti tunang kau tu dikebas orang.Kau sendiri yang merana nanti,”kata Puan Badariah lalu bangun menuju ke pintu.

Airina Batrisya merebahkan kepalanya di bantal memikirkan apa yang diperkatakan oleh ibunya.Ingatan dia melayang menggambarkan wajah Alif Azmi,tunangnya adalah segala-galanya bagi dia ketika awal perkenalan mereka tetapi sejak dua menjak ini perasaan yang dirasa seperti pudar dan dia lebih tertumpu kepada mencari yang lain bukan insan jejaka yang memiliki sebuah syarikat itu tetapi dia mahukan lelaki yang selalu memberi perhatian kepada dia.Airina Batrisya mengeluh keras kerana dia merasakan tidak mampu bertahan  perangai Alif Azmi yang lebih mementingkan syarikat berbanding tunang sendiri..Keadaan memaksakan untuk dirinya terus bertahan walaupun hahkikatnya dia seperti mahu lari dari jejaka itu.

Cerpen Pertama:Dia Bukan Milikku


 Setelah sebulan lebih aku bercuti,hari ini aku ke sekolah dengan azam baru.Aku nak belajar bersungguh-sungguh dan tak mahu usher lelaki lagi.Tetapi niatku terhenti apabila aku melihat seorang mamat ni,dia bukanlah handsome mana tapi dia sejenis lelaki yang lembut dan open-minded.

Setelah sebulan belajar…..

Loceng berdering menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Sewaktu aku sedang leka memasukkan buku ke dalam beg tiba-tiba dia dating ke tempatke dan menegurku.
“Ana,matematik tadi kau faham tak?” tanyanya.
“Faham.Kenapa kau tanya?” tanyaku balik.
“Nanti kau tolong ajarkan.Aku nak nombor kau,” katanya.
“Yes. Die mintak nombor handphone aku,” kataku dalam hati.
“Kau nak wat pe ngan nombor handphone aku?” kataku selamba smbl menyembunyikan senyumku.
“alah.nanti senang aku nak tanyak kau pasal kerja rumah,” jawabnya lagi.
Dia mencatat nombor handphoneku.aku hanya melihat saja. Setelah itu,aku meminta diri kepadanya.
“Oklah,Adam.Aku balik dululah kawan-kawan aku dah tunggu.”kataku sambil melambaikan tangan kepadanya.

 Pada malam itu,aku menunggu dia hantar meseg tapi akhirnya dia tak hantar pun.Aku menelefon kawanku Nadhrah untuk memberitahu pasal kejadian aku jumpanya.
Keesokannya,ketika matapelajaran matematik dia duduk sebelah aku kerana dia mahu aku mengajarnya matematik.
“Am,kau faham tak cikgu ajar”
“bolehlah,sikit-sikit.”
Sejak daripada itu,dia duduk di sebelahku apabila matapelajaran matematik dan menjadi kawan rapatku apabila dalam kelas.Aku tak sangka yang dia akan rapat denganku,aku sudah merasa bersalah kerana aku menyukainya tetapi aku masih juga berkawan dengannya.

Sewaktu dalam kelas,aku membeeritahu kepada Nadhrah bahawa aku telah menyukai kawanku sendiri.
“Macam mana boleh jadi macam tu,”
“aku tak tahu.Aku memang minat dia dari awal.Tak sangka pulak yang dia nak kawan dengan aku.”
“ana,aku rasa kau telah buat kesilapan besar.Habis,kau dah terus terang belum.”
“gila ke kau ni Nad. Takkanlah aku nak bagi tahu.nanti persahabatan aku putuslah. Kau ni apa ar.Nak mintak nasihat kau pun susah,”marahku.
“Relax ar.Janganlah marah-marah.nanti Mr Adam tak suka,”
“kau ni,tadi nasihat aku macam aku ni besalah gila.sekarang ni cakap macam tu pula.Saja je buat aku bengang,”marahku dan merajuk dengannya.



Tiba-tiba aku nampak Am duduk di sebelahku.Dia menegurku.
“hai,cik ana. Masam je. Tengah lagi marah ehk dengan Nad”
“A’ah.Mana kau tahu,”
“dia bagi tahu tadi.”katanya.
“dia cakap apa kat kau?”tanyaku cemas.
“tak ada apa-apa pun.Cuma dia cakap korang gaduh je,”
“huh,selamat,”kataku tapi jelas di pendengarannya.
“apa yang selamat?”tanya dia.
“nggak ada apa-apalah.Am aku nak tanya satu benda leh tak?”
“apa dia?”
“kalau kawan kau sendiri suka kat kau,apa yang kau nak suruh dia buat?” tanyaku lagi.
“aku akan suruh dia terus terang sebab aku tahu sakit hati bila pendamkan perasaan,”jawabnya.
“Habis,kau akan terima dia ke tak,”
“aku tak akan terima dia tapi aku nak bagi pendapat kat dia,”
“oooo.Macam tu ehk.Kalau kau minat pempuan yang macam mana?”
“sopan,kelakar dan comel.Kenapa kau tanya?”
 “tak ada apa-apalah.kau tak minat kat sape2 ke sekolah ni?”
“ada.dia kelas C.Nama dia Fatihah.”
“oooo.Pengawas sekolah tu ehk.Aku ada lagi ni nak tanya,”jawabku.
“Nantilah.Balik nanti kita bincang lagi.Kau jangan pula gaduh-gaduh ngan Nad.Nota komsas ni aku nak pinjam kejap tau.Lepas ni aku bagi balik,”katanya sambil memagang buku komsasku.
“yelah2.pasal tadi tu,kau meseg aku pun taka pa.Lagi pun kan kau balik dengan kawan-kawan kau,”kataku.
“Emm,takper.Balik je dengan aku.”
“Apa-apa jelah.Tu ar bf kau dah tunggu kat luar”
“Ah.Bf aku?Mana aku ada bf’”tanya dia pelik.
“Hish,kau ni lembab ar.Best friend kau tu,Razman,”kataku sambil menunjukkan tangan ke arah lelaki itu.
“Aku pergi dulu ar,”katanya.

  Sewaktu rehat,aku pergi jumpa Rita teman rapat Adam.Aku memberitahu pasal aku sudah menyukai kawannya.Aku meminta agar dia merahsiakan hal tersebut daripada diketahui Am.Apabila waktu balik,aku berjalan dengannya.
“Tadi tu,kau nak tanya apa?”tanyanya sebagai permulaan perbualan kami.
“Emm,Pernah tak kau suka dekat kawan sendiri?”
“Pernah.”
“habis,kau bagi tahu dia ke yang kau suka dia,”
“Mula-mula tu aku takut nak bagi tahu dia tapi bila aku pendam je lama-lama hati aku sakit.Aku tak tahan lagi terus aku bagi tahu dia,”
“Apa reaksi dia?”
“Dia tak terima aku tapi dia sakitkan hati aku,”
“Habis tu,kau tak ada buat apa-apa tindakan ke?”tanyaku lagi.
“Aku tak buat apa-apa Cuma aku ambil masa lupakan dia je,”
“so,sekarang ni kau dah dapat lupakan dialah,”jawabnya lagi.
“Yap.Kenapa kau tanya macam tu?”tanya dia balik.
“Aku saja-saja je tanya.Ok ar,aku balik dulu.Bye.Assalamualaikum,”kataku sambil melambaikan tangan kepadanya.
Malam itu,aku bertafakur dan aku berfikir yang aku akan memendam perasaan ini sampailah aku bersedia untuk memberitahunya walaupun ku tahu yang hati aku sakit.Jikalau aku memberitahunya pun bukannya dia terima aku pun.Aku sedar,aku juga akan kecewa dan aku harus melupakanmu.

 Aku membuat kerja sekolah dengan muka yang masam tanpa menghiraukan keadaan rumah yang bising dengan saudara-saudaraku yang datang.Tiba-tiba aku mendengar pintu bilik ku diketuk.
“Hawana,keluar.Semua saudara nak jumpa,”kata orang di pintu itu.
“Ya,mak.Tunggu jap.Kejap lagi hawa keluar,”jeritku.
“hish,time orang tak ada mood,sibuk je saudara-saudara aku ni,”bentak hatiku.
Aku keluar dengan muka yang masam.Semua yang ada di rumah itu menyedari aku lagi tiada mood lalu mak ku datang menghampiriku.
“Hawa,kenapa ni?Janganlah muka masam macam ni.Tak malu ke dekat saudara.Nak tahu tak,mak ada berita gembira untuk hawa,”
“apa dia?”kataku sambil mengukirkan senyuman.
“Selama ini,hawa tertunggu-tunggu kan nak pergi asrama?”
“A’ah,mak,”jawabku.
“Pak Lang bagi tahu.Sabtu ni hawa dah boleh masuk sekolah tu,”kata makku.
“Betul ke,mak?”
Makku dan yang lain semua mengangguk.Lalu aku meloncat kegembiraan dan aku bahagia kerana aku boleh lupakan Am.malam itu,usai sahaja solat dan aku melakukan sujud syukur kerana Allah memperkenankan doaku untuk masuk asrama lantas aku berdoa,
“Segala puji bagiMu,Tuhan sekalian alam.Syukurku atas nikmat yang telah Engkau berikan.Hanya kepadaMu sahaja aku berharap dan berserah.Ya,Allah.Semoga Engkau beri aku kebahagiaan dan keberkahan ketika aku di sana.Amin Ya Rabbal Alamin,”

Keesokannya,ketika di tapak perhimpunan.Aku menemui Nadhrah,Rita,Farlin,Maria,Aina dan Fazidah memarihiku kerana aku memasamkan muka.
“Oi,kau ni apahal.Pagi-pagi lagi dah macam ni,”marah Rita.
“tahu taka pa.Saja je buat orang lain tak ada mood,”sampuk Maria.
“emm,aku ada benda nak bagi tahu,”kayaku.
“Alah…ni mesti sebab Adam kan.Aku dah tahu dah,”jawab Aina.
“Kau ni,diamlah.Bagi ar Ana cakap dulu,”marah Fazidah kepada aina.
“Yelah2.Apa kau nak cakap?Kejap lagi,cikgu nak suruh masuk kelas ar,”kata Aina lagi.
“Minggu ni,aaaaku ada kat sekolah buat kali terakhir,”nadaku perlahan saja.
“Jadi,kau nak pindah dah la?”tanya Rita dengan riak yang terkejut.
Yap,”kataku sambil memandang ke lantai
“Habis,macam mana dengan Am.Kau tak bagi tahu dia lagi.Mana boleh kau pergi macam tu je,”kata Nadhrah.
“Eh,kau ni Nad.Orang fakir pasal Ana ni yang kau tiba-tiba cakap pasal Adam pulak,”marah Maria.
“Biarlah dia,Aku memang nak lupakan dia pun.Aku tak nak lagi terhimpit dengan perasaan bersalah aku ni dan aku harap aku dapat bahagia di sekolah sana nanti,”kataku.
“Sebenarnya,kau suka kat dia ke tak ni?”tanya Rita.
“Aku suka gila kat dia.Bagi aku dialah Mr. Right aku tapi aku rasa dia bukan aku punya sebab aku tahu dia takkan terima.So,aku ambil keputusan untuk lari daripada dia,”hujahku panjang lebar.
“habis,kau nak bagi tahu dia tak yang kau nak pindah sekolah,”
“Tak tahu lagi.Rita,kau boleh tolong aku tak,”
“Apa dia?”tanyanya kehairanan.
“Nanti kau tong paskan surat aku kat dia ehk,”
“Ok,”katanya sambil menunjukkan
“terima kasih,”
“Sama-sama cik Ana.Jom ar masuk kelas cikgu aku dah panggil,”marah Aina.

Hari terakhir di sekolah

 Aku memberi surat itu kepada Rita dan dia telah memberikan kepada Adam.Sewaktu,aku sedang sibuk berbual dengan Nad.Dia datang ke meja kami.
“Ana,ini surat apa?Kenapa kau tak bagi sendiri je?”
“Oooo.Surat tu,kau simpanlah.Esok kau bukaklah.Aku saja je suruh Rita yang bagi,”jawabku tanpa memandangnya.
“Kenapa dengan kau ni,?dah beberapa hari aku tengok kau masam je lepas itu langsung tak nak cakap dengan aku,”tanyanya dengan curiga.
“Mana adalah.Itu kau je kot perasan.Kalau kau tanya Nad,mesti dia pun bagi pendapat yang sama.Kan,Nad?”tanyaku pada Nadhrah.
“Betul,betul,betul,betul,”jawabnya dengan mengangguk.
Setelah itu,aku pergi jumpa cikgu di bilik guru untuk salam terakhir.Sewaktu aku balik,aku nampak Adam tercegat di pintu pagar lalu aku mengurnya.
“Kenapa tak balik lagi?Tunggu Fatihah yew,”
“tak adalah.Tunggu kau lah.Aku nak balik dengan kau.Aku nak tanya pasal surat tu,”
“kenapa dengan surat tu,”
“aku peliklah.Kenapa kau suruh Rita yang bagi?Padahal dalam kelaskan kau boleh bagi kat aku,”katanya lagi.
“Adalah sebabnya.Balik rumah kau bukaklah surat tu yew Mr. Adam.”kataku sambil meninggalkannya.
“Ana!Ana!Ana!”dia menjerit memanggil namaku tetapi aku tidak menghiraukannya.

 Malam itu,Adam duduk di dalam bilik sambil menelaah surat yang Hawana bagi.Dia tertanya-tanya sebelum membukanya.
“Emm,apa isi surat ni ehk?”katanya tiba-tiba pintu terkuak lalu dia menyorokkan surat itu di bawah bantal.
“oooi,kau dapat surat cinta dari siapa itu?”jerit abangnya.
“Mana ada apa-apalah.Kau ni menyibuk je.Keluar ar,aku nak buat kerja sekolah ni,”marah adam.
“Yelah2.Nak cakap dengan kau pun dah tak boleh,”
“cakap apa?”tanya adam
“Tak ada apa-apa.Kau dah matikan niat aku.Macam mana nak cakap,”ajuk abangnya.
“Elek,tu pun nak merajuk.Blah lar,”kata adam lalu melemparkan bantal ke arah abgnya.
 Setelah abangnya menutup pintu bilik,dia tanpa lengah-lengah lagi terus membuka surat itu.
Kepada:Adam(Am)
     Aku nak mintak maaf kerana aku merasa bersalah pada kau.Sebab aku telah terlanjur menyukaimu.Am,aku tahu yang kau tak terima aku jadi aku mengambil keputusan untuk tidak terus terang.Maafkan aku,Am.Selamat tinggal ku ucapkan padamu.Semoga kita akan berjumpa lagi.
                                  Dari:Hawana(Ana)

“Ya,Allah.Rupa-rupanya dia suka akan aku.Kenapa selama ini aku tidak sedar.Patutlah dia tanya aku soalan yang pelik-pelik,”keluh Adam.
  Selepas itu,dia menelefon nombor Ana tetapi tidak angkat dan dia juga menanyakan kepada kawan-kawan Ana yang lain tetapi mereka juga tidak tahu ke mananya Ana.Sejak itu,tiada lagi Ana di dalam hidup Adam.

  10 tahun kemudian.
 
Selepas saja habis waktu sekolah,Alif menjemputku dan membawa aku ke Jaya Jusco,AU2.Sewaktu Alif pergi jumpa temannya dan aku pergi melihat kedai perhiasan tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang paling aku kenali dan dia menghampiriku.
“Ni Ana kan.Apa khabar?”tanya lelaki itu sambil menghulurkan tangan.
“Maaf.Ya,saya.Sihat-sihat saja.Siapa awak ni yew?”tanyaku kehairanan walaupun aku tahu dia itu siapa.
“Sayalah,Adam.Saya nak nombor telefon awak boleh tak nanti senanglah saya nak telefon awak.Saya nak ajak awak keluar.Ada hal penting yang saya nak tanyakan,”kata Adam.
“Ok,baiklah.Kalau tu bagilah tahu tempatnya yew,”
“No problem,”jawabnya lalu meninggalkanku.
 
Sewaktu dalam perjalanan ke rumah,aku memberitahu Alif pasal aku jumpa kawan lama aku dan dia nak ajak keluar.Alif tidak kisah jikalau aku keluar dengan sesiapa kecuali jikalau aku berlaku curang di belakangnya.Dia akan memarahi aku,begitu juga aku.Kepercayaan yang timbul dalam perhubungan kami membuatkan lagi perasaan cinta itu kuat dan setia.Aku dan Adam sudah lama terpisah jauh Cuma kadang-kadang aku teringat akan dia.Malam itu,Am menelefonku dan mengajak keluar makan di Wong Solo.
Pada awal perbincangan,kami menceritakan kerjaya dan kehidupan selama 10 tahun.Dia kini sudah berjaya menjadi automotif dan dia mengucapkan tahniah kepadaku kerana aku sudah menjadi guru.Ketika kami diam,dia memulakan perbicaraan dengan pertanyaan.
“Ana,kenapa kau tak buka hp bila waktu hari terakhir aku nak kau call kau tutup.Semua kawan kau aku telefon semata-mata nak cari kau,”
“Kenapa kau nak cari aku”
 “sebab aku nak bagi pertibangan samada kau patut tak jadi aku punya tetapi sayang aku kau pergi dulu dah,”
“Adam,aku dah mula sedar yang kau tak ada jodoh dengan kau.Kau juga yang bagi tahu kalu kawan kau sendiri suka kat kau,kau takkan terima dia kan.Itu sebablah,aku bagi surat tu bagi tahu kat kau,”
“Ooo,selama kau tanya aku pun.Aku macam tak syak orang tu siapa.Rupa-rupanya aku.Kenapa kau tak terus terang je?Kalau tidak taka adalah aku tercari-cari mamat kau tu,nampak sangat aku dah terkena batang hidung sendiri,”
“Maafkan aku,Am.Aku tak dapat nak buat macam tu sebab hati aku sendiri sakit,tu sebab ar aku nak cepat pindah.Nak lupakan kau secepat mungkin,”
“So,kalau aku terima kau kali ni.Kau nak tak.Ana,aku pun dah terlanjur mencintaimu sejak kau pergi tinggalkan aku,”
 Aku merasai mahu menangis tetapi aku tahan saja sebab aku takut Am nampak kelemahan aku dan dia dapat tahu aku masih menyukainya.Perasaan itu tak pernah luput di dalam hatiku tetapi aku juga perlu dapatkan cinta sejati.Allahamdulilah,Alif tidak kisah yang aku cerita pasal Adam.Dia sanggup terima aku dan dia menanti aku selama 5 tahun untuk aku jatuh cintainya kerana cinta pertama itu memang sungguh susah tuk lupakan.
“Maafkan aku,Am.Aku dah ada tunang.Minggu depan aku,kami akan kahwin,”
“ooo.Aku pun nak mintak maaf sebab aku terus terang,”keluhnya
“Tak apalah,asalkan kau tak pendam perasan kau itu.Ok ar Adam.Tunang aku dah telefon.Aku terpaksa pergi dulu,”kataku slalu berjalan keluar dari restoran.
 Aku menoleh ke belakang,kelihatan Am menundukkan kepala tanda dia kesal.Malam itu,aku menangis sampai bengkak mataku.Aku bangun pagi tuk solat suna bagi meluahkan semua perasaanku tika ini.
“Ya,Allah.Hanya padaMu sahaja aku dapat mengukapkan perasaan cintaku terhadap Adam tapi aku tidak mahu mengkhianati Alif.Ya,Alla.Kau bantulah aku agar semua kekeliruan berakhir.Ya Allah,aku tahu Adam bukan lagi milikku.Terima kasih,Ya Allah kerana kau telah beri nikmatMu yang tak terhingga sehingga aku tak dapat membalasNya.Hanya ibadatku saja yang mampu aku berikan tuk Engkau,Ya Allah,”doaku setelah usai solat.
Sejak itu,aku dengan Adam terus tak berhubung.Aku hilang dari hidup sejak aku mula sedar yang dia bukan jodohku lagi.














Seringku tertanya,
Cinta dalam hati telah membuatku terseksa
Kerana perit memendamkan perasaan ini.
Bilakah dia jadi milikku?
Mungkinkah jadi milikku?
Semakin ku kejar semaki kau jauh.
Lalu aku terpaksa aku tinggalkan kau
Dan aku terus hampa apabila tiadamu disisi.
Dia bukan milikku telah merungkaikan jawapan yang selama ini aku tertanya-tanya.



Ingatlah! Setiap apa yang kita harapkan tidak semestinya menjadi milik kia.Kita perlu merancang dan usaha tuk dapatkannya tetapi tanpa izinNya tidak mustahil kita akan mendapatkannya.Jikalau kita dapat memilikinya.Jangalah berputus asa kerana sifat itulah dibenci oleh Allah.Walauapapun terjadi,Hidup mesti diterusakan!

Tuesday, February 18, 2014

Roti dan Mentega 6


  Alif Azmi merebahkan dirinya setelah penat satu hari berada di hospital.Tidak terjangkau fikirannya bagaimana dia harus melayan karenah tunangnya dan ibunya sewaktu hari pertama bekerja.Dia baring menghadap syiling dan melihat kipas yang berputar sambil meletakkan kedua tangannya ke belakang memikirkan kejadian sebentar tadi.Di dalam perjalanan,dia berusaha untuk menanyakan keadaan Iylia Liyana namun dia takut Puan Aliah akan tersalah anggap.Jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan hanya menumpukan sepenuhnya kepada pemanduan manakala Puan Aliah sudah melelapkan matanya kerana dia sudah tidak berdaya untuk melayan Alif Azmi di dalam kereta Toyota Celica berwarna hitam yang dipandu oleh anak sulungnya itu.
   Ketika Alif Azmi masih lagi berangan,bayangan wanita itu berlegar-legar di dalam mindanya.Tanpa berfikir panjang Alif Azmi nama itu.”Iylia.” Lama-kelamaan, dia sendiri tersedar dan menyepak mukanya sendiri.”Sedar,Alif!Kau dah ada tunang,”katanya sambil memeluk bantal peluknya dan dia baru teringat bahawa Airina Batrisya langsung tidak hubunginya sejak balik dari hospital tadi.Alif Azmi mencapai handponde dia di belakang badannya lalu menelefon tunangnya namun satu panggilan pun tidak terjawab.Alif Azmi mengeluh sendiri.”Sigh,mungkin Rin merajuk.Kembalilah ke realiti Alif! Sudah tiba masanya untuk kau terus menumpukan pada kerja dan bakal isteri kau,”katanya dalam hati.


Ketukan pintu dari luar semakin kuat.Namun tiada sebarang jawapan dari Alif Azmi lalu Puan Aliah menjengah masuk.Kelihatan anak terunanya sedang diulit mimpi dengan baju kemeja yang berwarna putih itu,kepenatan yang dirasainya membuatkan Alif Azmi tertidur.Puan Aliah menggelengkan kepala dan tersenyum melihat aksi tidur anaknya dengan bantal peluk terbit rasa sayang yang sangat kuat di dalam hati Puan Aliah terhadap anaknya itu..
“Alif,Alif.Bangun.Cuba tengok jam dah pukul berapa sekarang?”Alif Azmi bingkas bangun apabila terdengar suara perempuan.
“Eh,Iylia!Kau buat apa dekat sini?”kata Alif Azmi dengan terkejut.
“Alif!Ni mamalah,”balas Puan Aliah sambil memukul anaknya dengan bantal.Puan Aliah dapat merasakan Alif Azmi sudah mula suka dengan pekerja kesayangannya itu.
“Maaf ma.Alif tertidur tadi.Penat sangat,”jawab Alif Azmi lalu menggosok matanya.
“Makanan dah siap,jangan lupa turun bawah makan.Mama nak masuk tidur.”Puan Aliah memandang dengan penuh sayu.
“Okay,mama,”jawab Alif ringkas.Dia masih lagi mamai dan perlahan-perlahan bangun dari katil King itu.
“Alif pergi mandi dan solat dulu sebelum turun bawah.Badan Alif bau sampai pintu ni,”kata Puan Aliah sambil tersenyum sewaktu memegang tombol pintu.Alif Azmi mencium bau badannya sendiri.
“Tak bau apa-apa pun,”kata Alif Azmi tidak puas hati sambil mencebik.Puan Aliah ketawa dan berlalu pergi meninggalkan anak dia yang lagi kebingungan.Alif Azmi berganjak dari katil lalu mencapai towel di tempat penyidai dan masuk ke tandas.Setelah kewajipan sudah diselesaikan,Alif Azmi duduk di meja computer sambil memikirkan dirinya pada masa depan.
Perutnya sudah bermain-main di dalam meminta di isi.Apabila Alif Azmi tersedar jam menunjukkan pukul 10 malam lalu dia berjalan hingga ke tangga dengan hati-hati di dalam keadaan yang gelap.Saat Alif Azmi membuka makanan di bawah tudung salji,dia dengan lahapnya makan makanan tersebut dengan tangan yang tidak dibasuh.
“Kalau ya pun lapar,pergilah basuh tangan dulu,Alif,”kata suara garau itu.
“Eh!Papa!Terkejut Alif,”balas Alif Azmi dengan riak wajah yang cemas.
“Dah berapa hari kamu tak makan?”tanya Tuan Ahmad lalu beredar dari tempat duduknya di ruang tamu mendapatkan Alif Azmi di ruang makan.
“Kenapa papa tak tidur lagi?”Alif Azmi menukar topik kerana malu ditegur oleh ayahnya lalu ke dapur untuk mengambil pinggan dan basuh tangan.Jarak ruang makan rumah banglo 2 tingkat itu hanya sedikit sahaja memandangkan Puan Aliah tidak mahu berjalan jauh dari dapur kerana baginya senang untuk membawa makanan dan perbualan juga senang didengar.
“Papa baru balik dari jumpa kawan.Macam mana dengan kerja hari ni?”Tuan Ahmad mengambil tempat di sisi Alif Azmi setelah anaknya itu kembali.
“Hmmm…bolehlah.”
“Aik,macam tak bagus je,”jawab Tuan Ahmad pelik.
“Bukan tak bagus tapi ada perkara yang terjadi tadi,”jawab Alif Azmi bersahaja dan menyuapkan makanan ke dalam mulut.
“Apa yang terjadi?”Tuan Ahmad menunjukkan riak yang tidak puas hati dan membuat spekulasi sendiri dengan menuduh pekerja isterinya itu mengada-ngada dan ingin ambil perhatian.
“Pekerja kesayangan mama masuk hospital,”kata Alif dan serta merta wajah Iylia Liyana yang terbaring itu berlegar di fikirannya.
“Iylia?”tanya Tuan Ahmad ringkas.
“Yalah.Siapa lagi kalau bukan dia.”Alif Azmi cuba untuk tidak mengulas lagi kerana mindanya sudah penat memikirkan perempuan tomboy itu.
“Kenapa dengan dia?”Tuan Ahmad masih bertanya lagi walaupun dia tahu Alif Azmi tak berminat untuk menjawab persoalannya.Alif Azmi membisu dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada makanan.Ayahnya juga tidak mampu bersuara lagi kerana melihat riak wajah anaknya yang sedang leka menikmati makanan itu.
“Kenapa kamu berdua ni diam je?”tanya Puan Aliah lalu membuka lampu di tangga dan terus ke dapur membuat air sejuk untuk suami dan anaknya.Akibat risau dengan keadaan suami dia yang tidak pulang sejak petang tadi Puan Aliah tidak jadi untuk meneruskan tidurnya.Sekembalinya dia dari dapur,keadaan masih lagi dingin dan tiada suara yang keluar dari mulut mereka.”Lambat abang balik hari ni.Abang pergi mana?”
“Jumpa kawan sekolah dulu.Awak masih ingat tak kawan saya yang pernah saya cerita,dia yang suka buli saya,”jelas Tuan Ahmad tanpa segan silu berkata begitu di depan Alif Azmi.Alif Azmi hanya mendengar dan sesekali menambah lauk ke dalam pinggannya.
“Oh ya,saya ingat.Tak silap saya nama dia,Ismail.Betul tak?Sekarang dia kerja dekat mana?” kata Puan Aliah lalu mengambil tempat di hadapan Alif Azmi yang sedang melayan perasaan sendiri dengan menghiraukan orang lain.
“Dia buat business sendiri.Aliah.Tadi Alif kata pekerja kesayangan awak tu masuk hospital. Macam mana boleh jadi macam tu?” Akhirnya Tuan Ahmad berjaya mendapatkan jawapan yang tak terjawab tadi.Puan Aliah memandang Alif Azmi yang sedang meneguk air dengan membuat muka tanpa rasa bersalah.
“Alif,kenapa tak cerita dekat papa?”tanya Puan Aliah tidak puas hati.
 “Sebab nanti mama boleh ceritakan,”jawab Alif Azmi bersahaja.Puan Aliah menceritakan keadaan sebenar dan Tuan Ahmad rasa bersalah di dalam hati kerana membuat spekulasi sendiri dengan tidak mendapat bukti yang kukuh.Suami isteri itu berbual dan sesekali Alif Azmi mencelah dan sempat juga mereka berdua memberi sokongan dan tip  yang terbaik untuk anaknya agar Alif Azmi dapat membuat kerja dengan baik.Malam itu,Alif Azmi dapat tidur dengan tenangnya walaupun masalah dengan Airina Batrisya masih belum selesai dan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dulu bagi tunangnya itu reda.



Keadaan di lobi hospital lengang dan hanya segelintir orang sahaja yang berada di kawasan tersebut.Nur Athirah risau dengan keadaan malam yang hening di hadapan hospital ini.Kakinya seakan tidak mahu berganjak dari situ kerana diulit rasa takut.Dia mundar mandir dan melihat jam tangannya itu di hadapan lobi hospital.Jam menunjukkan sudah pukul 11.00 malam dan dia masih lagi tidak berganjak dari situ.Iylia Liyana sudah berkata banyak kali agar pulang dulu tetapi akibat dia degil kerana mahu menonton televisyen,hari sudah menginjak ke waktu malam.
“Ira,kenapa kau tak balik lagi?”tanya satu suara panggilan dari arah belakang.
“Iylia,aku sebenarnya takut nak balik.Boleh tak aku teman je kau dekat hospital?”jawab Nur Atirah dengan memuncungkan bibir.
“Macam mana dengan kerja?”
“Aku mintalah cuti.”
“Kalau mamat gagak tu marah macam mana?”tanya Iylia Liyana lalu mengambil tempat duduk di sebelah teman baiknya itu.Hati dia seakan tidak tenang apabila memikirkan Nur Athirah harus pulang lewat dan tiada siapa menemaninya.Akibat kerisauan yang panjang,Iylia Liyana bangkit dari pembaringannya untuk melihat keadaan Nur Athirah,ternyata sangkaannya tepat.Nur Athirah tidak berganjak lagi dan hatinya kembali reda dan tenang.
“Alah…kau tolonglah cakapkan dekat boss.Please…..,”rayu Nur Athirah sambil menundukkan wajahnya di hadapan Iylia Liyana.Nur Athirah rasa bersalah kerana tidak mendengar cakap temannya,dia mati kutu dan tidak tahu apa harus lakukan sama ada mahu tinggal atau balik sendiri.Dia diam seribu bahasa sementara Iylia Liyana masih memikirkan jalan penyelesaian untuk sahabat baiknya.Tiba-tiba kelihatan Doktor Ashraf sedang jalan melintasi di hadapan mereka.Timbul satu idea dari pemikiran nakal Iylia Liyana,dia berlari mendapatkan doktor yang memiliki tinggi lebih kurang 165 cm itu.Nur Athirah melihat kejadian itu menjadi kebingungan tidak tahu perlu buat apa.
“Doktor,nak balik ke?”tanya Iylia Liyana sejurus mendapatkan Doktor Ashraf.
“Ya,saya.Kenapa awak ada dekat sini?”
“Itulah masalahnya sebab apa saya ada dekat sini,”jawab Iylia Liyana lalu mengukirkan senyuman dan tunduk malu.
“Apa masalahnya?”tanya Doktor Ashraf bingung sambil menanggalkan stetoskop yang tergantung di leherya dan jaket putihya dengan bergaya.Iylia Liyana melihat aksi itu terpaku sekejap dan terdetik di hatinya mengatakan begitu handsome doktor dihadapan aku ni namun sayang dia dan aku bagai langit dan bumi.
“Boleh tak kalau doktor temankan kawan saya balik rumah? Sebenarnya saya risaukan dia sebab kena balik seorang diri dan takut terjadi apa-apa dekat dia lagi pun sekarang ni banyak kes jenayah dekat atas perempuan.Please…..,doktor,”jelas Iylia dengan menunjukkan riak wajah yang risau dan sedih sambil mengenggam kedua-dua tangannya lalu menunduk tanda rayu.Doktor Ashraf tergelak besar melihat gelagat pesakit barunya itu.Dari jauh Nur Athirah hanya memandang dengan tidak puas hati kerana dia mahu tahu apa yang dibualkan oleh kedua-dua orang itu,sebenarnya dia malu untuk mendekati mereka kerana perasaannya kini tidak tentu arah apabila melihat ketampanan jejaka bergelar doktor itu.
“Hahahaha,kelakarlah awak ni,Iylia.Disebabkan awak dah tunjuk muka  cute awak.Saya akan tolong awak,”kata Doktor Ashraf walaupun gelaknya masih bersisa.
“Yes!Yes!Yes!Terima kasih doktor,”kata Iylia Liyana sambil loncat-loncat tepuk tangan.
“Awak tak sakit ke Iylia?”tanya Doktor Ashraf.
“Opps…sorry,doktor.Saya terlebih excited pulak.”Iylia tersipu malu sambil menundukkan wajah lalu beredar mendapatkan Athirah.Dia menjelaskan supaya mengikut Doktor Ashraf.Setelah semuanya selesai,Iylia pulang ke bilik.Nur Athirah mengikut Doktor Ashraf dari belakang.
“Maaf,doktor.Saya dah menyusahkan doktor.Saya tak sangka Iylia boleh bertindak sebegini,”kata Nur Athirah sambil menundukkan wajahnya.
“Tak ada apa yang perlu dikesalkan.Keputusan Iylia itu memang tepat sebenarnya lagi pun awak sendiri tahu bagaimana bahayanya dekat luar sana.Oh ya,saya lupa nak tanya nama awak.Nama awak siapa ya?”
“Ermmm….betul tu doktor sebab tu saya takut nak balik.Nama saya Athirah,doktor panggil je saya Ira.”Nur Athirah perkenalkan diri sambil mengukirkan senyuman.

Mereka menuju ke tempat letak kereta sambil berbual perkenalkan diri masing-masing.Doktor Ashraf tersenyum bahagia,penat lelah dirasainya hilang kerana mendengar senda gurauan Nur Athirah.Dia sedikit pun tidak berasa menyusahkan kerana baginya menolong orang itu cukup memuaskan hatinya disebabkan itu pilihan menjadi doktor sangat tepat dan kedua ibu bapanya cukup gembira.Walaupun hati Nur Athirah berasa tidak keruan berada di dalam kereta orang yang sudah membuatkan hatinya berdebar-debar,dia berlagak tenang sehinggalah Doktor Ashraf menghantarnya kembali ke hospital.