hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Tuesday, February 18, 2014

Roti dan Mentega 6


  Alif Azmi merebahkan dirinya setelah penat satu hari berada di hospital.Tidak terjangkau fikirannya bagaimana dia harus melayan karenah tunangnya dan ibunya sewaktu hari pertama bekerja.Dia baring menghadap syiling dan melihat kipas yang berputar sambil meletakkan kedua tangannya ke belakang memikirkan kejadian sebentar tadi.Di dalam perjalanan,dia berusaha untuk menanyakan keadaan Iylia Liyana namun dia takut Puan Aliah akan tersalah anggap.Jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan hanya menumpukan sepenuhnya kepada pemanduan manakala Puan Aliah sudah melelapkan matanya kerana dia sudah tidak berdaya untuk melayan Alif Azmi di dalam kereta Toyota Celica berwarna hitam yang dipandu oleh anak sulungnya itu.
   Ketika Alif Azmi masih lagi berangan,bayangan wanita itu berlegar-legar di dalam mindanya.Tanpa berfikir panjang Alif Azmi nama itu.”Iylia.” Lama-kelamaan, dia sendiri tersedar dan menyepak mukanya sendiri.”Sedar,Alif!Kau dah ada tunang,”katanya sambil memeluk bantal peluknya dan dia baru teringat bahawa Airina Batrisya langsung tidak hubunginya sejak balik dari hospital tadi.Alif Azmi mencapai handponde dia di belakang badannya lalu menelefon tunangnya namun satu panggilan pun tidak terjawab.Alif Azmi mengeluh sendiri.”Sigh,mungkin Rin merajuk.Kembalilah ke realiti Alif! Sudah tiba masanya untuk kau terus menumpukan pada kerja dan bakal isteri kau,”katanya dalam hati.


Ketukan pintu dari luar semakin kuat.Namun tiada sebarang jawapan dari Alif Azmi lalu Puan Aliah menjengah masuk.Kelihatan anak terunanya sedang diulit mimpi dengan baju kemeja yang berwarna putih itu,kepenatan yang dirasainya membuatkan Alif Azmi tertidur.Puan Aliah menggelengkan kepala dan tersenyum melihat aksi tidur anaknya dengan bantal peluk terbit rasa sayang yang sangat kuat di dalam hati Puan Aliah terhadap anaknya itu..
“Alif,Alif.Bangun.Cuba tengok jam dah pukul berapa sekarang?”Alif Azmi bingkas bangun apabila terdengar suara perempuan.
“Eh,Iylia!Kau buat apa dekat sini?”kata Alif Azmi dengan terkejut.
“Alif!Ni mamalah,”balas Puan Aliah sambil memukul anaknya dengan bantal.Puan Aliah dapat merasakan Alif Azmi sudah mula suka dengan pekerja kesayangannya itu.
“Maaf ma.Alif tertidur tadi.Penat sangat,”jawab Alif Azmi lalu menggosok matanya.
“Makanan dah siap,jangan lupa turun bawah makan.Mama nak masuk tidur.”Puan Aliah memandang dengan penuh sayu.
“Okay,mama,”jawab Alif ringkas.Dia masih lagi mamai dan perlahan-perlahan bangun dari katil King itu.
“Alif pergi mandi dan solat dulu sebelum turun bawah.Badan Alif bau sampai pintu ni,”kata Puan Aliah sambil tersenyum sewaktu memegang tombol pintu.Alif Azmi mencium bau badannya sendiri.
“Tak bau apa-apa pun,”kata Alif Azmi tidak puas hati sambil mencebik.Puan Aliah ketawa dan berlalu pergi meninggalkan anak dia yang lagi kebingungan.Alif Azmi berganjak dari katil lalu mencapai towel di tempat penyidai dan masuk ke tandas.Setelah kewajipan sudah diselesaikan,Alif Azmi duduk di meja computer sambil memikirkan dirinya pada masa depan.
Perutnya sudah bermain-main di dalam meminta di isi.Apabila Alif Azmi tersedar jam menunjukkan pukul 10 malam lalu dia berjalan hingga ke tangga dengan hati-hati di dalam keadaan yang gelap.Saat Alif Azmi membuka makanan di bawah tudung salji,dia dengan lahapnya makan makanan tersebut dengan tangan yang tidak dibasuh.
“Kalau ya pun lapar,pergilah basuh tangan dulu,Alif,”kata suara garau itu.
“Eh!Papa!Terkejut Alif,”balas Alif Azmi dengan riak wajah yang cemas.
“Dah berapa hari kamu tak makan?”tanya Tuan Ahmad lalu beredar dari tempat duduknya di ruang tamu mendapatkan Alif Azmi di ruang makan.
“Kenapa papa tak tidur lagi?”Alif Azmi menukar topik kerana malu ditegur oleh ayahnya lalu ke dapur untuk mengambil pinggan dan basuh tangan.Jarak ruang makan rumah banglo 2 tingkat itu hanya sedikit sahaja memandangkan Puan Aliah tidak mahu berjalan jauh dari dapur kerana baginya senang untuk membawa makanan dan perbualan juga senang didengar.
“Papa baru balik dari jumpa kawan.Macam mana dengan kerja hari ni?”Tuan Ahmad mengambil tempat di sisi Alif Azmi setelah anaknya itu kembali.
“Hmmm…bolehlah.”
“Aik,macam tak bagus je,”jawab Tuan Ahmad pelik.
“Bukan tak bagus tapi ada perkara yang terjadi tadi,”jawab Alif Azmi bersahaja dan menyuapkan makanan ke dalam mulut.
“Apa yang terjadi?”Tuan Ahmad menunjukkan riak yang tidak puas hati dan membuat spekulasi sendiri dengan menuduh pekerja isterinya itu mengada-ngada dan ingin ambil perhatian.
“Pekerja kesayangan mama masuk hospital,”kata Alif dan serta merta wajah Iylia Liyana yang terbaring itu berlegar di fikirannya.
“Iylia?”tanya Tuan Ahmad ringkas.
“Yalah.Siapa lagi kalau bukan dia.”Alif Azmi cuba untuk tidak mengulas lagi kerana mindanya sudah penat memikirkan perempuan tomboy itu.
“Kenapa dengan dia?”Tuan Ahmad masih bertanya lagi walaupun dia tahu Alif Azmi tak berminat untuk menjawab persoalannya.Alif Azmi membisu dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada makanan.Ayahnya juga tidak mampu bersuara lagi kerana melihat riak wajah anaknya yang sedang leka menikmati makanan itu.
“Kenapa kamu berdua ni diam je?”tanya Puan Aliah lalu membuka lampu di tangga dan terus ke dapur membuat air sejuk untuk suami dan anaknya.Akibat risau dengan keadaan suami dia yang tidak pulang sejak petang tadi Puan Aliah tidak jadi untuk meneruskan tidurnya.Sekembalinya dia dari dapur,keadaan masih lagi dingin dan tiada suara yang keluar dari mulut mereka.”Lambat abang balik hari ni.Abang pergi mana?”
“Jumpa kawan sekolah dulu.Awak masih ingat tak kawan saya yang pernah saya cerita,dia yang suka buli saya,”jelas Tuan Ahmad tanpa segan silu berkata begitu di depan Alif Azmi.Alif Azmi hanya mendengar dan sesekali menambah lauk ke dalam pinggannya.
“Oh ya,saya ingat.Tak silap saya nama dia,Ismail.Betul tak?Sekarang dia kerja dekat mana?” kata Puan Aliah lalu mengambil tempat di hadapan Alif Azmi yang sedang melayan perasaan sendiri dengan menghiraukan orang lain.
“Dia buat business sendiri.Aliah.Tadi Alif kata pekerja kesayangan awak tu masuk hospital. Macam mana boleh jadi macam tu?” Akhirnya Tuan Ahmad berjaya mendapatkan jawapan yang tak terjawab tadi.Puan Aliah memandang Alif Azmi yang sedang meneguk air dengan membuat muka tanpa rasa bersalah.
“Alif,kenapa tak cerita dekat papa?”tanya Puan Aliah tidak puas hati.
 “Sebab nanti mama boleh ceritakan,”jawab Alif Azmi bersahaja.Puan Aliah menceritakan keadaan sebenar dan Tuan Ahmad rasa bersalah di dalam hati kerana membuat spekulasi sendiri dengan tidak mendapat bukti yang kukuh.Suami isteri itu berbual dan sesekali Alif Azmi mencelah dan sempat juga mereka berdua memberi sokongan dan tip  yang terbaik untuk anaknya agar Alif Azmi dapat membuat kerja dengan baik.Malam itu,Alif Azmi dapat tidur dengan tenangnya walaupun masalah dengan Airina Batrisya masih belum selesai dan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dulu bagi tunangnya itu reda.



Keadaan di lobi hospital lengang dan hanya segelintir orang sahaja yang berada di kawasan tersebut.Nur Athirah risau dengan keadaan malam yang hening di hadapan hospital ini.Kakinya seakan tidak mahu berganjak dari situ kerana diulit rasa takut.Dia mundar mandir dan melihat jam tangannya itu di hadapan lobi hospital.Jam menunjukkan sudah pukul 11.00 malam dan dia masih lagi tidak berganjak dari situ.Iylia Liyana sudah berkata banyak kali agar pulang dulu tetapi akibat dia degil kerana mahu menonton televisyen,hari sudah menginjak ke waktu malam.
“Ira,kenapa kau tak balik lagi?”tanya satu suara panggilan dari arah belakang.
“Iylia,aku sebenarnya takut nak balik.Boleh tak aku teman je kau dekat hospital?”jawab Nur Atirah dengan memuncungkan bibir.
“Macam mana dengan kerja?”
“Aku mintalah cuti.”
“Kalau mamat gagak tu marah macam mana?”tanya Iylia Liyana lalu mengambil tempat duduk di sebelah teman baiknya itu.Hati dia seakan tidak tenang apabila memikirkan Nur Athirah harus pulang lewat dan tiada siapa menemaninya.Akibat kerisauan yang panjang,Iylia Liyana bangkit dari pembaringannya untuk melihat keadaan Nur Athirah,ternyata sangkaannya tepat.Nur Athirah tidak berganjak lagi dan hatinya kembali reda dan tenang.
“Alah…kau tolonglah cakapkan dekat boss.Please…..,”rayu Nur Athirah sambil menundukkan wajahnya di hadapan Iylia Liyana.Nur Athirah rasa bersalah kerana tidak mendengar cakap temannya,dia mati kutu dan tidak tahu apa harus lakukan sama ada mahu tinggal atau balik sendiri.Dia diam seribu bahasa sementara Iylia Liyana masih memikirkan jalan penyelesaian untuk sahabat baiknya.Tiba-tiba kelihatan Doktor Ashraf sedang jalan melintasi di hadapan mereka.Timbul satu idea dari pemikiran nakal Iylia Liyana,dia berlari mendapatkan doktor yang memiliki tinggi lebih kurang 165 cm itu.Nur Athirah melihat kejadian itu menjadi kebingungan tidak tahu perlu buat apa.
“Doktor,nak balik ke?”tanya Iylia Liyana sejurus mendapatkan Doktor Ashraf.
“Ya,saya.Kenapa awak ada dekat sini?”
“Itulah masalahnya sebab apa saya ada dekat sini,”jawab Iylia Liyana lalu mengukirkan senyuman dan tunduk malu.
“Apa masalahnya?”tanya Doktor Ashraf bingung sambil menanggalkan stetoskop yang tergantung di leherya dan jaket putihya dengan bergaya.Iylia Liyana melihat aksi itu terpaku sekejap dan terdetik di hatinya mengatakan begitu handsome doktor dihadapan aku ni namun sayang dia dan aku bagai langit dan bumi.
“Boleh tak kalau doktor temankan kawan saya balik rumah? Sebenarnya saya risaukan dia sebab kena balik seorang diri dan takut terjadi apa-apa dekat dia lagi pun sekarang ni banyak kes jenayah dekat atas perempuan.Please…..,doktor,”jelas Iylia dengan menunjukkan riak wajah yang risau dan sedih sambil mengenggam kedua-dua tangannya lalu menunduk tanda rayu.Doktor Ashraf tergelak besar melihat gelagat pesakit barunya itu.Dari jauh Nur Athirah hanya memandang dengan tidak puas hati kerana dia mahu tahu apa yang dibualkan oleh kedua-dua orang itu,sebenarnya dia malu untuk mendekati mereka kerana perasaannya kini tidak tentu arah apabila melihat ketampanan jejaka bergelar doktor itu.
“Hahahaha,kelakarlah awak ni,Iylia.Disebabkan awak dah tunjuk muka  cute awak.Saya akan tolong awak,”kata Doktor Ashraf walaupun gelaknya masih bersisa.
“Yes!Yes!Yes!Terima kasih doktor,”kata Iylia Liyana sambil loncat-loncat tepuk tangan.
“Awak tak sakit ke Iylia?”tanya Doktor Ashraf.
“Opps…sorry,doktor.Saya terlebih excited pulak.”Iylia tersipu malu sambil menundukkan wajah lalu beredar mendapatkan Athirah.Dia menjelaskan supaya mengikut Doktor Ashraf.Setelah semuanya selesai,Iylia pulang ke bilik.Nur Athirah mengikut Doktor Ashraf dari belakang.
“Maaf,doktor.Saya dah menyusahkan doktor.Saya tak sangka Iylia boleh bertindak sebegini,”kata Nur Athirah sambil menundukkan wajahnya.
“Tak ada apa yang perlu dikesalkan.Keputusan Iylia itu memang tepat sebenarnya lagi pun awak sendiri tahu bagaimana bahayanya dekat luar sana.Oh ya,saya lupa nak tanya nama awak.Nama awak siapa ya?”
“Ermmm….betul tu doktor sebab tu saya takut nak balik.Nama saya Athirah,doktor panggil je saya Ira.”Nur Athirah perkenalkan diri sambil mengukirkan senyuman.

Mereka menuju ke tempat letak kereta sambil berbual perkenalkan diri masing-masing.Doktor Ashraf tersenyum bahagia,penat lelah dirasainya hilang kerana mendengar senda gurauan Nur Athirah.Dia sedikit pun tidak berasa menyusahkan kerana baginya menolong orang itu cukup memuaskan hatinya disebabkan itu pilihan menjadi doktor sangat tepat dan kedua ibu bapanya cukup gembira.Walaupun hati Nur Athirah berasa tidak keruan berada di dalam kereta orang yang sudah membuatkan hatinya berdebar-debar,dia berlagak tenang sehinggalah Doktor Ashraf menghantarnya kembali ke hospital.