Tuesday, December 6, 2011
Aku masih menulis lagi...
Sunday, June 26, 2011
Menulis kembali....
Saturday, May 14, 2011
story for my late grandmother
Thursday, April 7, 2011
My Mr Defender 7
“Rin!Rin!Cepatlah nanti ketinggalan flight ke Bandung.”Kedengaran suara isteri Abang Syakir menjerit memanggil namaku.Memang aku tidak nafikan bahawa nama aku sungguh popular dalam seisi rumah ini sebab akulah anak yang paling nakal,malas dan degil.3 gelaran sekali aku bolot sebab aku popular sangat.Mak dan ayah aku pun macam dah tak larat nak jaga aku,boleh dikatakan tiap-tiap hari aku kena marah sejak balik dari rumah kawan hari itu,itu pun sebab aku malas nak buat kerja apa yang disuruh.Eh,membebel lah pulak aku ni,nanti lah aku cakap lagi,aku kena pergi ni tak pasal-pasal nanti melepas aku nak naik kapal terbang almaklumlah dah lama tak naik burung besi tu sejak dari umrah 3 tahun lepas.
Setelah siap dan mencantikkan diri dengan tudung yang silang bilang macam trend remaja sekarang ni yang pakai selendang,aku pun turun lalu meluru ke kereta Abang Syakir.Abang Syakir membebel dan memarahiku sepanjang aku dan Batrisya berada di dalam keretanya.Isterinya yang tak henti-henti memujuknya agar berhenti lama-lama mengaku kalah sebab abang keras kepala,tidak mahu dengar cakap orang lain.Aku yang disuruh meriba Aidil Adha hanya bermain dengan sahaja lantaklah abang nak bebel apa pun yang penting aku dah ada dalam kereta dan siap sedia nak pergi Indonesia.Tak lama lagi,Indonesia datang dalam memoriku.Tak sabar-sabar aku menantikannya.Ketika aku tengah menggeletek Aidil Adha tiba-tiba aku terasa kereta berhenti secara mengejut,Kak Nasuha pun mula panik dan tengok ke tempat duduk belakang sama ada anaknya selamat ke tak.Aku pun pulangkan Adha semula ke tangan Kak Nasuha,takut terjadi apa-apa dekat Adha.Aku pun dah mula naik darah,aku marah je abang aku suka hatilah dia nak kata aku kurang ajar ke apa asalkan aku puas.
“Apa terjadi ni?”tanyaku.
“Kereta depan kita ni yang tiba-tiba berhenti bukannya salah abang pun,”jawabku tanpa rasa bersalah.
“Memanglah bukan salah kita tapi tengok-tengoklah dekat depan tu,ini tak asyik membebel je lepas itu tahu cari kesalahan orang lain je,salah abang sendiri tak nampak.Alhamdulillah,sempat berhenti kalau tidak tadi memang anak abang dululah yang jadi mangsa.Bila dah jadi betul-betul baru nak menyesal.Alhamdulillah,nasib menyebelahi kita tau kalau tidak memang melepaslah Rin,Isya,mak dan ayah nak pergi Indonesia,”kataku dengan kesal.Aku mengucap syukur pada Illahi kerana masih melindungi kami adik beradik daripa kena kecelakaan.
“Ya,ya.Abang Syakir minta maaf lepas ni abang tak buat lagi.Kereta depan kita tadi tu rosak sebab itulah dia berhenti secara tiba-tiba.”Jelas Abang Syakir.Aku pelik takkanlah Maju Highway Express pun boleh jam sebab ni jelah satu-satunya jalan pintas untuk KLIA dengan cepat.
“Okey,maaf diterima setelah abang kena ikut syarat yang Rin dah tetapkan,”kataku dan mengambil kembali Aidil Adha di tangan Kak Nasuha.
“Ermm..apa dia?”Tanya Abang Syakir ringkas sambil menumpukan pemanduannya agar kejadian yang tadi tidak berulang lagi.
“Belanja kita orang yang nak jalan ini makan KFC,”kataku lalu melihat telefon bimbitku yang menunjukkan ada SMS masuk iaitu dari Kak Mashitah yang mengatakan dia sudah sampai di lapangan terbang tersebut.Aku membalasnya kembali agar suruh dia menunggu kami di KFC supaya kami senang untuk bertemu.
“Okey,tak ada masalah bagi abang tapi Rin pun kena beli cenderamata untuk keluarga abang.”Abang aku ni suka sangat macam ni,bila orang minta sesuatu mesti dia nak minta balik dari kita,perangai dulu yang bujang sampai dah berkahwin masih tetap sama masih tak berubah.Nasib baik Kak Nasuha orangnya sabar melayan karenah abang yang kadang-kadang seperti keanak-anakan.
“Yalah-yalah.Abang,Kak Mashitah dah sampai KLIA.Rin suruh duduk dekat KFC supaya kita senang jumpa dan mengikut janji abang sekali belanja kami semua,”jawabku dan menyuruh abang aku membuka radio kuat-kuat sebab aku dah malas untuk bercakap,aku terus bagi Aidil Adha dekat mak dia sebab dia dah diulit mimpi.Perjalanan hanya tinggal beberapa minit dan aku terkejut apabila mendengar di corong radio bahawa hari ini hari yang aku akan ke Indonesia yang negaraku sendiri menentang Indonesia di Stadium Bukit Jalil bagi peringkat akhir Piala AFF Suzuki.Aku daripada tadi baring di bahu Batrisya terus terjaga dari situ.
“Kenapa Kak Rin nampak hantu ke?”tanya Batrisya pelik dan membetulkan kedudukannya.
“Mana adalah,merepek je Isysa ni.Kak Rin terkejut dengar radio tu.”
“Kenapa pulak nak terkejut?”soal adikku lagi.
“Mestilah sebab Kak Rin tak tahu langsung yang Malaysia dapat masuk final.Sedihnya,tak dapat nak tengok ,”kataku lagi dengan muka yang masam.
“Apalah Kak Rin ni,pasal itu pun nak sedih.Nanti kita tengoklah dekat hotel sebab ada dua perlawanan,satu dekat sini dan satu lagi dekat Indonesia,”jawab Batrisya.
“Oooo…barulah Kak Rin tahu.Terima kasih Isya.”Kami pun sampai di tempat yang dituju sementara Abang Syakir cari tempat letak kereta,aku,Batrisya,Kak Nasuha dan Aidil Adha pun pergi KFC.
Ketika sampai di kedai makanan segera itu kelihatan anak-anak Kak Mashitah bermain di permainan yang ada di situ dan Abang Luqman menjaga mereka manakala mak,ayah,dan Kak Mashitah tengah duduk sambil menikmati makanan.Kami pun menghampiri mereka dan bersama menikmati makanan yang telah dibeli oleh Abang Syakir setelah dia sampai.Ketika aku sedang enak menjamah ayam goreng,Kak Nasuha memintaku supaya mengambil air panas jikalau boleh kerana air panas yang ingin dibuat susu untuk Aidil Adha sudah habis.Aku pun segera bangun dan mendapatkan air panas tersebut,setelah merayu beberapa kali barulah penjaga kaunter tu bagi.Ketika aku dalam perjalanan pulang ke tempat duduk kami,aku dengan secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang sedang memegang telefon bimbitnya.Aku yang tengah dalam ketakutan terus sahaja ingin melangkah pergi.Tiba-tiba aku mendengar dia menjerit dan memarahiku.
“Oi!Perempuan!Asal kau lari?Telefon aku ni siapa yang nak ganti?”tanyanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang rosak akibat terkena air panas aku pegang tadi.Semua yang berada di situ memandang kami berdua.Nasib baik keluarga aku jauh daripada tempat kejadian dan Batrisya sahaja yang menemani aku.
“Alamak!Handphone dia Blackberry lah.Setahu aku handphone itu mahal dekat Malaysia.Macam mana aku nak ganti ni,aku bukannya ada duit.Kalau ada duit pun semuanya duit mak ayah aku,takkanlah aku nak guna duit dia orang.Aduh!Pusing kepala gue kalau kayak gini,”kataku dalam hati dan berdiri terpaku di situ.Aku Nampak dari jauh bahawa lelaki tu sedang berjalan menuju ke arahku.Aku yang tidak dapat mengelak lagi hanya berdiri macam patung.Batrisya berdiri di sebelahku juga merasa seperti hal yang sama.Lelaki itu datang dengan wajah yang angkuh lagi bengis.
“Aku nak kau ganti balik handphone aku yang kau dah rosakkan ni.Lagi satu,aku tak kira macam mana kau cari cara sekali pun untuk dapatkan duit beli handphone ni,yang penting aku nak handphone aku yang baru daripada tangan kau,”katanya dengan angkuh.
“Okey,”kataku terus meninggalkannya.
“Kau nak pergi mana tu?Kita belum habis bincang lagi,”sambungnya lagi.
“Aku tahulah aku nak buat apa.Kau tunggu je situ jangan nak banyak cakap dan lagi satu jangan nak menjerit-jerit dekat khayalak ramai ni.Dasar lelaki tak tahu malu,”kataku lagi dan terus berjalan ke kaunter untuk dapatkan kertas,lalu aku menulis namaku dan nombor telefon aku di atas kertas.Setelah siap menulis aku pun berjalan ke arah lelaki yang angkuh lagi sombong.
Kelihatan dia masih berdiri di situ sambil kakinya menguis dan kedua belah tangannya nasuk ke dalam poket,baju kemeja yang tersarung di badannya menampakkan lagi kekacakannya.Rambut dia yang pacak dan bibir merah begitu terserlah.Lelaki itu juga mempunyai ketinggian yang agak tinggi.Aku rasa mesti dia ni menjadi kegilaan ramai wanita,kalau aku nakkan dia pun mesti tak dapat sebab aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi.Rasa-rasa aku macam pernah tengok dia ni mirip dengan seseorang tapi aku tak ingat siapa agaknya Muslim kot.Hish!Apa aku merepek ni baik aku cepat-cepat pergi dekat dia,kalau tidak mesti dia jadi monyet lagi terjerit-terjerit macam tadi.
“Ambil kertas ni.Ada nama dengan nombor aku dekat situ.Apa-apa hal nanti kau telefonlah aku.Kalau kau tak telefon aku pun tak apa,tenang sedikit hidup aku.Tak adalah aku nak dengar suara kau yang nyaring tu,”kataku dan menyerahkan kertas itu.
“Mana boleh aku tak telefon kau,blackberry kesayangan aku tu.Aku mesti dapatkan balik,”katanya sambil meneliti kertas yang aku bagi tadi.
“Dahlah,aku dah lambat ni.Kapal terbang dengan keluarga aku dah tunggu.Sorry sebab buat blackberry kau jadi hangus.”
“Kau ingat senang-senang je aku nak maafkan kau,dalam mimpi jelah.Lepas kau dah ganti balik handphone aku tu,baru aku boleh pertimbangkan samada nak maafkan kau atau tidak.”
“Kak Rin,dahlah tu tak payah dengar cakap lelaki macam zirafah ni.Nanti kalau lama-lama akak cakap dengan dia,hati akak pulak yang jadi hangus takkan akak nak biarkan hati akak jadi macam handphone dia pulak.Mak dengan ayah dah tunggu kita.Cepatlah!”kata Batrisya lalu menarik aku dan meninggalkan tempat itu.
“Jangan lupa dengan janji kau!”jerit Shahril Izwan walaupun Nur Airina sudah jauh meninggalkannya.
Shahril Izwan memandang sepi pada blackberry dia yang sudah rosak akibat terkena air panas tadi.Mukanya jelas kelihatan sedih dan seperti tak bermaya walaupun tadi dia menunjukkan egonya di depan Nur Airina namun dia tumpas juga disebabkan telefon bimbit kesayanganya.Dia terus terduduk di kerusi yang berdekatan setelah kelibat Nur Airina tiada dan dia merenung sahaja handphonenya tanpa berganjak.Tiba-tiba ada seorang budak lelaki berusia 16 tahun menegurnya dari belakang tempat duduknya.
“Kenapa,bang?”
“Oooh…Iqbal.Ingatkan siapa tadi.Mana Iqwal?”tanya Shahril Izwan.Nasib baik adiknya yang seorang ini tak pakai cermin mata jadi mudahlah Shahril Izwan mengenal antara Shahril Iqbal dengan kembarnya lagi seorang iaitu Shahril Iqwal.
“Iqwal tengah tunggu kita dekat pintu masuk kapal terbang.”beritahu Shahril Iqbal menyatakan adik kembarnya sudah bersedia untuk terbang.Destinasi mereka sama seperti keluarga Nur Airina yang ingin bercuti di Indonesi tapi apa yang bezanya Shahril Izwan bersama adik kembarnya terus ke Jakarta manakala keluarga Nur Airina terus ke Bandung daerah Jawa Barat Indonesia.
“Abang Wan,kenapa Iqbal tengok abang diam je sejak tadi.Ada sesuatu yang terjadi ke dekat KFC tadi?”Tanya Shahril Iqbal ketika mereka bertiga sudah berada dalam kapal terbang.
“Betul tu,Iqbal.Aku pun musykil tengok abang kita ni senyap je dari tadi.Macam orang kena sampuk pulak aku tengok dia ni,”celah Shahril Iqwal secara tiba-tiba.
“Kau ni,Iqwal.Ada pulak cakap macam itu nanti tak pasal-pasal kita tak dapat tengok bola peringkat akhir nanti.Terkilan aku nanti,”sambut Shahril Iqbal.
“Ermm…tak ada apa-apalah.Tak payahlah kau orang berdua ni nak sibuk hal abang.Abang sekarang ni tengah tak ada mood nak cerita,nanti kalau abang okey abang ceritalah.Kalau kau orang ni dah bergabung,ada je nak kenakan Abang Wan.Dahlah,abang nak tidur nanti kalau dah sampai kejutkan abang,”kata Shahril Izwan dan terus menutup matanya.Shahril Iqwal yang masih tidak puas hati dengan kenyataan abangnya itu terus menyuruh Shahril Iqbal untuk kejutkan Shahril Izwan.
“Iqbal,kau kejutkanlah abang tu lagi.Aku tak puas hati ar…selalunya dia tak macam ni.”
“Hish,tak nak aku cari pasal lagi dengan dia.Kau jelah yang kejutkan dia,”jawab Shahril Iqbal takut-takut.
“Kau ni pengecutlah tapi aku peliklah handphone dia tak ada dekat tangan dia selalunya dia menunujuk-nunjuk blackberry putih kesayangan dia itu.Ini yang membuatkan aku lagi jadi pelik bin ajaib ni,”balas Shahril Iqwal.
“Betullah kata kau tu.Aku pun pelik jugak.Apa kata kau je yang Tanya dia nanti tak adalah kita asyik pening fikir pasal hal dia.”
“Okey-okey.Kau diam je nanti waktu aku cakap dengan dia,nanti dia melenting pulak,”kata Shahril Iqwal dengan meletakkan jari telunjuknya di mulut.Dia senyap-senyap menyentuh bahu Shahril Izwan memandangkan dia duduk di antara kedua-dua abangnya.
“Abang Wan,bangunlah.Orang nak tanya ni.”
“Apalah?Kau ni kacau aku tengah tenangkan fikiran.Tadikan aku dah cakap aku tak ada mood nak layan,tak faham bahasa ke,”balas Shahril Izwan dengan muka yang masam.
“Alah…sekejap je.Lepas orang dah dapat jawapan,abang nak tidur,tidurlah sampai patah balik ke Malaysia balik pun tak apa,”gurau Shahril Iqwal sambil membetulkan cermin matanya yang ingin sudah jatuh dari matanya.
“Yalah-yalah.Apa yang kau nak tanya ni sampai tak boleh tunggu aku bangun?”Budak si kembar ni memang tak boleh nak tengok orang senang langsung,asal ada peluang je mesti nak kacau aku tak kiralah aku nak mandi ke atau tidur.
“Abang Wan punya handphone kesayangan mana?Iqwal tak nampak pun selalunya abang pegang handphone tu tak kiralah samada orang bbm abang ke tidak.”Tanpa berlengah lagi Shahril Izwan terus mengeluarkan telefon bimbitnya yang sudah hancur.
“Ooo…patutlah senyap je dari tadi rupa-rupanya buah hati dia dah hancur berkecai,”Shahril Iqbal tiba-tiba mencelah.Shahril Izwan terus menarik baju Shahril Iqbal untuk menumbuk matanya.
“Nasib baik kau tak pakai cermin mata kalau tidak habis jugak mata kau kena masuk kaca,”kata Shahril Izwan lalu kembali menutup matanya.
“Iqbal,aku kan dah suruh kau jangan masuk campur.Nasib baik aku sempat tahan kalau tidak mata kau memang dah biru,”bisik Shahril Iqwal di telinga Shahril Iqbal.
“Aku terkejut tadi sebab tulah aku mencelah.”
“Memanglah kau terkejut tapi takkanlah sampai dia naik marah.”
“Iqwal,macam tak tahu yang abang kita seorang ni panas baran.Adatlah tu.Aku pun dah biasa selalu kena macam tu dengan dia,”balas Shahril Iqbal tak mahu kalah.Walaupun dia lahir dulu daripada Shahril Iqwal tapi wataknya seperti budak-budak kecik.
“Aku tahulah kau dah selalu kena tapi masalahnya kitakan dekat dalam kapal terbang dah tentu orang dalam ni nampak kejadian kita adik-beradik ni.Cubalah kau jadi matang sikit,”marah Shahril Iqwal kepada Shahril Iqbal.Shahril Iqbal hanya tertunduk sahaja sewaktu Shahril Iqwal memarahinya.Keletahnya betul-betul macambudak kecik yang kena marah.
“Boleh diam tak!”marah Shahril Izwan tiba-tiba.
“Sorry,bang,”jawab Shahril Iqbal ringkas.
“Abang Wan,jangan tidur dulu.Iqwal nak tanya lagi,”balas Shahril Iqwal pula.
“Apa dia?”jawab Shahril Izwan.
“Blackberry hitam abang,okey tak?”
“Okey je.”
“Oooo…taka pa Abang Wan,jangan sedih.Nanti kita dah sampai Jakarta,kita carilah yang baru,”cadang Shahril Iqwal.
“Memanglah abang nak beli yang baru tapi mana nak dapat duit.Lagipun mak bagi kad kredit ni untuk kita beli barang untuk dia dan belanja makan minum kita,”jawabnya lemah seperti tidak ada harapan lagi untuk memiliki handphone kesayangannya lagi.
“Abang Wan kan anak mama,cakaplah dekat dia yang ada orang rosakkan handphone abang tu tapi abang kena ingatlah jangan cakap blackberry hitam abang okey,cakap je dua-dua rosak.Senanglah abang nak dapat yang baru nanti,”cadang Shahril Iqbal pula.
“Geliga jugak otak kau ni,Iqbal.Walaupun kau ni kadang-kadang sengal,”kata Shahril Iqwal lalu menepuk-nepuk bahu abang kembarnya itu.Shahril Iqbal menjeling adiknya menunujukkan dia bangga pada dirinya memberikan idea yang bernas kepada abangnya.
“Bagus jugak idea kau tu,nanti sampai je sana abang telefon mamalah cakap pasal hal ni,”katanya dengan semangat dan terus segar daripada tidur.
“Sebenarnyakan apa yang terjadi Abang Wan sampai handphone abang jadi macam tu?”Tanya Shahril Iqwal apabila melihat abangnya seperti ceria kembali bila dia mahu beli handphone yang baru.Shahril Izwan pun bercerita pada adik kembarnya dan mengimbas kembali kejadian yang berlaku di restoran makanan segera itu.
“Habis tu,macam mana dengan handphone yang perempuan tu akan beli untuk abang?”Tanya Shahril Iqbal setelah abangnya habis bercerita.
“Pandailah nanti abang settle kan perempuan beruang tu.Siapa suruh dia cari pasal rosakkan abang punya handphone kesayangan,”kata Shahril Izwan sambil melihat blackberry hitamnya.Hush,nasib baik ada blackberry hitam ni kalau tidak macam manalah aku nak hidup tanpa handphone di tangan bila jalan jauh macam ni.
“Abang Wan,kenapa abang panggil perempuan tu beruang?Dia gemuk ke?”
“Yalah.Kalau kau orang nak tahu,ada ke patut adik dia panggil abang ni zirafah.Iqwal,kau tengok abang kau ni ada macam binatang tu ke?”soal Shahril Izwan.
“Tak adalah pulak Abang Wan.Umur dia sekitar berapa abang agak-agak?Macam mana pulak rupa paras dia?”jawab Shahril Iqwal.
“Kalau ikut gaya perempuan tu macam baru nak mask 18 tahun.Abang rasa dia tinggi bahu abang.Pakai tudung,muka boleh tahan comel tapi masalahnya badan dia besar.Kalau nak jadi makwe abang,dialah orang pertama abang tolak.Tak nak abang punya makwe macam trak,”selamba sahaja Shahril Izwan mengutuk Nur Airina.
“Ingatkan perempuan tu lawa,baru Iqbal ingat nak pasangkan dia dengan abang.Bolehlah dia jadi pengganti Kak Nadhirah yang tak jadi kakak ipar kita tu,”Shahril Iqbal tiba-tiba mencelah.Nadhirah,nama yang singkat untuk diingati dan dilupai oleh sesiapa sahaja tapi begitu susah dilupai oleh seorang insan yang bernama Shahril Izwan.Mereka sudah bersatu dari sejak sekolah lagi sehingga sebelum Shahril Izwan bercuti di bumi nusantara ni.Namun sayang perpisahan terjadi juga di antara mereka berdua atas sebab-sebab tertentu.
“Apa kau sebut tadi?”Tanya Shahril Izwan dengan suara yang agak keras seperti mahu menerkam Shahril Iqbal.
“Tak ada apa-apalah.Orang nak tidur,”katanya Shahril Iqbal sambil menutup matanya bagi mengelakkan baran abangnya datang lagi.Kedinginan mulai terasa pada diri Shahril Iqwal apabila kedua-dua abangnya menyepi.Dia mengambil keputusan untuk mendengar Ipod touch setelah abang-abangnya tidak bersuara lagi sampailah dia tertidur.Hati Shahril Izwan mula membara sekali lagi setelah adiknya yang satu itu menyebut nama bekas teman wanitanya namun terpaksa dia tahan apabila melihat adiknya itu sudah menutup mata dan tidak mahu berborak lagi.Akhirnya,mereka bertiga melayan mimpi sahaja setelah kekalutan berlaku sewaktu penerbangan masih ada lagi 1 jam untuk sampai ke destinasi.
Wednesday, April 6, 2011
My Mr Defender 6
Keesokannya,setelah meminta diri untuk pulang aku dan Sofia pun pergi ke Melaka Sentral.Kami berputar-putar di situ sambil menunggu Quratu,Nabila dan Fatin.Fikiranku ketika ini hanya memikirkan kedua ibu bapaku dan adik beradikku yang lain namun terpaksa aku tangguhkan fikiranku itu sebab kawan-kawanku yang lain sudah datang.Setelah itu,kami mengambil bas untuk ke Mahkota Parade bagi menonoton wayang pada hari itu.Urusan pada hari itu semuanya selesai mengikut perancangan kami lalu sebelum pulang aku meminta diri dahulu kepada kawan-kawanku dan meminta mereka mendoakan aku agar selamat sampai di KL.
“Sofia,terima kasih banyak atas kesudian menumpangkan aku dekat rumah kau.Nanti kalau kau datang KL,jangan lupa telefon aku.Aku boleh bawa kau ronda-ronda satu KL.Inysa Allah,keputusan periksa keluar,aku akan datang.Bolehlah kita keluar jalan-jalan lagi.Kirim salam dekat keluarga kau dan doakan aku selamat sampai,”kataku sambil memeluk Sofia dan air mataku tanpa sedar mengalir deras.Persahabatanku selama 2 tahun itu akhirnya terpisah jua walaupun aku berat untuk meninggalkannya tapi terpaksa aku lakukan kerana hidupku bukan sahaja di sini tapi di tempat lain.Aku tahu pasti suatu hari nanti aku akan bertemu jua dengan mereka ini.
Sofia memandangku sepi tanpa mengucap apa-apa hanya tangisan sahaja yang didengar.Tidak lama selepas dia menenangkan dirinya,dia membuka suara.”Kau ni Rin,suka buat aku nangiskan.Aku janji nanti kalau aku pergi tempat kau,aku telefon.Kau jangan lupa aku pulak bila balik sana nanti,”pesan Sofia kepadaku.Aku mengucap salam terakhir kepada Quratu,Nabila dan Fatin dan tanpa berlengah lagi aku pun terus menaiki bas ekspres.
Maka pada hari itu,tamatlah segala perjuanganku dalam menempuh SPM di bumi Melaka ini.Aku menangis semahunya di dalam bas itu ketika mengimbas kembali kenangan yang lalu sambil mendengar lagu nasyid ‘Doa Perpisahan’ yang aku simpan di dalam telefon bimbitku.Akibat kepenatan menangis,aku pun tertidur dan aku bangun sebaik sahaja bas berhenti.Aku melihat sekeliling dan rupa-rupanya aku sudah sampai di perhentian bas.Sebelum turun aku minta maaf kepada pemandu atas ketiduranku.Aku turun dari bas itu lalu berjalan menuju ke stationSTAR LRT Aliran Ampang dan turun di Masjid Jamek kemudian aku ke LRT Kelana Jaya pula untuk ke LRT Setiawangsa.Aku sampai di rumah agak lewat iaitu dalam pukul 8 malam,kelihatan kereta adik beradikku ada di hadapan rumah.Kedengaran suara anak buahku,ada yang menangis dan ada juga yang menjerit-jerit mahu minta permainan daripada Batrisya.Ini pasti adikku menyakat mereka lagi kalau tidak pasti aman rumah besar itu.Aku berjalan masuk ke rumah dengan muka tidak bersalah.
“Assalammualaikum.”Rumah itu senyap seketika apabila aku memberi salam.
“Waalaikummsalam,”jawab semua orang yang berada di dalam rumah 2 tingkat itu.
“Wah!ramainya orang.Budak-budak kecik ni pun ada sekali,”kataku sambil memeluk anak-anak kakak dan abangku.
“Lambat sampai rumah,”tegur Kakakku yang pertama,Kak Mashitah.
“Ermm…sebenarnya dari Melaka tadi,Rin ambil bas pukul 5.Lepas itu,naik LRT dah satu jam,itulah lambat.Lutfi dan Akma sihat ke?Rin tengok muka budak-budak itu macam orang sakit je.”
“Dua orang itu baru lepas sakit sebab itulah akak suruh budak-buadak itu jauh dari anak Kak Solehah dengan Abang Syakir,nanti berjangkit pulak.Tapi biasalah budak-budak ni kan degil,mana nak dengar kata mak ayah dia,”kata Kak Mashitah lalu mengajakku duduk di meja ruang makan dan dia memanggil Kak Solehah,Kak Nasuha dan adikku,Batrisya supaya berkumpul untuk berborak.Mak Cik Rahimah merangkap ibu dan nenek hanya melayan cucunya sahaja.Abang Syakir pula memegang anak lelakinya,Aidil Adha yang kini baru 1 tahun sambil berbual dengan ayahku dan suami kakak-kakak aku.
“Kak Solehah,nanti akak hantar tak mak dan ayah pergi KLIA?”tanyaku pada kakak kedua bagi memulakan perbualan.
“Hantarlah,lagi pun waktu itu hari Ahad kan.Jadi,senanglah sikit nak hantar.Rin dengan Batrisya ikut Abang Syakir lah pergi KLIA.Nanti akak suruh dia ikut belakang kereta akak,”jawab Kak Solehah.
“Habis,Kak Mashitah dengan Abang Luqman tak ikut sekali ke hantar kita orang anak beranak ni?”tanyaku pada Kak Masitah sambil menuang air ke dalam gelas.
“Tak sebab Abang Luqman nak bawa Lutfi dan Akma balik kampung jenguk nenek dan datuk mereka.”
“Oooo.Ingatkan akak hantar sekali.Rin baru nak main dengan anak-anak akak sebelum pergi sana,”kesalku dan meneguk air di hadapanku.Batrisya hanya dengar sahaja perbualan kami.Aku yang melihatnya begitu tak sampai hati lalu aku menegurnya agar dia tak berasa bosan berbual dengan kami.
“Isya,dah bersedia ke nak pergi jalan?”tanyaku pada adikku.
“Jalan mana?Jalan-jalan ke?”jawab Batrisya dengan loyar buruk.
“Alah..Isya ni buat tak tahulah.Kalau Kak Rin hilang sabar mesti Kak Rin dah kejar Isya satu rumah,”balasku lalu mencebikkan mulut.
“Relax,Kak Rin.Isya bergurau jelah tadi.Apalah Kak Rin ni tak boleh nak bergurau langsung.Kenapa Kak Rin?Stress ke?”
“Agaknyalah,itu sebab sekarang ini akak macam nak marah orang je.”
“Calm down,Rin.Mungkin Rin penat sebab baru balik dari Melaka tadi.Pergilah rehat dan tidur,”kata kakak iparku,Kak Nasuha.
“Tak apalah,Kak Nasuha.Rin penat otak je bukan penat badan,badan ni masih boleh bertahan lagi ni.Lagipun tak manis kalau orang datang Rin sedap je tidur dekat atas nanti apa pulak orang lain cakap,”kataku bersahaja.
“Bukannya orang luar pun kalau Rin rasa nak bersalah.Lagipun keluarga kita sendiri.”Kak Solehah tiba-tiba mencelah.
“Betul kata Kak Solehah tu.Rin,tak makan ke?”Tanya Kak Nasuha.
“Tak naklah,tak ada selera,”jawabku malas.
“Eleh..diet lah tu,”sampuk Batrisya.
“Mana adalah.Kak Rin cuma malas nak makanlah.Isya,lepas ni bagi akak masuk bilik air dulu sebab badan akak ni dah berlengas.”
“Patutlah tadi Isya pegang badan akak rasa melekit lepas itu berbau pulak tu,”sambung adikku yang baru sahaja nak masuk 13 tahun apabila masuk tahun baru nanti.
“Jahatlah kau,Isya.Malam ni jangan harap Isya nak tidur dekat bilik,akak kunci bilik.Tidurlah dekat luar seorang diri,”ejekku sambil menjelirkan lidah.
Ketika aku menjelir lidah ke Batrisya,tiba-tiba Abang Nazmi datang dan terus mengurku.”Rin,buat apa tu?”tanyanya heran sambil memberikan Nurul Najwa yang tengah tidur ke tangan Kak Solehah.
“Ermm…tak ada apa-apa,Abang Nazmi.Batrisya ni asyik kacau Rin je daripada tadi jadi Rin katalah dekat dia supaya jangan tidur dekat bilik malam ni,”jelasku lalu bangun pergi dekat Kak Solehah dan aku membelai rambut Nurul Najwa.Rasa sayang mula timbul kepada anak buahku yang satu ni dan juga anak-anak kepada kakak dan abangku.
“Oooo.Leha,jom balik rumah.Shahidah dah letih dah tu sebab main dengan abang dan kakak saudara dia tadi.”Abang dan kakak saudara yang dimaksudkan oleh Abang Nazmi ialah anak Kak Mashitah dan Abang Syakir.Aku,Batrisya dan Kak Mashitah hanya memandang sahaja gelagat sepasang suami isteri ini.Kak Nasuha pergi menjeguk anak dan suaminya sejurus sahaja Abang Nazmi sampai di ruang makan ni.Sewaktu Kak Solehah dan Abang Nazmi menguruskan Najwa yang sedang tidur,mak pun sampai.
“Nazmi dengan Solehah nak balik ke?”Tanya mak kepada mereka berdua.
“Ya,mak.”jawab mereka serentak lalu saling memandang kepada mak.
“Kenapa tak biarkan je budak-budak tu tidur sini?Nanti bolehlah main dengan anak-anak Mashitah”arah mak.
“Esok,Leha dengan Abang cuti,nak bawak mereka pergi Zoo Negara.Lepas balik Leha singgah sini eh,mak,”jawab Kak Solehah.
“Oooo…Mashitah tidur sinikan,”kata mak untuk mendapatkan kepastian.
“Ya,mak.Jangan risau.Lagipun tadi,Abang Luqman dah bawa mereka tidur dekat bilik waktu kita orang tengah berbual,”jawab Kak Mashitah kepada mak.
“Pergilah tidur,Mashitah.Nanti Luqman marah pulak,Mashitah masuk bilik lambat.Anak-anak nanti terjaga tengok mak dia tak ada,bising pulak satu rumah terutama anak perempuan Mashitah tu,”marah mak lalu menepuk bahu Kak Mashitah.Selepas meminta diri dekat Kak Solehah,Kak Mashitah terus naik ke bilik untuk mendapatkan keluarganya.Aku dan Batrisya sekali lagi macam patung dekat situ melihat gelagat mereka yang sudah berkeluarga melayani anak-anak mereka.Ketika mataku memandang mak,mak memandangku dengan muka yang macam nak telan orang.
“Ha!Kamu berdua ni dah tak reti nak tidur ke atau nak suruh mak nyanyikan lagu sebelum kamu tidur,”marah makku kepada aku dan adikku.Abang Syakir pula datang sewaktu kami dimarahi mak.Kak Solehah dan Abang Nazmi pula meminta diri untuk pulang.
“Kenapa,mak?”tanya Abang Syakir lalu menghampiri belakang mak.
“Ni..budak bertuah dua orang ni tak tidur lagi.”
“Alah…mak belum lagi pukul 12.Nanti Isya naiklah,lagipun ini jelah masa Isya nak tidur lewat sebab nanti balik dari sana,Isya dah kena pergi sekolah.Kalau macam itu tak dapatlah Isya nak enjoy macam ni.”Batrisya menjawab kata-kata ibuku.Aku yang sudah letih dan bosan sebab tak ada orang lagi yang duduk bawah,aku terus pergi mandi dan memakai baju tidur.Setelah siap,aku pun apa lagi menjatuhkan diri di atas katil dan bergolek-golek ke sana ke mari.Nasib baik aku tak jatuh dari katil kerana Batrisya tiba-tiba sergahku di pintu.
“Bah!Kak Rin!”
“Oi!Isya,kau ni buat terkejut akak je,nasib baik akak tak jatuh tadi.Kalau memang jatuh tadi tak dapatlah aku naik burung eletrik,habis angan-angan akak nak naik benda tu,”kataku sambil membetulkan bantal dan menyelimuti diriku.
“Burung eletrik?Apa benda tu?”tanya Batrisya kehairanan lalu merebahkan diri di sebelahku.
“Kapal terbanglah,tu pun tak tahu ke,”jawabku selamba.
“Akak bukan burung elektriklah,burung besilah dalam erti kata lain dia.”
“Apa-apa jelah asalkan ada perkataan burung.Isya,Abang Syakir dengan Kak Nasuha dah balik ke?”tanyaku untuk menutup malu.
“Eleh,nak cover dari malulah tu.Abang dan kak Nasuha dah lama balik rumah dia agaknya sekarang dia orang dah dibuai mimpi.”
“Bila dia orang balik,akak tak tahu pun?”tanyaku pelik.
“Waktu akak naik ke bilik.”
“Alah..tak dapat nak kacau Adha.Kalau tidak mesti akak dah kejar satu rumah ni,mesti dia menangiskan.”Aku membayangkan situasi tersebut sudah semestinya anak pertama abang aku itu merengek satu rumah.Rasa kelakar je bila kalau betul-betul.Okeylah,malas aku nak merepek lagi,baik aku lelapkan mata je.
Friday, April 1, 2011
My Mr Defender 5
Hari yang dinantikan pun telah tiba.Periksa SPM 2010 akan berakhir pada petang itu.Kelihatan ramai pelajar SMK Munshi Abdullah sudah berada di sekolah untuk melakukan pembacaan buat kali terakhir kerana periksaan kertas 1 bermula agak lambat iaitu pada pukul 11 setengah hari.Aku,Sofia dan Quratu memilih ke surau untuk kami belajar.Kawan baikku yang sama dengan kelasku,Farhana turut ikut serta.Setelah jam menunjukkan pukul 11,kami semua pun diarahkan masuk ke dewan untuk memulakan peperiksaan.Tamatnya kertas 1,kami terpaksa menunggu lagi bagi kertas yang kedua iaitu penulisan esei.Tepat pukul 2 petang,kami memulakan peperiksaan buat kali terakhir bagi tahun itu.Tepat pukul 4 petang,kedengaran suara menjerit setelah habisnya periksa pada hari itu.
“Hooray! Akhirnya habis juga beban kita selama ini!” kataku kepada kawan-kawan rapatku.
“Betul tu.Lepas ni bolehlah kita nak buat apa je.Airina,kau tahun ni tak pergi mana-mana ke?”Tanya Quratu.
“Quratu,Cik Rin kita ni nak pergi Indonesia.Itulah esok dia dah balik awal kalau tidak selama seminggu duduk dekat sini,”balas Sofia.Ketika kami sedang berkumpul di pondok surau sekolah,Yusri pun datang ke arah kami.
“Ooooh..ini dia Encik Yusri,kita datang sini.Di mana ada Airina,di situlah ada Yusri,”kata Quratu.
“Eh..kau ni,Quratu.Tak pasal-pasal nanti ada orang belasah aku balik rumah ni,”balasku sambil menjeling ke arah Sofia.Kelihatan Sofia memandang tajam ke arahku dan aku terus mengalihkan pandangan.Yusri bersuara apabila melihat ketegangan ini.
“Rin,kau dah bagi belum benda tu yang aku suruh bagi tu?”
“Alamak!Aku lupalah.Nanti aku bagilah dekat dia,kau jangan risau.Kau datang sini semata-mata nak cakap tu ke?”soalku pada Yusri.
“Tak adalah.Aku nak cakap dekat kau yang Ain ajak pergi rumah dia dengan Fatimah dan Farhana sekali.”
“Alah…nak naik apa pergi sana?”
“Hari ni dia bawa kereta Unser,kau orang perempuan pergilah ikut sekali.Aku dengan sekutu aku naik motorlah apa lagi.Cuma Farhan dan Nazirul sahaja yang naik kereta sebab Farhan pun bawa kereta pergi sekolah hari ni.Aku pergi dululah,jumpa dekat sana nanti,”katanya terus berlalu pergi.
“Sofi,boleh tak kalau kau cakap dekat mak kau ambil pukul 5.30?”
“Okey,aku tunggu kau dekat kedai depan ni,kau jangan lambat pulak.”
“Thank you,Sofi.Jumpa nanti.Aku pergi dulu.Bye!”kataku terus melangkah pergi ke arah tempat letak kereta depan dewan.Setelah itu,aku dan Farhana sampai di kereta.Kami pun bergerak ke rumah Ain.
Sampai sahaja di rumah Ain,kawan-kawan sekelasku begitu teruja melihat makanan yang dihidangkan.Sebelum,majlis makan-makan dimulakan.Ain memberi sepatah dua kata sempena hari terakhir kami bersama.Majlis ini aku rasa macam dekat hotel lah pulak siap ada ucapan.Apa-apa pun,aku banyak berterima kasih dekat Ain sebab kumpulkan kami semua budak melayu untuk datang ke rumahnya dan tidak ada satu pun yang tertinggal termasuk beberapa budak cina kelas kami turut dijemput.
“Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Aku cuma nak ucap terimah kasih dekat kau orang semua sebab sudi hadir ke rumah aku hari ini.Lagipun masa hari raya aku tak sempat nak buat rumah terbuka jadi aku rasa hari inilah yang terbaik untuk aku jemput kau orang semua memandangkan kita semua dah habis periksa dan selepas ini masing-masing dah buat kerja sendiri.Aku rasa itu jelah yang aku nak cakap.Jemputlah makan,”kata Ain sambil mengesat air matanya.Aku terus bangun dan memeluk Ain dan Farhana turut ikut serta seperti apa yang aku lakukan.
“Insya Allah,aku doakan satu kelas kita berjaya,”kataku ketika dalam dakapan Ain.
“Ceh…buat drama sedihlah pulak kau orang perempuan ni,”kata Farhan.
“Biasalah tu,Farhan.Kau macam tak tahu perangai perempuan bila nak berpisah.Ain,aku makan dululah kalau tunggu kau orang punya drama sampai bilalah perut aku tak berisi,”sambut Yusri.
Ain sekadar memandang dan menganggukkan kepala.Pada petang itu,kami makan dengan berselera sekali.Setelah mengucap terima kasih kepada mak Ain,Ain pun menghantar kami yang perempuan pulang ke sekolah semula.Ketika sampai kelihatan Sofia tengah duduk di kedai depan sekolah.Mungkin menunggu kedatanganku.Sebelum keluar aku masih tidak putus-putus mengucap ribuan terima kasih pada Ain.Farhana dan Fatimah sudah pulang sejurus sahaja kereta Ain sampai di sekolah.Aku pula terus mendapatkan Sofia setelah kereta Ain pergi.Sofia memandangku dengan tidak puas hati.
“Sofi,kau kenapa pandang aku macam tak puas hati?”tanyaku dan memukul bahunya.
“Yelah,kau tinggalkan aku seorang di sini.Nasib baik ada Quratu yang teman aku tadi,kalau tidak aku dah jadi orang gila seorang-seorang dekat sini,”katanya lalu memuncungkan mulut.Aku mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Sofia.
“Habis itu,mana Quratu?”
“Dah baliklah,takkan nak tidur dekat sekolah ini pulak.Aku ada cerita bagus ini.”
“Apa dia?Best ke?Boleh dapat Award tak cerita kau itu?”sindirku.
“Tak adalah sampai mcam itu sekali.Kau ni pun nak cakap tengoklah keadaan,”leternya.
“Cepatlah,nanti mak kau datang pulak.Terkilan aku nak dengar cerita kau sebab kau ni kalau dah balik rumah semua benda lupa apa yang terjadi petang tadi.”
“Bukan kau ke yang selalu macam itu?”balasnya tak mahu kalah.Kalau aku hilang sabar dengan Sofia ini dah lama aku bermasam muka dengan dia tapi disebabkan kesabaran aku dan aku fikir aku tumpang rumahnya beberapa hari ini,aku pendamkan je bagi menjaga hatinya.
“Apa-apa jelah,Sofi.Asalkan kau cerita apa yang terjadi waktu aku tiada di sini tadi,”balasku dengan muka yang garang.
“Okey-okey tapi janganlah buat muka macam nak makan orang je.Aku ceritalah ini.Aku duduk dekat sini dah nak dekat 1 jam,tiba-tiba ada seorang mamat motor ini berhentikan motor dia dan panggil aku ‘sayang’.Aku pun apa lagi,aku lari sepecut mungkin masuk dalam sekolah panggil Pak Din, pengawal keselamatan sekolah kita suruh dia halau lelaki itu.Aku tak tahu apa Pak Din cakap dekat lelaki itu sampai lelaki itu terus memecut laju motor yang dia bawa.Aku terus dapatkan Pak Din dan ucapkan terima kasih,Pak Din suruh tunggu dekat dalam sekolah tapi aku tak nak sebab mak aku kata dia tunggu dekat kedai Mak Terung ini,”cerita Sofia panjang lebar.
“Betullah cakap Pak Din itu suruh kau tunggu dekat dalam sekolah tengok apa dah jadi.Padan muka ada orang gila datang nak mengorat kau”kataku sambil mengejeknya.Beberapa minit selepas itu,aku nampak kereta Mak Cik Salmah datang ke arah kami.Sepanjang berada di dalam kereta,aku hanya menyepikan diri dan Sofia juga tidak membuka suara barangkali letih dengan menjawab periksa tadi.Hanya radio sahaja yang menemani kami ketika kami senyap sunyi,tetapi yang pelik Mak Cik Salmah turut mendiamkan diri dan langsung tidak bertanyakan tentang periksa kami.Aku pening memikirkan keadaan di dalam kereta yang senyap ini.”Arghh…biarlah,nak bising ke atau sunyi ke.Itu hal peribadi masing-masing”,kataku dalam hati sambil mengamati permandangan di luar yang kelihatan seperti mahu hujan malam ini.
Hujan turun dengan lebat pada malam itu,setelah siap menguruskan diri dan mengemas beg aku serba sedikit untuk pulang ke rumah pada esok hari,aku pun pergi ke ruang tamu dengan memegang novel yang aku beli.Rumah yang setingkat itu nampak meriah walaupun bilangan di dalam rumah ini sedikit,kelihatan adik beradik Sofia dan maknya di ruang tamu sambil khusyuk menonton gambar yang dipaparkan di televisyen.Aku menegur adik bongsu Sofia,Dahlia yang matanya tidak berganjak melihat skrin televisyen itu.
“Dahlia,ada pakwe ke dalam televisyen itu?”tanyaku sambil mencuit bahu kecilnya.
“Tak adalah,Kak Rin,”katanya dan memandang tanganku yang berisi novel.
“Oooo…ingatkan ada orang yang Dahlia minat tadi.Bolehlah Kak Rin minat sama juga,”kataku lalu melabuhkan bontot,duduk di sebelah Dahlia.
“Apalah Kak Rin ni,minatlah orang lain.Nanti cita rasa kita sama berebut pulak.Kak Rin,baca novel apa itu?”
“Masih Setia,”jawabku ringkas.
“Kak Rin,bila akak balik KL?”Tanya Shuhaida yang tadi hanya menonton televisyen sahaja.
“Esok petang,lepas pergi tengok wayang.”
“Tengok cerita apa,Kak Rin,”sampuk Dahlia.
“Aku Masih Dara.Cerita pakwe Kak Rin berlakon,”kataku sambil gelak.Ketika aku sibuk bergelak,terdengar suara jeritan Sofia dari arah bilik memanggil namaku.
“Airina!Airina!Sini sekejap.”Aku terus berlari masuk ke bilik Sofia.
“Kenapa?Ada masalah ke atau kau jatuh dari katil sebab teringatkan Yusri.”
“Mana adalah.Ini handphone kau ni asyik memekak je dari tadi sebab itulah aku tak tahan aku panggil kau.Kau ni ganggu mood aku je nak tidur,”kata Sofia sambil baring memeluk bantal.Aku duduk di sebelahnya sambil membuka telefon bimbit aku,ada 5 missed call daripada Yusri.Aku pun apa lagi mengusik Sofia dengan mengaitkannya dengan Yusri.
“Panjang umur Yusri ini.Lebih panjang lagi kalau dia bersama dengan orang sebelah aku ni.”
“Eh…kau ini memandai je.Siapa yang telefon kau itu sampai telingaku ini jadi merah?”
“Kau ni buat-buat tak tahu pulak,tadi kan aku dah cakap nama Yusri,apalah kau ni.”
“Apa dia nak?”tanya Sofia seperti tidak puas hati.
“Relax buddy.Diakan teman rapat aku,”kataku sambil memikirkan apa yang Yusri mahukan daripadaku sampai banyak kali telefon.Setelah lama berfikir baru aku teringat,surat Yusri aku tak bagi lagi dekat Sofia lantas aku terus buka beg sekolahku dan mencapainya.
“Sofia,ini surat dari buah hati kau.Bukalah,”kataku dengan menghulurkan surat itu kepada Sofia.Sofia membuka dan terus membacanya.Yusri menyatakan hasratnya untuk mengambil Sofia sebagai teman wanitanya tapi Sofia kata kepadaku dia tidak sedia lagi sebab bagi dia umur masih muda ni tak sesuai dia untuk mempunyai pasangan dan dia tahu jikalau Mak Cik Salmah tahu pasti dia marah.Namun Sofia tak nafikan yang hatinya menyukai dekat Yusri.Aku mencadangkan kepada Sofia agar menyuruh Yusri supaya menunggunya jikalau Yusri betul-betul menyukai Sofia dia akan tunggu tetapi kalau tidak,Sofia harus meninggalkannya.Begitulah nasihatku pada Sofia walaupun aku tidak beberapa arif soal cinta ini tapi sebagai sahabat kepada Sofia dan Yusri,aku harus menolong mereka.Setelah menenangkan perasaan Sofia,aku pun menarik selimut dan melelapkan mata.Semoga hari esok aku selamat tiba di KL.
My Mr Defender 4
Kelas bermula agak lewat iaitu pukul 10 akan tetapi hari Sabtu pagi yang indah,aku jamin ramai orang lain sedang bercuti tapi aku dan Sofia mengorbankan masa kami untuk pergi kelas tambahan bagi kertas periksa terakhir kami di sekolah.Sampai sahaja di sekolah kami terus pergi ke bilik gerakan iaitu bilik mesyuarat guru bagi memulakan sesi pembelajaran.Eh,macam betul-betul ada kelas pulak.Sementara menunggu Cikgu Alias datang untuk mengajar.Kami semua iaitu gabungan pelajar yang mengambil subjek itu berada di dalam bilik tersebut membuat bising dengan membincangkan hal politik dan gossip artis tetapi ada juga yang tidak menghiraukan kebisingan itu dan hanya tumpu pada buku sahaja.Aku yang tadi hanya mendengar perbualan mereka sahaja turut menyampuk dengan membuka topik tantang Piala AFF SUZUKI.
”Wei,Yusri.Aku tahu mesti kau tengok perlawanan bola sepak hari tu?”jeritku pada rakan sekelasku,Yusri yang duduk agak jauh daripadaku.
”Mestilah,wajib bagi aku.Kenapa?Kau pun tengok jugak ke?”soal Yusri sambil datang ke tempat aku yang duduk bersebelahan dengan Sofia.
Baru sahaja aku ingin meluahkan hasratku pada Yusri tentang keinginanku untuk bertanya soal Muslim,tiba-tiba aku terdengar suara Ridwan budak lelaki yang berbeza kelas denganku,menjerit satu bilik gerakan tersebut dan semua yang berada dalam bilik itu memandang ke arahnya.Aku hanya memandang sinis kepada budak lelaki itu dan mendengar apa yang dikatakan olehnya.
”Minta perhatian semua,ada seseorang perempuan telah buka topik pasal bola sepak setahu akulah kan,budak itu bukan paling benci ke dengan sukan itu.”Aku akui itu tapi itu semua dahulu punya cerita,ini semua gara-gara Nazmi yang buka cerita perihal aku kepada semua murid lelaki Tingkatan 5.Malangnya Nazmi tak ada dekat sini kalau tidak memang nahas aku kerjakan dia.
”Aku setuju dengan pendapat kau tu Ridwan.Aku dengar lagi sebab dia kata kita semua ni tak handsome,suka hati dia je nak cakap kita macam itu.Macamlah dia itu lawa sangat,debab adalah.”balas rakan seperjuangan Ridwan.
”Apa masalah kau orang ni?Aku rasa aku tak ada cakap pasal kau orang.Suka hati akulah nak cakap pasal bola ke atau sepak takraw ke.Apa yang penting aku tak ganggu hidup kau orang.Mulut tak ada insurans langsung,”kataku lalu mengangkat bontot untuk keluar bagi menenangkan perasaanku yang sedang sakit ini.
Tiba-tiba,baru sahaja aku ingin melangkah pergi,Yusri memanggilku.
”Rin,berhenti!Jangan keluar!kenapa kau sekarang ini cepat sangat mengalah bukan ke sebelum ini kalau ada orang lawan kau,kau lawan balik sampai orang itu tumpas di tangan kau.”
“Ceh…hero datang untuk membantulah,”sambut Ridwan.
“Ridwan,kau diam.Kau ni pun sama perangai macam budak kecik suka sangat nak cari gaduh dengan orang lain.Kau ni tak sedar ke yang kau itu belum habis periksa lagi.Kalau kau dan kaum kerabat kau dekat belakang sana buka suara aku akan belasah kau orang semua,”marah Yusri lalu menyambung kembali perbualan yang tersisa.Aman bilik itu setelah Yusri memarahi mereka.
“Kau duduk jelah,Rin.Tak payah dengar cakap dia orang itu semua,dulukan kau juga pernah bantu aku lawan dia orang.Sekarang giliran aku lah pulak.Kitakan ni kawan ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing,susah senang kita lalui sama-sama sepertimana kau dan Sofia,begitu juga aku dengan kau.Kau sebenarnya tadi nak tanya pasal apa?”
“Terima kasih dengan kata-kata kau yang panjang lebar tu.Aku nak tanya pasal pemain Malaysia nombor 24.Dia itu sebenarnya dari kelab mana?”
”Kenapa kau nak tahu?Kau minat dia ke?”
”Salah ke kalau aku nak tahu?Sebenarnya aku suka tengok cara dia main,begitu bersungguh-sungguh untuk pertahankan bola agar tak masuk ke dalam gawang Malaysia,”kataku ingin menutup apa yang tersirat di dalam hati.
”Alah…apa salahnya kalau kau minat dia lagipun dia bukannya tahu pun,biasalah tu orang macam kita ni minat dekat seseorang yang membawa nama negara.Contohnya,macam kau pernah minat Sheikh Muszaphar,”ulas Yusri lagi yang menunjukkan dia tidak mahu beredar dari situ dan aku perasan mata dia asyik mahu melihat rakanku di sebelah siapa lagi kalau bukan Sofia.
”Boleh tak kau bagitahu sahaja.Kau ni sengaja je buat aku tertunggu-tunggu,nanti cikgu datanglah atau kau sengaja nak berada lama-lama dekat sini sebab nak tengok putri idaman kau ni,”kataku menjeling ke arah Sofia dan kelihatan muka Sofia merah padam.
”Yalah,aku bagitahu tapi dengan satu syarat.Kau kena tolong aku.Nanti dah habis kelas jumpa aku dekat luar,baru aku cakap apa pertolongannya.”
”Okey-okey.Cepatlah bagitahu.Kau ni macam kura-kuralah,”kataku dengan kasar.
”Ermmm….sebenarnya dia dari pasukan harimau muda A dan merangkap sebagai ketua dalam pasukan itu.Kalau kau nak tahu lebih lanjut pasal dia,kau buka internet.Cari Mohd Muslim Ahmad,nanti keluarlah pasal dia.Aku malas nak cerita lebih-lebih.”
”Oooo…patutlah,”balasku dengan nada yang kecil tetapi didengar oleh Sofia.
”Patutlah apa,Rin?”
”Tak ada apa-apalah.Sebenarnya rahsia yang aku simpan itu ialah aku dah mulai suka dengan sukan bola sepak dan meminati Muslim.”Aku sebenarnya ingin cakap patutlah Muslim boleh main untuk negara Malaysia rupa-rupanya dia ketua harimau muda A tapi aku takut tersalah cakap nanti Yusri kata aku ni memandai je.
”Itu je rupanya rahsia kau,aku ingatkan ada rahsia terbesar daripada itu.Kalau kau tak bagitahu aku pun tak apa sebab tak penting pun bagi aku,”kata Sofia dengan berlagaknya.
”Kalau tak penting bagi kau,asal dekat rumah kau macam tak nak layan aku je lepas itu asyik mendiamkan diri je,”bidasku kembali.
”Manalah aku tahu itu je rahsia kau,kalau aku tahu dari awal mesti aku tak muncung mulut dekat kau.Sorry lah,Rin.Aku janji,aku tak buat lagi.”
”Ermm..yelah,”ringkasku dan melihat ke arah pintu kelihatan Cikgu Alias sudah datang seperti biasa yang menegur guru kesayangan kelas kami itu pastilah Yusri siapa lagi kalau bukan dia.
”Itu dia…peminat Liverpool kita dah sampai setelah kita semua menunggunya selama sejam,”kata Yusri.
”Cikgu tadi ada mesyuarat dekat Jabatan Pelajaran.Memandangkan cikgu lambat,kelas kita habis sampai pukul 1.Macam mana,okey tak semua?”
”Okey,cikgu!”kami menjawab dengan serentak dan atas persetujuan semua kami masing-masing balik lambat.
Selepas cikgu member tip yang penting dan jam menunjukkan pada pukul 1 petang,kami semua pun pulang,seperti yang dijanjikan,Yusri menungguku di pondok di hadapan bilik itu.Aku menyuruh Sofia untuk tunggu di surau sementara aku pergi berjumpa dengan Yusri.
‘Duduklah kejap,aku nak berbual dengan kau.Tak silap aku dah lama kita tak berbual kosong sejak kau dah balik KL.”
“Erm..yelah.Aku tak boleh lama ni sebab aku dengan Sofia nak keluar pergi cari novel ni,”kataku bersahaja sambil melabuhkan bontot di pondok itu.
“Sejak bila kau minat bola ni?”Tanya Yusri kehairanan.
“Sejak aku Nampak seseorang waktu perlawanan hari itu.Tadi kau nak mintak tolong apa?”
“Oooo…patutlah.Tapi kenapa pulak sejak Nampak lelaki tu baru kau minat?”
“Sebab orang itu menutup segala tanggapan aku tentang lelaki yang main bola semuanya tak handsome,aku akui setelah aku tengok perlawanan itu betul-betul rasa best pulak lagi-lagi bila gol,rasa macam puas gila sebab dapat jerit,”kataku dengan panjang lebar.
“Itu sebab ramai lelaki suka sangat dengan sukan itu,lagipun sukan itu memang dah sebati dengan lelaki.Pasal tadi itu,aku sebenarnya nak minta tolong dekat kau pasal Sofia.”
“Aku dah agak dari awal yang kau akan minta tolong sebab Sofia.Apa dia?”
“Tolong bagikan surat ni dekat Sofia dan suruh dia balas mesej aku sebab ada benda penting aku nak cakap dengan dia,”kata Yusri sambil meghulurkan sampul surat kepadaku.
“Kau ni tak habis-habis dengan surat.Aku ingat lagi disebabkan surat kau bagi dekat adik angkat kesayangan kau,satu asrama puteri kecoh dan kalau boleh dikatakan setiap hari budak tu jumpa aku nak tanya pasal kau dekat dalam kelas macam mana.Lepas itu,setiap kali aku lepak dan berbual dengan adik dorm aku mesti dia orang buka cerita pasal kau,boleh dikatakan yang kau ni popular lah dekat aspuri ni.Banggalah tu,”ejekku sambil tanganku ligat menyimpan surat itu di dalam beg sekolahku.
“Kau ni…janganlah ulang balik perkara lama tu,malu aku tau macam ni.”
“Eleh..tadi kau juga yang ajak aku berbual,bila aku buka topik lama itu tak nak pulak kau cakap lagi.Okeylah,aku dah lambat ni.Nanti tak pasal-pasal buah hati kau merajuk lagi dengan aku,”kataku lalu melangkah pergi.
“Jangan lupa pesanan aku!”jerit Yusri.
Usai sahaja solat zohor,aku dan Sofia naik bas pergi ke Melaka Sentral,setelah itu kami berjalan ke jambatan untuk ke Tesco.Sampai sahaja,aku terus meluru ke kedai buku dan meninggalkan Sofia yang berada di belakang untuk mencari novel memandangkan periksa sudah mahu habis,aku pun mengambil inisiatif untuk baca novel setelah habisnya periksa pada hari Isnin nanti.Sofia sampai beberapa minit selepas itu.
“Rin,kau nak cari apa dekat sini?”
“Cari bukulah,takkan nak cari Yusri pulak dekat sini,”balasku sambil berputar-putar di kedai buku Popular.
“Aku tahulah.Buku apa yang kau nak cari sebenarnya.Bolehlah aku tolong carikkan.By the way,asal kau sebut nama Yusri pulak ni,”balas Sofia tidak puas hati.Dia hanya mengikut sahaja di belakang sambil menyentuh buku-buku yang berada di rak.
“Aku nak cari novel Masih Setia,Aisya Sofea yang tulis.Aku ingat habis je kertas Ekonomi Asas,aku nak terus baca nak lepaskan gian yang dah beberapa bulan aku tak baca novel.Sofi,aku ada satu cadangan bernas ni,”kataku.
“Cadangan apa yang bernas sangat tu?”soal Sofia acuh tidak acuh.
“Lepas kita hantar buku teks,kita keluar pergi tengok wayang,nak tak?Sebab aku tengok iklan dekat televisyen,Ashraf Muslim ada berlakon cerita Aku Masih Dara.”
“Okey.Nanti aku ajak Nabila,Quratu dengan Fatin sekali,”usul Sofia smbil membaca sinopsis yang berada di belakang novel tersebut.
“Aku lupa nak bagitahu kau yang petang itu juga aku kena balik KL sebab hari Rabu tu aku kena pergi buat passport.Lagipun tarikh tempoh passport aku tu dah mati”
“Kenapa nak buat passport pulak,kalau mati sekalipun.Kau ada nak pergi mana-mana ke?”Tanya Sofia.
“Semalam mak aku telefon,dia kata nak bawa aku dengan adik aku pergi Indonesia hari Ahad nanti.”
“Wah!Best lah macam tu.Habis je periksa dapat pergi jalan-jalan.Nanti jangan lupa belikan barang dari sana untuk aku ini,”kata Sofia.Aku meneliti satu persatu novel,akhirnya aku jumpa juga novel yang aku mahukan.Bagi aku,satu novel tidak cukup untukku baca sepanjang cuti ini.Aku menyuruh Sofia untuk mencarikan juga.Hasil daripada pencarian itu,Sofia terjumpa dengan novel yang sedikit banyak berkaitan dengan aku dan kawan-kawanku.
“Rin,kau tengok novel Prince Charming ini,ada pasal bola sepaklah.Kau sukakan bola sepak?Apa kata kau beli je buku ni nanti bolehlah kau baca dan bawa pergi Indonesia ke kalau kau bosan bolehlah baca.”Sofia mencadangkan agar aku beli novel tersebut dan aku menganggukkan kepala tanda setuju aku mahu beli novel tersebut.
Setelah membuat pembayaran,kami pergi ke medan selera untuk makan tengah hari.Perut kami pun sudah kenyang,aku mengajak Sofia berjalan-jalan di sekitar Tesco sementara menunggu Mak Cik Salmah untuk mengambil kami.Jam menunjukkan angka 5,Mak Cik Salmah pun sampai.Kami pulang dengan keletihan dan menyiapkan diri.Novel yang aku beli sebentar tadi,aku hanya simpan di dalam beg kerana tidak mahu menggangguku untuk belajar.
My Mr Defender 3
Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan melihat kawasan kampung rumah Sofia.Udara di sini begitu segar dan nyaman.Aku berjalan-jalan sambil ditemani Sofia yang asyik bertanya tentang perihal semalam tapi aku hanya mengendahkannya,bagi aku belum masanya lagi untukku bercerita.Masing-masing menyepikan diri ketika berjalan hanya kicauan burung yang menemani kami pagi itu.Setelah penat,aku dan Sofia pulang ke rumah semula dan meneruskan pembacaan yang tertinggal.Mak Cik Salmah menegur kami ketika kami sedang belajar di ruang tamu.
”Mak Cik tengok kamu berdua ni diam je sejak balik dari jalan tadi.Kamu ni gaduh ke?”
”Tak adalah,mak.Saja je kitaorang diam sebab tak ada apa yang nak dibualkan.Lagipun banyak lagi yang kami tak baca.Betul tak,Rin?”
”Errmm…betul tu Mak Cik,”kataku kepada empunya tuan rumah ini.
”Oooo…tak apalah kalau begitu.Mak Cik nak pergi siapkan makanan.Nanti mak cik panggil kamu berdua,”kata Mak Cik Salmah,lalu dia pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan pagi kami dan adik beradik Sofia.
Aku menyambung kembali membaca buku tetapi aku tidak tahu apa yang ku baca,rasa bersalah mula menghimpit diri.Adakah aku patut menceritakan hal itu kepada Sofia?Lagi pun selama ini dah banyak rahsiaku,aku ceritakan dekat dia.Tapi berkenaan hal itu aku tidak mahu menceritakan,adakah dia terasa hati?Kalau begitu,aku bagi tahu jelah.
”Ermmm…Sofi.”panggilku.
”Rin..pasal semalam itu,tak apalah kalu kau tak nak bagi tahu aku.Lagipun aku tahu tak semua rahsia kita boleh bagi tahu dekat orang.Betul tak?”kata Sofia.
“Betul tu.Maaf ye,Sofi.”
”Tak apa,aku faham.Kawan eh?”balasnya sambil meghulurkan tangan untuk menyalamiku.
Rin,sebenarnya aku nak tahu sangat apa rahsia kau itu.Kenapa kau tak nak bagitahu aku padahal sebelum ini semua cerita dan rahsia kita bincang sama-sama.Rin,kenapa aku rasa kau macam dah lain sekarang ni,”kata-kata Sofia tidak mampu untuk dikeluarkan.
”Sofia,sebenarnya aku baru sahaja nak bagitahu kau tapi bila kau dah cakap macam tu,aku tak jadi nak bagitahu,Tapi aku janji nanti aku bagitahu eh.Jangan risau.”
Airina juga sama seperti Sofia tidak berani untuk bercakap apa yang terbuku dalam hati dan perkara itu hanya berlalu pergi.Sofia tidak lagi mengungkit hal itu lagi.Setelah makanan dihidangkan,kami semua pergi ke dapur untuk makan pagi.Aku melihat Sofia seperti banyak mendiamkan diri berbanding aku yang lebih banyak berbual dengan adik-beradik Sofia.Sepanjang hari berada di rumah,aku dan adik beradik Sofia mula berasa bosan lalu adik Sofia yang pertama,Shuhaida mula mereka permainan untuk menghilangkan kebosanan kami.
”Kita main sesuatu nak tak?”
”Main apa,kak?”tanya adik Sofia yang bongsu,Dahlia.
”Kita main soal jawab tapi permainan ni semua orang kena jawab jujur,tak boleh tipu tau.”
”Macam mana nak main?”soalku sambil memandang Sofia yang masih menyepi mungkin kerana dia terasa hati lagi.
”Sebelum itu,kita kena cari botol dulu baru boleh main permainan ini.Dahlia,tolong akak carikan botol boleh tak?”arah Shuhaida kepada Dahlia dan tanpa membuang masa Dahlia pergi dapatkan botol.
”Ni botol dia,kak Aida.Cepatlah.Macam mana nak main permainan ni.Dahlia tak sabar-sabar ni,”rungut Dahlia.
”Okey-okey.Permainan ni macam Aida kata tadi,tapi untuk menetukan orang yang disoal jawab botol ni kena pusing.Aida mula dulu,”katanya lalu memusingkan botol tersebut dan akhirnya botol itu berhenti di tempat Sofia.
”Akak kena jawab soalan ni dengan jujur tau.Siapakah orang yang akak minat dekat sekolah?”
”Alah…susahnya nak jawab soalan ni,akak rasa soalan ni lah lagi susah daripada soalan periksa,”jawab Sofia sambil menggaru kepala.
”Jawab Sofi jangan tak jawab,”ejekku.
”Ermmm….siapa ek?”
”Bagitahu jelah bukannya ada kesan apa-apa pun dekat budak berdua ni.Lagipun mak kaukan pergi rumah jiran sebelah,ada kenduri mesti dia lambat balik.Jawablah,”kataku dengan memaksa Sofia memberitahu gerangan yang diminatinya.
”Yusri.”Sofia jawab dengan ringkas.
”Wah!Sudah ketahuan ini.Sepertinya cowok itu pasti ganteng,”kata Dahlia dengan loghat Indonesia.
”Tak handsome pun dia.Ermm..Aida,giliran akak kan sekarang ni?”tanya Sofia.
”Ya,silakan.”
Tanpa berlengah lagi,Sofia terus memusingkan botol itu dan tanpa diduga botol iu berhenti,muncung botol itu menunjukkan aku yang kena jawab apa yang ditanya oleh Sofia.
”Giliran kau,Rin kena jawab soalan aku.Jujur tau.Sukan apa yang kau suka?”
”Bola sepak,”kataku tanpa memikirkannya dulu sebelum aku jawab.
”Apa?Tak dengarlah kau cakap apa tadi?”soal Sofia.
”Bola sepaklah,Kak Sofi,”jawab Dahlia.
”Alamak!Pecah rahsia aku.Macam mana ni?”kataku dalam hati malah perasaanku sekarang ni berdebar-debar dan badanku berpeluh-peluh.
”Sejak bila kau suka sukan itu.Setahu akulah kan,kau paling benci sukan itu sebab kau kata satu bola direbut oleh semua orang macam tak ada kerja je nak rebut bola itu dan lelaki yang main bola tu pula semuanya tak handsome.Lagi satu membuang masa bagi penyokong yang tengok bola itu,’balas Sofia dengan mengulang apa yang aku pernah cakap dekat dia pasal sukan itu.
”Eh,mana ada lah,”sangkalku.
Tiba-tiba pintu utama terkuak,terpacul Mak Cik Salmah di hadapan pintu dengan muka yang garang.
”Ya Allah,kamu semua ni buat apa?Mak ingatkan kamu ni tak nak pergi kenduri sebab nak belajar tapi main pula dia.Rin pun sama,kalau mak kamu tahu kamu begini pasti dia marah sebab periksa yang kamu ambil ni bukan untuk main-main tapi untuk masa depan,”marah mak Sofia.
”Maaf,mak cik.Lain kali saya tak buat lagi,”kataku tertunduk malu tapi aku bersyukur sebab Mak Cik Salmah cepat datang kalau tidak aku mesti di soal siasat oleh Sofia dengan diasak pelbagai soalan cepumas.
Aku memilih ruang tamu untuk belajar dan Sofia masuk ke bilik.Mungkin terasa hati dengan kata-kata maknya atau dia memikirkan tentang aku.Setelah,beberapa jam dan hari pun mahu gelap.Aku pun masuk ke bilik untuk bersama-sama belajar dengan Sofia di atas katil.
”Sofi,kau tahukan pasal hukum permintaan dan penawaran?Boleh tak ajar aku?”soalku.
”Aku sebenarnya pun tak berapa nak faham,kalau aku terangkan dekat kau nanti kau boleh jadi gila pula,”balas Sofia sambil melihat buku di tanganku.
”Terima kasih,Sofi.Pasal petang tadi tu,aku janji esok kau pasti akan tahu juga tapi kau kena tunggulah sampai hari esok dekat kelas tambahan,”janjiku pada Sofia.
”Betul ke,ni?”tanyanya.
”Betul tapi kau dah cakap ke dengan mak kau yang kita nak keluar pergi Tesco,”tanyaku dan aku melihat dia mengukir senyuman ketika aku cakap perkataan betul.
”Kau jangan risau sebelum kau sampai sini lagi aku dah bagitahu mak aku perancangan kita lepas kelas tambahan nanti,”sambungnya lagi.
”Okey,beres.”jawabku ringkas.
Malam itu,rutin kami seperti biasa,lepas sahaja kami makan dan solat kami membaca buku.Sofia menunjukkan reaksi yang baik kepadaku kerana dia tidak sabar untuk menunggu ceritaku esok hari.