hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Monday, September 16, 2013

Roti dan Mentega Sambungan Bab 4 dan Bab 5 !

    Iylia Liyana keluar dari tandas dan jalan menuju ke katil dengan terhenjut-henjut.Kelihatan Alif Azmi sedang tidur di atas katil.Iylia menjadi berang.”Mamat gagak ni memang nak kena dengan aku.”Kesabaran Iylia tercabar oleh lelaki yang berlagak itu.Dia merenung ke muka Alif Azmi yang nyenyak tidur itu dan tanpa mempedulikan perasaan lelaki itu,dia menolak tubuh lelaki tersebut sampai ke bawah.
“Oi,perempuan biadab!Tak Nampak ke orang tengah tidur?”marah Alif Azmi dan memandang tepat ke arah muka Iylia Liyana yang sedang berdiri.Iylia Liyana malas untuk melayan lelaki yang  tengah jatuh terduduk dan dia terus baring di atas katil.Alif Azmi bangun dengan perlahan dan duduk di atas kerusi yang disediakan sambil membuka kot berwarna kelabu dan tali leher berwarna pink lalu menggantungkannya di belakang kerusi.Dia memandang dengan tidak puas hati seperti mahu menerkam perempuan di hadapannya.Iylia dengan lagaknya baring dengan tenang dan membaca majalah sedangkan hatinya berdebar-debar kerana takut diapa-apakan oleh mamat yang tidak siuman.Pintu bilik kecemasan itu akhirnya dibuka,kelihatan nurse sedang membawa makanan.
“Maaf.Kami lambat hantar makanan,Cik Iylia,”kata nurse lalu meletakkan makanan di atas tempat penyedia makanan di hadapan katilnya.
“Tak apa,nurse.Bila saya boleh dipindahkan di wad biasa?Saya rasa panaslah duduk dekat sini.”Iylia bercakap dengan misi itu sambil menjeling ke arah lelaki yang masih merenungnya.
“Nurse,pindahkan cik ni di wad vip ya?Saya mahukan privasi dengan makwe saya ni,”sampuk Alif Azmi tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.Iylia Liyana membuntangkan mata ketika mendengar mamat gagak itu memberi kenyataan sebegitu.
“Oh,kalau begitu baiklah.Kami menghadapai masalah kerana wad biasa sudah penuh.Syukurlah kalau encik mahu ruang vip.Kamu berdua sangat secocok.Saya keluar dulu,cik,”kata nurse itu lalu tunduk hormat dan mengukirkan senyuman.Mereka berdua saling berpandangan.
“Kau jangan nak perasan!Kau tu tak layak jadi makwe aku sampai bila-bila.”Alif Azmi dengan bangganya berkata begitu.
“Kau ingat aku heran sangat ke dengan kau?Kesian dengan tunang kau dapat mamat gagak macam kau ni,”kata Iylia tidak mahu kalah lalu dia menginjak ke hadapan untuk makan.Ketika ingin makan,dia terlanggar sudu dan garfu lalu jatuh.Iylia Liyana mati akal bagaimana mahu mengambilnya,dia memandang lelaki itu.”Arghh!turun jelah bukannya sakit sangat pun badan aku ni.”
       Iylia Liyana turun dari pembaringannya walaupun kesakitan yang dirasa harus ditahan dan dia cuba mengambil sudu dan garfu itu,tiba-tiba kepalanya terhantuk dengan Alif Azmi.”Aduh!sakitlah kepala aku ni.Lain kali nak mintak tolong cakap jelah.Berlagak bagus,”kata Alif Azmi lalu bangun dan mengambil sudu garfu itu.
“Kau nak pergi mana?Bagi sini sudu dan garfu tu!Aku nak makan,”jerit Iylia Liyana.
“Dasar keras kepala!”Alif Azmi mengomel lalu ke tandas untuk membasuh sudu dan garfu kerana takut pekerjanya dijangkiti kuman.Dari segi luaran Alif Azmi tampak seperti seorang yang angkuh tetapi dia memiliki sifat yang penyayang kerana sifat itu selalu diterap oleh Puan Aliah.Iylia Liyana makan dengan perlahan sesekali Alif Azmi mengacau dia sedang makan.Iylia Liyana mengetuk tangan Alif Azmi supaya tidak menganggunya makan namun lelaki itu hanya tersenyum puas dan tidak berhenti mengacau Iylia.Alif tergelak besar kerana berjaya mengenakan perempuan yang memiliki tubuh yang sederhana dan kurus yang berada hadapannya.








Bab 5
“Betul ke apa yang awak katakan tadi di dalam bilik?”tanya Puan Aliah kepada Nur Athirah ketika keluar dari bilik itu.
“Ya,puan.Mak Iylia kerja sebagai ibu ayam di bandar.Iylia tidak tahan dengan perangai ibunya jadi Iylia larikan diri,Puan.”
“Tapi hari tu bukan awak kata yang mak dia terpesong sebab benda lain.Kenapa sampai boleh jadi macam tu sekali?”tanya Puan Aliah lagi.
“Saya tidak pasti.Hal ni saya dapat tahu apabila saya mengikuti Iylia dari belakang setelah pulang kerja,”jelas Nur Athirah.Puan Aliah berasa sangat terkejut dengan berita yang baru didengar ini setelah mendapat kesahihan kerana tadi terpotong akibat Iylia Liyana sudah terjaga.
“Saya akan bagi cuti untuk awak dalam dua hari ini untuk jaga Iylia,”kata Puan Aliah setelah membuat keputusan tanpa berbincang dengan dahulu dengan anaknya.
“Tapi…puan.Encik Alif tidak marah ke?”tanya Nur Athirah heran.
“Ini arahan daripada saya.”Puan Aliah berkata dengan tegas.Dalam dirinya,dia betekad untuk menolong pekerja kesayangannya itu.
“Baiklah,puan.Puan,boleh saya tanya sesuatu?”
“Hmmm…tanyalah,”balas Puan Aliah yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya.
“Mengapa puan tinggalkan Iylia dengan anak puan? Saya tanya sebab takut tunang Encik Alif akan nampak mereka berdua.”Nur Athirah memberanikan diri untuk bertanya soal mereka berdua kerana dia begitu pelik mengapa tiba-tiba Puan Aliah seperti mahu menyatukan mereka sedangkan Alif Azmi sudah pun menemui kekasih hatinya.
“Airina sudah balik,tak ada apa yang perlu dirisaukan.Saya nak Alif kenal rapat dengan Iylia supaya senang mereka bekerjasama nanti,”jawab Puan Aliah dengan muka yang serius.Tapi sebenarnya kalau ikutkan hati,dia mahu menjodohkan gadis itu dengan anak lelaki yang segak bergaya yang masih memakai kot sejak dari tadi.
Nur Athirah bingung,dia memandang ke bawah dan memikirkan kejadian sebentar tadi.Setahu dia,kawannya itu tidak suka akan boss barunya malah menggelar Alif Azmi dengan panggilan yang teruk.Sebelum keluar bilik tadi,Nur Athirah takut peperangan antara dua manusia itu bermula sebab dia tahu Iylia Liyana tidak suka orang mencari gaduh dengannya dan dia tak akan mengaku kalah selagi dia tak menang perang mulut itu.Pernah suatu ketika dia bergaduh dengan pelanggan lelaki di kedai roti itu sampaikan lelaki tersebut tidak mahu datang kembali akhirnya baru lelaki itu sedar yang dia benar-benar salah dan Iylia Liyana tersenyum puas.Nur Athirah senyum sendiri bila kenangan itu terbit di mindanya.

Deringan telefon Puan Aliah,mematikan lamunan Nur Athirah.Kelihatan Puan Aliah tergesa-gesa bangun dan meninggalkan meja makan tersebut.Nur Athirah bingkas bangun dan membontoti Puan Aliah dari belakang.Dia menjadi pusing dan runsing kerana perlu mengikut sahaja majikannya tanpa mendengar arahan dari Puan Aliah.Setelah sampai,ternyata Iylia Liyana sudah pun berada di ruang vip.Sekali lagi,dia menjadi orang yang jadi tunggul di situ.
“Ma,semua urusan Alif dah buat ikut apa yang mama suruh.Alif dah lambat nak solat ni.Lepas ni kita balik ya?”Alif Azmi bercakap dengan maknya sejurus mereka sampai.Cuaca di luar sudah mahu senja,Alif memikirkan yang dia sudah lewat untuk solat dan penat untuk berada lama-lama di hospital.Dia menyinsingkan bajunya sampai ke siku dan terus keluar.
“Okay,Alif.Surau ada di depan lif,”kata Puan Aliah dengan suara yang tenang.Dia berasa sangat bersyukur anaknya masih ingat pesanan dia.”Ingat Alif,solat adalah wajib bagi kita sebagai orang Islam dan untuk berjaya selalulah berdoa dan mendampingNya.Berkat dan rezeki semua datang daripadaNya,jadi jangan tinggalkan solat dan jangan lupa baca Al-Quran supaya hati tidak mudah jadi gelap dekat sana sebab mama tahu di negeri orang banyak halangan dan rintangan untuk kita,Alif.”Sehingga kini Alif Azmi hidup dalam kejayaan walaupun ada segelintir dugaan yang perlu dihadapi namun kerana mengikut pesanan ibunya itu,dia berasa bahagia.
Nur Athirah mendengar sahaja perbualan dua beranak itu dan saling memandang antara satu sama lain dengan Iylia Liyana.Iylia Liyana terkesima.”Aku tersalah dengar ke? Adakah memang sifat dia begini?”
“Iylia,Iylia!”
“Eh, maaf mak cik.Iylia khayal tadi,”kata Iylia dengan perasaan serba salah dan dia tidak tahu bagaimana mahu menutup perasaan itu kerana dia takut disalah anggap oleh Puan Aliah.Iylia Liyana takut kalau boss lamanya itu memandang serong terhadapnya.
“Tak apa-tak apa.Mak cik Cuma nak bagitahu yang mak cik nak balik selepas Alif solat.Athirah akan temankan Iylia sepanjang Iylia tinggal di sini.”
“Baik,mak cik.Terima kasih sebab selalu jaga saya selama saya bekerja dengan mak cik.Saya minta maaf kerana sudah banyak menyusahkan mak cik.”Iylia Liyana memandang sayu dan salam tangan Puan Aliah,dia berasa sebak kerana majikan yang selama ini menjaganya sudah tiada dan dia tiada tempat lagi untuk tumpang berkasih sayang.
“Jangan cakap macam tu,Iylia.Mak cik dah anggap Iylia sebagai anak sendiri dan mak cik tak kisah pun untuk bersusah demi Iylia,”kata Puan Aliah lalu memeluk Iylia Liyana ke dakapannya.Iylia Liyana tidak dapat tahan perasaan lalu air matanya mengalir dan menangis teresak-esak.Nur Athirah bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menggosok belakang badan kawan baiknya itu.Dia juga dapat rasakan bagaimana kepahitan hidup temannya dan tanpa dipinta secebis air yang tulus juga jatuh kerana melihat situasi yang menyedihkan itu.
“Sabar ye,Iylia.Mak cik akan sentiasa akan lawat Iylia walaupun mak cik tak kerja di situ lagi sebab mak cik kena pantau juga perkembangan syarikat itu.”Puan Aliah menenangkan pekerjanya itu,hatinya juga tidak sanggup melihat Iylia Liyana menangis begitu.Perasaan yang dirasainya itu terpaksa ditahan kerana dia mahu Iylia melihatnya sebagai seorang yang tabah.



“Boss! Boss! Kenapa tak masuk?”
“Awak rupanya,Athirah.Dah lama ke awak dekat sini?”tanya Alif Azmi cemas.
“Saya baru je keluar.Puan suruh saya balik dahulu,ambil baju di rumah,”jawab Nur Athirah tenang.Dia begitu terkejut apabila melihat Alif Azmi sedang berdiri di tepi pintu sangkanya tuan barunya itu belum selesai solat lagi.Perasaannya menjadi tidak keruan kerana kejadian tadi.Pandangan Alif Azmi pasti berubah terhadap Iylia Liyana dan tuduh kawannya itu lemah.Nur Athirah runsing.Dia bertindak hanya mendiamkan diri bagi keadaan tidak menjadi tegang.
“Siapa izinkan awak cuti?”tanya Alif Azmi.
“Errrr…Puan Aliah.”jawab Nur Athirah dengan gementar. “Ikut saya sekarang!” Alif Azmi berang kerana mak dia membuat keputusan tanpa berbincang.Pekerjanya hanya ikut dan tunduk sahaja.Kelihatan Puan Aliah dan Iylia Liyana sedang berbual mesra.Apabila pintu terkuak,mereka berdua tersentak.
“Kenapa ni,Alif?”tanya Puan Aliah.
“Saya tak faham dengan mama.Mama suruh Alif gantikan tempat mama tapi mama minta pekerja mama permanent ni bercuti.Mama ingat Alif mampu handle seorang ke?” marah Alif Azmi tanpa mempedulikan Iylia Liyana yang sedang mencebik.”Besar je badan tapi hati kecil.Kelakar betul mamat ni,”kata Iylia Liyana dalam hati dan tersenyum-senyum.
“Apa senyum-senyum?”jergah Alif pada Iylia.
“Eh,mana ada.Perasan!” Iylia Liyana menutup mukanya dengan bantal untuk berselindung lalu dia menyambung kembali tawanya yang bersisa.
“Sudah-sudah kamu berdua ni.Alif kena faham yang mama Cuma risaukan Iylia tinggal seorang sebab tu mama minta Athirah jaga Iylia,”jelas Puan Aliah bagi menenangkan perasaan anak lelakinya itu.
“Iylia ni bukan kecik lagi,pandailah dia nanti nak jaga diri sendiri.Ma….Alif baru je pertama kali kerja dekat tempat mama tu dan masih tak tahu macam mana nak kerja sepenuhnya di Kedai Roti mama tu sebab Alif kena buat connection dengan syarikat.Jadi Alif memerlukan wakil ketua untuk tolong Alif dan Alif rasa Athirah paling layak.”Alif Azmi mulai reda dan terang satu per satu supaya tidak ada kekeliruan dengan ibunya.
“Eh dia ni,cakap main sedap mulut je.Tak sedar diri!Perangai diri sendiri yang macam budak kecik tapi salahkan orang pulak,”ngomel Iylia Liyana sambil menepuk bantalnya buat-buat tidak Nampak Alif Azmi di hadapannya.
“Apa awak cakap,Iylia?”tanya Alif Azmi tidak puas hati.Iylia Liyana membatukan diri tanpa bersuara.Puan Aliah bersuara supaya Alif Azmi tidak menyambungkan kemarahannya.“Macam mana dengan Iylia?”tanya Puan Aliah untuk dapatkan kepastian.
“Habis kerja Alif datang sini dengan Athirah,”kata Alif Azmi tenang tanpa memikirkan Nur Athirah yang sedang berdiri di sebelah Iylia Liyana.
“Tak apa,boss.Saya akan pergi sendiri dari sini sebab saya kena jaga Iylia waktu malam,”balas Nur Athirah bersahaja walaupun dalam hatinya berasa gementar apabila majikan barunya itu mahu dia mengikutnya.
“Kalau macam tu lagi bagus,”jawab Alif Azmi lalu mengambil kot dan tali lehernya yang disidai dari tadi dan terus beredar keluar.“Ish…Alif ni bukan nak minta izin dulu.”Puan Aliah mengomel sendiri dan menggelengkan kepalanya melihat perangai buruk anak sulungnya itu.
“Iylia.Mak cik balik dulu.Jangan lupa makan ubat dan makan tepat pada masanya.Oh ya.pedas-pedas pun jangan makan untuk sementara waktu ni,”pesan Puan Aliah.

“Baik mak cik.Hati-hati,”kata Iylia Liyana.Dia membuka bantalnya ketika Alif Azmi sudah tiada,dia tidak mahu melihat lelaki sombong itu memandang keaadannya yang sakit itu.Nur Athirah juga meminta diri untuk membeli makanan tambahan di lobi.

Monday, July 22, 2013

Roti dan Mentega 4

 Sementara menunggu anaknya untuk datang kembali, Puan Aliah membaca majalah yang dibelinya tadi.Tiba-tiba pintu terkuak,kelihatan Nur Athirah sedang berdiri di situ dengan tersengih.
“Athirah,masuklah ke dalam.Buat apa jadi tunggul dekat situ,”kata Puan Aliah sejurus dia menoleh kerana mendengar pintu.Nur Athirah datang mengahampiri majikannya.
“Puan,Iylia dah tidur lama ke?” tanya Nur Athirah setelah menjenguk Iylian Liyana.
“Baru je.Saya terdengar dia nangis tadi,”balas Puan Aliah.
“Kenapa?”
“Dia tanya dekat saya,kenapa saya layan dia baik.Dia minta untuk tidur tapi tak sangka pulak dia akan menangis,”jawab Puan Aliah.Walaupun dia berasa sangat susah hati ketika mendengar Iylia sedang nangis tetapi Puan Aliah tidak mahu menganggu pekerjanya.
“Saya dapat rasakan Iylia terkenangkan ibunya.”Perasaan Nur Athirah kuat mengatakan yang temannya masih ingatkan ibunya kerana dia melihat Iylia Liyana monolog tentang ibu dia setiap malam.Lebih-lebih lagi ketika keadaan Iylia seperti ini sudah tentu dia mahu perhatian dari ibu seorang bergelar ibu.
“Saya juga rasa begitu,”jelas Puan Aliah.Nur Athirah tidak mahu berahsia lagi tentang perangai sebenar ibu Iylia Liyana kerana dia begitu kesian melihat keadaan teman baiknya.Ketika mereka berbual berdua,Iylia Liyana sudah pun terjaga dan dia hanya memasang telinga.Apabila namanya diperkatakan oleh mereka,dia terus bersuara.
“Ira……”
“Eh,kawan aku dah bangun!”Nur Athirah terus bangun dan duduk di atas kaki Iylia Liyana.
“Ahhhh!”Iylia Liyana menjerit kesakitan.
“Kenapa,Iylia?”Puan Aliah terus bangun dan melihat keadaan Iylia Liyana.Tanpa berkata apa-apa,Nur Athirah terus keluar mendapatkan doktor yang merawat Iylia Liyana tadi.Sekembalinya Nur Athirah dan doktor yang memiliki paras rupa yang kacak itu,air mata Iylia Liyana sudah berjurai.Setelah doktor itu periksa didapati kaki Iylia Liyana  hanya terseliuh.Nur Athirah berasa heran bagaimana kaki Iylia Liyana sakit.
“Macam mana boleh jadi macam ni,”marah Nur Athirah.
“Relax,cik.Kaki kawan cik ni hanya terseliuh sahaja.Dia akan okay selepas ini,”kata doktor itu menenangkan Nur Athirah.
“Saya cuma risau je,Doktor Ashraf,”jawab Nur Athirah tenang sambil senyum sipul memandang ke arah doktor itu.
“Aik…macam mana awak boleh tahu nama saya?”
“Tag nama tu bukan nama doktor ke?”balas Nur Athirah selamba.
“Oh ya.Baru saya teringat,”jawab Doktor Ashraf lalu tersenyum manis.Kelihatan lesung pipit di kedua pipinya.Nur Athirah juga tersenyum.Iylia Liyana memandang mereka dengan geram kerana dia diendahkan oleh kawannya baik.
“Mak cik,bawak Iylia keluar boleh?”
“Iylia nak pergi mana?”tanya Puan Aliah cemas sebab muka Iylia Liyana kelihatan masam.
“Keluar daripada keadaan sedang berbunga dekat sini,”perli Iylia Liyana.
“Puan,tak apa.Saya akan jaga dia.Saya nak brainwash dia kejap lagi,”sampuk Nur Athirah sambil menjeling Iylia Liyana.Doktor Ashraf lalu meminta diri untuk memangil misi untuk memindahkan Iylia ke wad biasa.
“Iylia,Athirah.Mak cik pergi solat dulu.Asar dah nak masuk ni.Nanti tolong beritahu Alif,ya.”Puan Aliah bersuara bagi meleraikan pergaduhan yang akan tercetus.
“Baiklah,mak cik.,”jawab mereka serentak.Setelah Puan Aliah keluar,Iylia Liyana berlakon tidur kerana dia merajuk dengan Nur Athirah.
“Iylia,aku tahu kau tak tidurkan?”
“Kau nak apa?Pergilah dekat buah hati kau.Aku penatlah,”kata Iylia Liyana lalu dia menarik selimut sambil menutup mukanya.
“Iylia….please.Dengarlah aku cakap ni.Aku tahu kau marah dekat aku sebab layan doktor tu.Aku minta maaf,okay?”Iylia Liyana hanya mendiamkan diri sahaja.Dia langsung tidak membuka selimutnya.Nur Athirah mati akal tidak tahu bagaimana mahu membuat Iylia bercakap dengannya kembali akhirnya dia tahu cara yang membuatkan Iylia suka dengan topik tersebut.
“Aku sebenarnya dah jatuh hati dekat doktor,”bisik Nur Athirah.
“Betul ke?Kau nak aku tolong,tak?”
“Mana adalah.Aku tipu je,Kau dah terkena!”balas Nur Athirah dan mengeyitkan matanya.Perangai Iylia Liyana memang suka kalau bab orang yang lagi jatuh cinta kerana dia mahu jadi orang tengah tersebut dan menjadi heroin.Apabila mendengar kawannya begitu,dia berasa gembira dan Iylia berazam untuk menyatukan Nur Athirah dengan lelaki yang disukai oleh temannya itu.
“Eeee….kurang ajar punya perempuan,”kata Iylia Liyana sambil memukul bahu Nur Athirah.
“Iylia macam mana kaki kau boleh terseliuh ni?”tanya Nur Athirah.
“Perempuan sihir tu halang aku nak masuk kedai.”Iylia Liyana membalas dengan bersahaja.Dia tidak mahu lagi memikirkan lagi sebenarnya tapi disebabkan Nur Athirah membangkitkan soalan begitu,dia sendiri terjerat.
“Perempuan sihir?Siapa?”
Iylia Liyana tidak pasti sama ada mahu menjawab atau tidak kerana dia takut ada yang mendengarnya dan boleh jadi pergaduhan antara tunang boss yang baru dan Puan Aliah.Lalu dia memberitahu Nur Athirah untuk diberitahu setelah pulang ke rumah.Ternyata apa yang disangka oleh Iylia Liyanan itu benar.


     “Rin,Alif tak salah dengarkan.Apa yang budak tomboy tu cakap?”Alif Azmi terkejut apabila dia mahu membuka pintu.Perasaan Alif Azmi sedang bercampur baur sama ada mahu percaya atau tidak.Dia memandang Airina Batrisya dengan geram.Tekaan Alif Azmi benar bahawa Airina Batrisya yang buat kerana dia baru teringat tunangnya asyik minta mahu pulang dan tidak mahu bertemu dengan Iylia Liyana.
“Bukan Rin yang buat.Mungkin dia terjatuh sendiri,”jawab Airina Batrisya dengan nada yang gementar.Sekali lagi perangai Airina Batrisya bakal terbuka dengan luas.Dia cuba sembunyi dari kesalahannya.Namun semua itu hanya angan semata-mata kerana Alif Azmi dapat menghidunya.’
“Rin,jangan nak cuba tipu Alif.Kalau bukan Rin yang buat,siapa lagi?Setahu Alif,Rin jalan belakang Alif,”tegas Alif Azmi.Muka dia berubah jadi merah.Dia pantang kalau ada yang mencuba tipunya lebih-lebih orang yang dia sayang selama ini.Ketika Airina Batrisya cuba untuk menjawab,bakal mak mentuanya datang menyapa mereka.
“Alif,Rin.Kenapa terjegat dekat sini?Kenapa tak masuk?”
“Nasib baik perempuan tua ni datang.Kalau tidak habis rahsia aku,”kata Airina Batrisya dalam hati.
“Alif nak masuklah ni,”jawab Alif Azmi pantas lalu membuka pintu.Airina Batsriya masih berteka-teki sama ada mahu masuk atau tidak.Dia tidak mahu ditanya lagi dan meminta maaf kepada perempuan yang dibencinya itu.Airina Batrisya meminta diri kepada bakal mak mentuanya setelah Alif Azmi sudah pun melangkah masuk ke bilik kecemasan itu.
“Ishhh!Asal mamat gagak ni mesti ada dekat sini,”kata Iylia Liyana perlahan.Namun suaranya didengari oleh Nur Athirah.
“Kau ni,macam-macamlah.Tadi perempuan sihir sekarang mamat gagak pulak.Siapa mamat gagak ni?”
“Diamlah.Dia ada dekat belakang kau,”kata Iylia Liyana lalu menutup mulut temannya itu.Nur Athirah menoleh dan tertanya dia terkejut kerana Iylia memanggil boss barunya yang sedang sandar di dinding sambil memasukkan tangan ke dalam kocek.“Boss!”Nur Athirah memanggilnya dan dia beralih dari tempat yang dia duduk di kaki Iylia Liyana.
“Ya,kenapa?”Ali Azmi dengan selamba datang ke arah Iylia Liyana duduk di sebelahnya.
“Dasar lelaki bajet handsome berlagak macam dia ni kenal aku.”Iylia Liyana menyumpah dalam hati dan kini hatinya geram kembali kerana terkenang perangai kebudak-budakan boss barunya itu.Sekali lagi Puan Aliah masuk setelah dia habis berurusan dengan Airina Batrisya.
“Alif dan Iylia.Kamu berdua berbuallah dulu.Mama nak pergi makan dengan Athirah,”kata Puan Aliah sambil memandang Nur Athirah supaya pekerjanya itu dapat isyaratnya.
“Tapi…mak cik.Saya nak…”.Belum sempat Iylia menghabiskan kata-katanya,Nur Athirah sudah menyampuk.
“Jomlah,Puan.Saya pun dah lapar ni,”kata Nur Athirah lalu memegang tangan Puan Aliah.Mereka berdua pun terus meninggalkan dua insan yang sedang dalam keadaan dingin itu.Tanpa sepatah kata,Iylia Liyana terus membuka selimutnya dan ingin turun dari katilnya.Namun sedikit lagi dia mahu terjatuh dan sempat ditangkap oleh Alif Azmi.Mereka saling berpandangan.Jantung Iylia Liyana mula berdegup kencang dan perasaan yang sama juga turut dirasai lelaki yang rambut belah tepi agak keperangan.
“Kau nak pergi mana?”
“Aku nak ke tandaslah,”jawab Iylia Liyana geram walaupun dia tahu itu majikan barunya dan mungkin bakal dipecat akibat berbahasakan diri begitu tetapi dia tidak mahu tunduk terhadap lelaki ini. “Kau sedar diri kau tu siapa?Nak cakap aku kau dengan aku.”Alif Azmi juga tidak mahu mengalah lantas memarahi Iylia Liyana.

“Aku tahulah!Tepi sikit!Aku nak jalan.”Iylia Liyana cuba sedaya upaya menahan sakit di perutnya dan menggagahkan diri menolak Alif Azmi sampai terjatuh.Muka Alif Azmi bertambah merah dan dia menjadi berang.“Perempuan ni memang nak kena dengan aku,kau masuk kerja nanti.Tunggulah keseksaan kau,”kata Alif Azmi dalam hati lalu gelak seorang diri.Dia melihat Iylia Liyana jalan terhenjut-henjut untuk ke tandas lalu Alif Azmi terus mencapai pergelangan tangan Iylia Liyana dan memimpinnya ke tandas.

Tuesday, June 25, 2013

JODOH

Ku ingin sekali memilikinya namun jurang antara kami sgt besar dan membuatku harus berhenti terus bersamanya.Ku cuba pertahnkan hubungnku dgn dia sehingga ku temui seorang pengganti dari dia dan silapku juga kerana menyuruh mencari yg lebih baik dariku dahulu dan memberitahuku siapakah pemilik hatinya yg baru tp apa yg ku dapat,dia menyembunyikan berita itu dan lebih parah lagi dia hanya tngglku begitu sahaja.Hatiku mula sakit dan asyik memikirkannya saban hari sampai satu saat aku merayu padanya untuk membri ucapan terakhir utkku dan dia hanya kata,'kita dah tak ada apa-apa'.Jadi ku sudah apakah jawapannya dan jawapan itu aku wajib berundur.Kepada insan tersebut,SAemoga bahagia dengan jodoh anda.Di sini selalu menantimu walau hakikatnya  itu susah utnuk menerimamu kembali.Aku akn cuba bertahan dan mencari yg lebih baik dan beriman....amin...Kepada yg diluar sana,hargailah pasangan anda dan pilihlah seorang yg hbngnnya ukt sepnjg hayat bkn sekadar berfoya-foya.Insya Allah,Allah will lead your way.Dan jika kau putus dgn pasangan itu walaupun sakit mana pun.Cubalah redha dan hatimu akn kembali tenang kembali.Allah lebih mengetahui Jodoh kita siapa sebenarnya jadi percayalah kpdnNya bhwa yg baik itu pasti akn dpt yg baik.Berharaplah,percayalah dan berdoalah suatu hari kau akn dapaty jodoh yg tertulis utkmu.Doalah jalan penyelesaian terbaik.Semoga anda semua di luar sana jumpa jodoh yg boleh membimbing anda ke Syurga.Amin.








Jodoh itu Rahsia Allah,

Sekuat apa kita setia,

Selama apa kita menunggu,

Sekeras apa kita bersabar,

Dan sejujur apa kita menerima kekasih kita.

Jika Allah tidak menulis jodoh kita dengan kekasih kita,kita tidak akn bersama.




Dipetik dari: Sinetron Jodohku.

Sunday, May 19, 2013

Roti dan Mentega 3


Keadaan menjadi tegang apabila di dalam kereta. Puan Aliah memangku Iylia Liyana yang tidak sedar manakala Alif Azmi mendiamkan diri menahan marah terhadap tunangnya. Walaupun sudah setengah perjalanan,dia masih tidak mahu bersuara dan memandang Airina Batrisya.  Airina Batrisya sesekali memandang ke kanan tetapi orang di sebelahnya langsung tidak membalas pandangannya.Dia berasa bersalah dan tidak selesa dengan keadaan itu,akhirnya mendapat idea bagaimana mahu menjelaskan keadaan yang berlaku tadi
“Rin,minta maaf,Mak Cik. Mungkin sebab terlalu cemburu tengok Abang Alif dengan Iylia.”
“Okay,tapi kamu sepatutnya sudah faham dengan situasi. Jangan bertindak melulu.”
“Baiklah,Aunty.”Airina Batrisya memandang kearah sebelah kelihatan Alif Azmi hanya membatukan diri .
“Mak Cik harap Airina tidak ulang perkara yang sama lagi.”
“Ya,Aunty. Rin akan cuba”
“Kalau cuba tapi buat lagi. Taka da guna kalau macam tu,” kata Alif Azmi.
“Sudahlah tu Alif. Jangan besarkan hal ni. Bawa kereta tu elok-elok ,pandang depan.”Puan Aliah meredakan situasi sebelum menjadi lebih teruk lagi. Perjalanan ke hospital diteruskan walaupun keadaan menjadi suram.

“Cepat,Alif! Bawa Iylia pergi ruang kecemasan nanti terlambat,”arah Puan Aliah walaupun masih berada di dalam kereta.Tanpa sepatah kata,Airina Batrisya terus menggantikan tempat duduk tunangnya walaupun hati dia sakit melihat Alif Azmi menolong wanita lain.Alif Azmi dengan pantas mengangkat Iylia Liyana. Keadaan di hospital besar itu begitu sesak dikerumuni oleh orang ramai.Dia terpaksa berlari dengan sekuat tenaganya untuk sampai ke ruang kecemasan dan akhirnya dia sampai di situ dengan mengah.
“Nurse,tolong kawan saya ni! Dia pengsan sejak dari tadi lagi,”kata Alif Azmi dengan cemas.
“Baik,encik.Encik sila tunggu di ruang menunggu.Nanti saya akan panggil encik bila sudah siap,”kata misi itu dengan tenang.Alif Azmi dengan perasaan berbaur kecewa lalu berjalan menuju ke arah  tempat yang disuruh.Dia dengan perlahan melabuhkan punggungnya di tempat ruang yang kosong.
“Aduh,kalau aku tahu jadi macam ni aku tak akan bertindak melulu.Argh!”jerit Alif Azmi di dalam hati sambil menolak rambutnya ke belakang.
“Kenapa dengan you?” tanya orang yang baru datang lalu duduk di sebelahnya.
“ You rupanya,terkejut I.Bila you dengan mama sampai?”tanya Alif Azmi dengan nada terkejut. Kelihatan mak Alif Azmi sudah duduk sebelahnya.
“Waktu you mengelamun tadi.Kenapa you mengelamun?” tanya Airina Batrisya untu dapatkan kepastian.
“Tak ada apa-apalah,”jawab Alif Azmi bersahaja.
“Alif,doktor kata apa?”Puan Aliah mencelah.
“Belum lagi keluar, mama. Mungkin lama lagi nak kena check,” jawab Alif Azmi dengan nada yang perlahan.
“Oh, okay. Alif mesti penat angkat Iylia.Rin, pergi teman tunang kamu pergi makan dah petang ni.Aunty tunggu di sini.”Puan Aliah mengarahkan bakal menantunya memandangkan pertelingkahan mereka tidak reda lagi.


Mereka berdua lalu pergi ke medan selera. Alif Azmi masih memilih tidak mahu berbicara kerana takut terjadi apa-apa terhadap Iylia Liyana disebabkan dia manakala Airina Batrisya pula tidak berani berkata kerana takut dimarahi lagi.Setelah sampai di medan selera,mereka memilih tempat yang tersorok daripada pandangan orang.
“Alif, what you want to eat?” Airina Batrisya cuba memberanikan diri untuk bertanya kerana dia tahu,Alif Azmi kalau tiada mood dia akan mengeluarkan bara apinya yang panas.
“Just buy anything. Don’t forget to buy for my mum,”arah Alif Azmi dengan masam mencuka.Airina Batrisya terus pergi membeli makanan kegemaran Alif Azmi iaitu kuetiow goreng.Alif Azmi masih rasa bersalah dan dia takut untuk bertemu Iylia Liyana pasti perempuan itu menyalahkannya.Beberapa minit kemuadian, Airina Batrisya sampai membawa hidangan,kelihatan Alif Azmi menundukkan wajahnya dengan menutup mata.
“Alif,.You tidur ke?tanya Airina Batrisya dengan perlahan.
“Tak adalah.Cuma penat sikit je. Rin belikan apa untuk Alif?
“Kenapa you tiba-tiba nak tukar panggilan?”
“Alif rasa kita patut guna panggilan biasa je lagi pun lagi berapa bulan kita nak kahwin kenalah selalu biasakan,”jelas Alif Azmi.Tujuan sebenarnya ialah dia tidak mahu teman-temannya memandang bakal isterinya seorang yang manja dan gedik.
Airina Batrisya berfikir sejenak.Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu dipanggil seperti begitu keranan baginya panggilan tersebut adalah kolot.”Hmm…kalau macam itu yang Alif nak, Rin ikut je. Alif kan bakal suami, Rin,” jawab Airina Batrisya sambil mengukirkan senyuman.
“Betul tu. Macam nilah tunang Alif pandai memahami hati orang,”puji Alif Azmi dengan mengenyitkan mata sebelah kanan. Perasaan yang gelisah tadi dibuang jauh-jauh kerana dia tidak mahu tunangya mengesyaki dia masih berfikir tentang pekerja barunya itu.
“Malu I, you buat macam tu.”Alif Azmi membuntangkan matanya apabila Airina Batrisya menyebut benda yang sama.
“Opps,sorry. Rin akan cuba sesuaikan diri. Okay,sayang?” Perasaan Airina Batrisya begitu kecewa kerana Alif Azmi tidak memhaminya.


“It’s okay. Take your time.” Tanpa menghiraukan Airina Batrisya yang sedang dalam keadaan marah dan kecewa, Alif Azmi terus menyuap makanan yang sudah lama terhidang di hadapannya. Airina Batrisya turut makan tetapi dengan perlahan mengunyah.Namun dia masih geram dengan karenah tunangnya.Mahu sahaja dia melaksanakann rancangan yang sudah dirancang itu.”Ish,lelaki ni memang selalu bikin hati aku panas,”katanya dalam hati sambil merenung tepat Alif Azmi.Alif Azmi makan dengan penuh kesungguhan akibat tenanganya sudah lemah kerana mengangkat Iylia Liyana.


Di sisi lain,Puan Aliah sedang menunggu dengan penuh debaran.Perasaan yang dirasainya sama seperti ketika suaminya masuk hospital buat pertama kali.Dia mundar mandir di hadapan wad kecemasan kerana terlalu risau.Setelah setengah jam menunggu,akhirnya doktor yang merawat Iylia Liyana keluar dari wad kecemasan.
“Siapa Alif Azmi bin Ahmad?”
“Saya emak dia.Bagaimana dengan pekerja saya?”
“Dia mengalami sakit appendix. Kami sudah membuat pembedahan dan  saya akan tahan dia dalam masa 3 hari untuk membuat pemantauan. Puan,boleh masuk sekarang tetapi sebentar lagi saya akan suruh Nurse pindahkan pekerja puan ke wad biasa,”kata doktor dalam lingkungan 20  tahun itu.
“Alhamdulillah,Iylia tidak apa-apa.Kalau begitu,terima kasih doktor.”Setelah mendengar penjelasan doktor,Puan Aliah berasa lega lalu dia terus membuka pintu.Kelihatan Iylia Liyana sudah sedar dan memandang ke arahnya dengan mata yang kuyu dan mukanya turut pucat.Puan Aliah mengambil tempat,duduk di sisi pekerjanya.
“Iylia dah rasa okay?” tanya Puan Aliah sambil membetulkan selimut.
“Hmmm…okay sikit,mak cik.” Iylia Liyana cuba menjawab walaupun perutnya terasa pedih.
“Minumlah sikit air milo ni bagi perut Iylia kenyang.”Puan Aliah membetulkan katil agar senang untuk menyuap Iylia Liyana.Berbaloi air milo yang dibelinya ketika menunggu kerana hasratnya untuk minum.Akibat terlalu risau,Puan Aliah hanya menyimpannya sahaja.Ketika Iylia Liyana sedang minum,dia berasa pelik melihat Puan Aliah melayannya begitu baik.
‘“Mak cik….,”panggil Iylia Liyana dengan nada yang sayu.
“Ya,Iylia.Iylia sakit lagi?Mak cik panggilkan doktor,”tanya Puan Aliah cemas.Puan Aliah bangun untuk keluar.
“Tak ada apa-apa,mak cik.Cuma Iylia nak tanya sikit,boleh tak?”
“Nasib baik Iylia taka da apa-apa.Mak cik risau sangat tadi.Iylia nak tanya apa?”
“Kenapa mak cik layan Iylia begitu baik sekali?Sedangkan Iylia hanya seorang pekerja sahaja.”Iylia Liyana tanya dengan penuh berhati-hati.Puan Aliah memandang pekerjanya dengan sayu dan dia mengukirkan senyuman.
“Sebenarnya mak cik dah anggap Iylia macam anak sendiri.Iylia sendiri tahu yang mak cik tak ada anak perempuan,”kata Puan Aliah tenang.Iylia Liyana mengangguk tanda setuju tetapi jawapannya itu tidak memuaskan hatinya namun dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan meminta diri untuk tidur.Lalu Iylia membetulkan posisinya memandang ke arah bertentangan dengan majikannya.Tanpa disedari air matanya jatuh apabila terkenangkan kebaikan Puan Aliah terhadapnya selama sebulan kerana dia tidak boleh menumpang kasih dan tiba-tiba dia teringat ibunya.”Mak,kenapa buat Iylia macam ni.Bukan ke sepatutnya seorang ibu mengasihi anaknya.Iylia perlukan mak….Iylia rindu mak.Mak berubahlah demi Iylia,”katanya dalam hati dan air matanya berderai bagaikan air hujan lebat yang mengalir.Puan Aliah menjenguk pekerjanya kerana dia mendengar esakan tangisan,apabila melihatnya Iylia Liyana sedang tidur.

Thursday, May 16, 2013

Tajuk akan ditukar

Atas sebab tajuk begitu common dgn keadaan sekeliling.Saya mahu tukar tajuk.Dan saya akan memilih tajuk itu ditukarkn kpd 

roti dan mentega

Tuesday, May 14, 2013

Teka teki

Masih berteka-teki sama ada mahu hantar atau tidak di penulisan2u.
Belum ada keyakinan lagi.
Bagi sesiapa yg baca post ni...please tngglkan comment.Adakah saya patut hantar atau tidak?

Ucapan pada semua

Terima kasih kerana sudi membaca Mamat Gagak vs Minah Kelapa.
 Saya amat terharu kerana semua sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. 
Sambungan akan diteruskan jikalau semua dapat tinggalkan comment dengan memberangsangkan.
Harap anda semua menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis satu hari nanti.


Terima Kasih Semua!

Thursday, April 4, 2013

Mamat Gagak vs Minah Kelapa 2


 Di dalam perjalanan ke restoran, Iylia Liyana hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar kepada mereka bertiga. Apabila Iylia memalingkan kepala memandang ke hadapan, matanya bertentang dengan bosnya yang baru. “Lelaki berlagak.harap muka je handsome tetapi perangai buruk. Kau ingat aku ada hati ke dekat kau?”Desis hati kecil Iylia.
“Boleh tahan jugak minah walaupun  tomboy tapi bukan taste aku.”Alif Azmi cakap di dalam hati dan sesekali matanya mencuri memandang Iylia Liyana. Iylia Liyana menjadi tidak selesa apabila lelaki yang dibenci kini sering melihat dia.
Setelah sampai, Iylia Liyana berjalan seperti biasa tanpa mempedulikan kakinya yang sakit dan berjalan belakang mereka bertiga. Ketiga-tiga mereka memilih pesanan daripada memakan nasi campur manakala Iylia berasa segan untuk meminta pesanan memandangkan dia hanya seorang pekerja.
“Iylia, kenapa tidak memesan makanan?” Tanya Puan Aliah dengan nada yang agak aneh.
“Tidak mengapalah,Puan. Saya memang sudah biasa makan begini,” Balas Iylia Liyana bersahaja.
“Sebenarnya dia malu tu,Mama. Dia kan pekerja sahaja mana boleh makan macam kita tak setaraf.”Alif Azmi tiba-tiba menyampuk percakapan mereka. Iylia Liyana memandang tepat ke arahnya dengan pandangan yang tajam. “Dasar lelaki suka berlagak tak kena tempat! Mamat Gagak!” Dia hanya memendam rasa dengan lelaki yang berlagak di hadapan belah kanannya.
“Alif,mama nak kamu minta maaf dekat Iylia. Kamu tak sepatutnya merendahkan dia. Iylia pun manusia biasa juga,”Tegas Puan Aliah.
“Tapi memang betul pun apa yang Alif cakap,”Balas Alif tidak mahu beralah.
Iylia Liyana makan hati dengan sikap bos baru dia. Kalau macam ni jawabnya aku memang kena buli setiap hari bila keja dibawah dia. Iylia Liyana berteka-teki sendiri nasibnya akan datang.
“Mama,tak nak anak Mama jadi sombong.”Puan Aliah masih tetap mahu membetulkan anak sulungnya.
“Ma,Alif bukan budak kecil lagi sampai Mama nak pesan Alif sampai macam ni sekali.”                                    Jawab Alif Azmi dengan nada yang kecewa. Dia berasa amat malu apabila ditegur di hadapan pekerja dan tunangnya.
“Kalau Alif dah tahu Mama punya peraturan. Alif tak akan buat macam tu dekat Iylia,”terang Puan Aliah .
Alif Azmi berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. “Okay , Mama. Alif minta maaf.”Airina Batrisya pula tidak berpuas hati dengan Iylia Liyana kerana tunangnya dimarahi oleh ibunya disebabkan Iylia. Dalam pada tidak sedar, dia menyepak kaki Iylia Liyana yang sakit itu.
“Ouch! Jerit Iylia Liyana dengan kuat dan membuat orang lain terkejut. Suasana yang agak tegang tadi menjadi kecoh secara tiba-tiba.
“Kenapa, Iylia?”tanya Puan Aliah dengan kalut .
“Tiada apa-apa,Puan. Maaf sebab tiba-tiba saya menjerit,”kata Iylia Liyana sambil menundukkan wajahnya. Ariana Batrisya hanya mendiamkan diri dan membuat muka tidak bersalah. Hari ini Iylia Liyana berasa begitu malang dan hatinya bagai dirobek oleh orang yang tidak dikenali tapi mahu mencari pasal dengannya. Nasib baik tahap kesabarannya masih tinggi. Kalau tidak sudah lama dia , membalasnya tanpa rasa hormat. Tapi dia sedar bahawa itu tidak akan membantu untuk menyelesaikan masalah melainkan dia hanya berdiam diri dan menjadi kuli.
“Iylia, lepas ini dan mulai saat ini,awak harus memanggil saya Mak Cik bukan lagi Puan Aliah.”kata Puan Aliah dengan lembut.
“Tapi kenapa,Puan?”tanya Iylia Liyana dengan bingung.
“Sebab awak bukan lagi pekerja saya,”balas Puan Aliah bersahaja.
“Mama tak patut bagi dia panggil mama macam tu.,”bantah Alif Azmi.
“Alif Azmi bin Ahmad! Berapa kali mama nak pesan. Airina,Aunty nak kamu nasihatkan Alif yang degil ini.”Kemarahan Puan Aliah tidak dapat ditahan lagi disebabkan kedegilan anak sulungnya makin menjadi-jadi apabila tamat sahaja pelajarannya di luar Negara.
“Baik,Aunty. Rin ,dah selalu dah pesan dekat dia tapi dia tak nak dengar,Aunty .”kata Airina dengan nada lenggok.
“Eh,you ni. Bila you pesan dekat I?”tanya Alif Azmi dengan terkejut. Serentak itu, raup wajah Airina Batrisya bertukar menjadi merah bagaikan ada tamparan hebat di pipinya. Iylia liyana menahan dirinya daripada senyum.”Baru kau tahu rasa macam mana dimalukan,”kata Iylia dalam hati kecilnya.Puan Aliah tidak selesa dengan keadaan yang berlaku.
“Kenapa dengan Alif hari ini?”
“Kenapa,apa?”
“Kenapa asyik cari gaduh dengan orang?”tanya Puan Aliah tidak puas hati. Riak muka Alif Azmi berubah menjadi merah dan geram apabila ibunya memperlakukan dia seperti budak.
“Ma,Alif bukan budak kecil lagi!Tolonglah faham ,”kata Alif Azmi lalu meninggalkan restoran itu. Airina batrisya mengejarnya dari belakang.
“Semenjak balik dari oversea ni Alif sudah berubah.Iylia,tolong bayarkan makanan. Mak cik nak selesaikan masalah ini.”Puan Aliah mengeluh dengan sikap perangai anaknya. Iylia liyana mengikut sahaja arahan yang diberi.”Menyusahkan betul mamat seorang ni.Dah tua Bangka pun perangai macam budak kecil,”keluh Iylia Liyana terpakasa menjadi pak turut.


“Alif! Alif! Alif!”jerit Puan Aliah.Alif Azmi menghiraukan panggilan itu.Kesabaran Puan Aliah sudah tidak tahan lagi.Dia berlari mendapatkan anaknya apabila Alif Azmi sudah berlari jauh dari restoran itu.Puan Aliah terus menyentap tangan Alif Azmi apabila dapat mengejarnya.Tunang Alif Azmi hanya berdiri kaku dan melihat gelagat dua beranak itu.
“Mama nak minta maaf sebab buat anak mama merajuk sampai macam ni.Mama mengaku yang memang mama selalu manjakan Alif tapi tak sepatutnya Alif menjatuhkan dan memalukan orang lain.Mama tak suka Alif bersikap macam tu,”terang Puan Aliah panjang lebar. Kereta yang berada ditepi jalan tidak diendahkan,masalah yang berlaku harus diselesaikan supaya tidak melarat.
“Tapi Alif bukan budak kecik yang kena tegur lagi-lagi dekat depan pekerja mama yang tomboy tu,”balas Alif Azmi tidak puas hati.
“Sebab Alif tak dengar cakap mama.Itu je cara yang ada kalau tidak Alif tak sedar apa yang mama pesan dan tolong jangan panggil Iylia macam tu.Berapa kali mama nak cakap macam mana keadaan Iylia sekali pun,dia manusia bukan haiwan untuk dihina.Haiwan pun nabi kita tak bagi hina.Mama tak nak nanti bila depan orang ramai Alif ulang perkara yang sama.”Puan Aliah menerangkan keadaan supaya Alif Azmi tahu kesilapan yang telah dia buat.Alif Azmi termenung memikirkan kesilapan dia.Baginya apa yang dikatakan oleh ibunya itu memang tidak boleh disangkal lagi dan dia sepatutnya menjaga reputasi di depan pekerja barunya.Akhirnya dia meminta maaf kepada ibunya dan pertelingkahan dua beranak itu selesai dengan baiknya.Mereka bertiga patah balik ke restoran itu bagi mendapatkan Iylia Liyana untuk pulang ke kedai kembali.


Tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki sedang berlari ke arah mereka.Mereka memandang dengan perasaan yang pelik.Setahu Puan Aliah,dia sudah membayar makanan yang dia pesan dekat Iylia Liayana.
“Mama tak bayar ke makanan tadi?”tanya Alif Azmi ringkas.Dia dan tunang juga berasa pelik.
“Mama dah suruh Iylia bayarkan.Mama pun pelik tak akan Iylia tak bayar,”jawab Puan Aliah resah.
“Alif dah agak.Dia tu tak boleh dipercayai,mama.Tengok apa dah jadi tak pasal-pasal kena kejar dengan budak pekerja restoran tu,”marah Alif Azmi sambil memasam muka dengan ibunya.
“Alif!Berapa kali mama nak pesan?”Puan Aliah juga turut sama meninggikan suara.Dia terus berjalan mendekati budak lelaki itu.
“Kenapa,dik?Saya dah suruh pekerja mak cik bayarkan.Ada masalah ke?”tanya Puan Aliah pelik.
“Bukan mak cik.Pekerja yang mak cik sebutkan tu dah bayar tapi sebenarnya.”Belum sempat budak lelaki itu merneuskan percakapannya,Alif Azmi memotong.
“Sebenarnya apa?”
“Dia tiba-tiba pengsan lepas dah bayar.Orang yang nampak dia jalan waktu nak pergi ke kaunter,dia jalan terenjut-enjut dan memegang perutnya mungkin dia kena serangan gastrik,”terang budak lelaki itu panjang lebar walaupun dalam keadaan mengah.
Mereka terus bergegas ke restoran itu dengan cepat.Tiba sahaja di restoran itu,orang ramai sedang mengelilingi Iylia Liyana.Puan Aliah dengan perasaan risau terus mendekatinya dan menampar pipi Iylia Liayana berkali-kali namun tiada tindak balas dari pekerjanya.
“Kalau macama ni, kita kena bawa pergi hospital mama,”kata Alif Azmi lalu mengangkat Iylia Liyana.
“Jangan angkat dia!”
“Kenapa dengan you?”
“Kita panggil ambulans je ambil dia dekat sini,”rayu Airina Batrisya setelah mendiamkan diri agak lama kerana tidak mahu mencelah masalah tunangnya tapi disebabkan perasaan iri hatinya terhadap Iylia Liyana,dia tidak boleh terima.
“Rin,you tak faham ke? Dia pekerja I, I kena tolong dia!”jerit Alif Azmi.Semua berada di restoran itu tersentak mendengar jeritan Alif Azmi.Mereka terus memerhatikan Alif Azmi.
“Sudah! Sudah! Jangan bergaduh lagi.Malu dekat orang,orang pandang tu.Cepat bawak Iylia masuk ke dalam kereta.”Puan Aliah meleraikan pergaduhan itu sambil menjegilkan matanya ke arah Airina Batrisya.Airina Batrisya menundukkan wajah lalu mengambil tempat di sebelah Alif Azmi.’Argh,malunya aku!Aku sepatutnya kena tunjuk baik depan dia dan mak dia kalau dia tahu perangai sebenar aku,habislah rancangan aku dengan mak aku,’kata Airina Batrisya di dalam hati.Dia  masih fikir bagaimana mahu meminta maaf kerana tidak mahu Alif Azmi dan Puan Aliah memandangnya seorang wanita yang biadap.

Wednesday, April 3, 2013

Mamat Gagak vs Minah Kelapa 1



   Pagi-pagi lagi Iylia Liyana sudah bangun untuk pergi kerja di Kedai Roti Orkid. Rumah kedai yang disewa bersama teman sekerjanya ini memadai untuk dia menjalani kehidupannya.Tanpa disedari sudah sebulan dia meninggalkan ibunya yang sudah terpesong sejak ibu bapanya bercerai. Dia tidak boleh lagi menahan perangai ibunya yang keras kepala. Penat lelahnya yang selama ini diusahakan tidak pernah ibunya hargai. Masih terbayang lagi bagaimana dia mahu melarikan daripada rumah teres setingkat itu.
“Mak,Iylia dah tak nak duduk di rumah ni lagi!” kata Iylia dengan penuh yakin.
“Kau nak pergi mana?” tanya Puan Linda bersahaja.
“Iylia nak cari tempat yang halal daripada rumah ni. Tak tahan tengok perangai mak! Mak asyik keluar malam,balik siang tapi mesti mabuk dan petang mak tidur sampai ke malam.Mak ingat Iylia ni tunggul ke? Iylia tak tahu apa-apa.Mak silap! Selama Iylia duduk dengan mak.Hidup Iylia tak pernah aman.Sejahat Iylia pun,Iylia tak pernah lakukan perbuatan terkutuk itu dan duit ni.Satu sen pun Iylia tak nak!” balas Iylia sambil melayangkan duit itu di hadapan ibunya.Puan Linda naik angin.
“Pang! Anak kurang ajar. Aku yang besarkan kau tapi ini yang kau balas?” Berpinar pipi Iylia Liyana.Tanpa sepatah kata,Iylia terus meninggalkan rumahnya tanpa menoleh lagi.Walaupun ibunya terus memanggil namanya.Air mata yang selama ini ditahan akhirnya jatuh juga.Memikirkan benda yang lepas, hati yang tenang kini menjadi keruh kembali. “Argh!Mengapa mesti aku?Aku berjanji dengan diri aku lagi aku tak akan menjadi seorang perempuan lembut yang menderngar semua cakap orang,”kata Iylia di dalam hati.Sejak itu,dia berubah menjadi seorang yang tomboy dan kini dia menjadi seorang tukang kira di kedai roti yang terkemuka di tanah air.    



“Kring! Kring! Kring!” Iylia Liyana tersedar dari khayalan setelah mendengar bunyi telefon bimbitnya.Alamak!Aku dah lambat ni.
“Hello,Iylia.Kau ada dekat mana ni?”
“Aku dekat rumah lagi tengah nak bersiap,”balas Iylia sambil tangannya ligat menyikat rambutrnya yang paras baru itu.Bibir yang merah jambunya itu dipakai dengan pelembap sahaja.
 “Cepat sikit.Hari ni Puan Alia kata dia nak kenalkan Boss baru dekat kita,”kata pemanggil telefon itu dengan gelabah.Iylia sudah kenal benar dengan sikap Nur Athirah,sahabat baiknya yang susah senang bersama sejak kali pertama kenal di kedai itu.Dia dengan berbaik hati menawarkan kepada Iylia Liyana agar tinggal bersama dengannya memandangkan dia seorang diri sahaja tinggal di rumah sewa itu.
“Yelah,Ira.Kau janganlah gelabah sangat.Puan Aliah baik dengan akulah.Aku nak gerak ni nanti jumpa dekat kedai.Okay,chow.”Iylia Liyana terus menekan butang merah pada telefon bimbitnya. Pagi itu,dia kelam kabut untuk pergi ke kerja kerana ini baru pertama kali,dia masuk lewat.
“Alamak!Saya dah lewat.Saya dah janji dengan mama saya nak datang kerja,”kata lelaki yang  bernama Alif Azmi,dia melihat jam di dinding yang tertera di Restoran MacDonald itu. Alif Azmi adalah seorang yang berwibawa dalam setiap apa yang dilakukan dan lelaki yang memiliki badan yang tegap dan tinggi 170 cm.Rambutnya disikat belah tepi seperti lelaki Korea. Dia menjadi jejaka idaman  setiap wanita termasuklah Airina Batrisya.
“Kalau begitu,I ikut you.Mama you mesti tak marah sebab dia dah tahu kita nak pergi mana,”jelas Airina Batrisya sambil memeluk pinggang Alif Azmi.
“Okay.Nanti you tolong pujuk dia.”
“Don’t worry,sayang. Anything it’s for you.”
“Thank you,my dear,”balas Alif Azmi lantas mengajak teman wanitanya pergi ke kereta.
   Setengah jam perjalanan membuatkan Alif Azmi menjadi lagi gopoh dan membawa kereta dengan lajunya walaupun sudah berada di lorong untuk memasuki tempat letak kereta khas.Setelah meletakkan keretanya di hadapan kedai,dia melangkah masuk ke kedai sementara Airina Batrisya masih di luar merapikan tudungnya.
    Ketika itu,Iylia Liyana juga berlari untuk masuk ke kedai.Tiba-tiba,dia jatuh terduduk di hadapan kedai roti milik Puan Aliah disebabkan kaki perempuan itu menghalang pergerakannya,lututnya berdarah dan pergelangan kakinya rasa berbisa.Dia memasuki ke kedai dengan muka yang tebal akibat menahan rasa malu.Ketika sesi suai kenal,semua pekerja berdiri mengelilingi meja di ruang tengah dapur.Nur Athirah sudah menyediakan ruang untuk Iylia Liyana agara temannya itu berdiri di sebelahnya.Iylia Liyana berdiri dengan tidak tenang kerana terpaksa berdiri di hadapan perempuan yang jahat itu.Dia hanya memandang tepat kea rah perempuan itu tanpa mengendahkan perbincangan di hadapan.
”Kurang ajar kau perempuan. Harap muka je nampak alim tapi hati kotor.Dasar perempuan jahat!Kau tunggulah pembalasan aku,”kata Iylia Liyana dalam hati sambil menahan kakinya yang perih akibat berdiri tegak dan menahan sakit.Airina Batrisya masih tidak mengalah,dia membalas dengan jelingan yang tajam.”Aku dah lama tak puas hati dengan kau perempuan.Bila aku mahu berbual dengan bakal mak mentua aku asyik nama kau je naik.”
“Iylia,Iylia.”
“Woi,Iylia.Jauh kau terbang.Dah sampai mana?”bisik Nur Athirah die sebelahnya.
“Kau nak apa?”tanya Iylia Liyana dan masih memandang ke arah perempuan itu.
“Puan Aliah ada dekat depan kau.”
“Opps! Sorry, Puan.”
“Harap selepas ini awak peka dengan sekeliling.Jangan berangan ketika bertugas,”tegas Puan Aliah
“Baik,Puan,”jawab Iylia Liyana ringkas.Dia menundukkan wajah.Kelihatan Airina Batrisya senyum sinis terhadap dia.Aduih!kena lagi dengan perempuan ni.Perempuan ni memang nak kenalah dengan aku.
“Okay,Iylia.Saya nak beritahu bahawa kedai ini dan syarikat saya akan diambil alih oleh anak sulung saya.Harap awak dan pekerja yang lain boleh bekerjasama dengan dia,”jelas Puan Aliah.
“Saya Alif Azmi.Boleh panggil saya Encik bukan Tuan sebab saya belum tua lagi dan tak layak dipanggil seperti itu dan di hadapan awak adalah tunang saya,Airina Batrisya,”kata Alif Azmi dengan lagaknya.Wah,pasangan dikatakan agak sejoli ni sama sahaja perangainya tak padan dengan rupa.Rupa bukan main lagi,boleh dikategorikan kacak tapi bagai indah khbar dari rupa.Iylia Liyana membuat spekulasi sendiri.Tanpa bercakap apa-apa dengan boss barunya,dia beralih kepada boss yang disanjunginya selama dia bekerja di sini.
“Puan tidak bekerja lagi di syarikat sendiri?”tanya Iylia Liayana kebingungan.
“Ya.Saya sudah penat untuk uruskan syarikat sebab sudah tiba masanya umur macam saya ni berehat di rumah.Nanti nak jaga anak Alif pun senang,”balas wanita dalam lingkungan 50 tahun ini.Setelah berkecimpung dalam syarikat selama 20 tahun akhirnya syarikat yang ditubuhkan dengan hasil usaha sendiri diserahkan kepada anak sulungnya.
“Apalah mama ni.Alif lama lagi nak kahwin.Duit pun taka da lagi,”kata Alif Azmi .
“You, family I ada duitlah. Boleh sponsor kita. Don’t worry.” Airina Batrisya tiba-tiba datang dan menyampuk perbualan mereka. Puan Aliah tidak suka dengan perangai bakal menantu dia akan tetapi disebabkan mengikut kata suami akhirnya dia akur juga.
“Iylia ,nanti awak ikut saya pergi makan tengahari bersama kami.Nanti saya suruh Nadirah gantikan tempat awak ,” Arah Puan Aliah. Sebenarnya dia sudah lali dengan perangai Iylia Liyana walaupun baru sebulan kenal.Nur Athirah banyak memberi maklumat tentang kehidupan Iylia. Dia berasa bertanggungjawab ke atas pekerjanya memandangkan Iylia sudah tidak tinggal dengan ibunya yang teruk dan bapanya tidak tahu tinggal di mana. Jadi dia sudah tahu Iylia datang ke kerja dengan tidak bersarapan.
“Tidak apalah,Puan.Saya mahu makan dengan Athirah.”Iylia Liyana tolak perlawaan Puan Aliah dengan baik.
“Saya nak belanja awak makan mungkin kita tidak akan jumpa lagi,”rayu Puan Aliah.
“Iylia,pergilah.Aku boleh makan dengan budak-budak ni.Bukan senang nak dapat orang belanja,untung kau,Iylia,”jawab Nur Athirah dengan sayu.
“Eh,kau ni.Cakap tak pernah nak berlapis.”Iylia Liyana memarahi temannya kerana dia tidak mahu Nur Athirah berbuat begitu kembali.
“Okay,sorry.Puan Iylia,”balas Nur Athirah sambil masam mencuka.
“Merajuklah tu.Cup.”Iylia Liyana mencium pipi temannya.Dia terus melarikan diri pergi bertemu Puan Aliah.Iylia Liyana sudah tahu benar perangai Nur Athirah.Dia begitu sensitif jikalau Iylia menciumnya.
“Iylia! Jaga kau nanti!”jerit Nur Athirah.Walaupun dia berasa marah akhirnya dia mengukir senyuman kerana kawannya itu pandai menyejukkan hatinya kembali.
“Bye!Jagalah diri kau sendiri.”Iylia Liyana menjawab sambil melambaikan tanganya dan mengekek ketawa.