
Peperiksaan SPM belum habis lagi,aku balik ke Kuala Lumpur sementara menunggu kertas yang terakhir iaitu kertas Ekonomi Asas.Sejak pagi lagi,aku menghadap buku Ekonomi Asas tapi tak habis-habis juga sampai aku pun dah bosan,nak buat macam mana lagi sebab kertas tu lambat lagi nak habis.
“Aduh.Bosannye.nak-nak mengadap buku ni lagi,asal lah kementerian ni buat kertas ekonomi ni lambat sangat,”ngomelku sambil bergolek-golek di atas katil.
“Airina!Airina!Buat apa dekat atas tu?Baca buku ke atau tengok buku?’jerit makku dari tingkat bawah.
“Alamak!Mak dah panggil.Mesti ada apa-apa ni.baik aku turun sekarang,kalau tak aku mesti kena bebel seperti biasa ni.”Aku turun ke tingkat bawah dengan muka selamba buat-buat muka tak bersalahlah katakan.
“Kenapa,mak?
“ Tak mandi lagi ke atau tak tukar baju?Soal makku.
“Dah mandi dah pun.Malas nak tukar baju baru lagi pun bukannya busuk pun baju ni.”Aku peluk mak aku.
“Hish,budak bertuah ni.Tolong mak boleh tak?”
“Untuk Mak Cik Rahimah,apa-apa sahaja boleh.Tolong apa mak?”
“Mak ada masakkan bubur dan beli buah untuk nenek,tolong hantarkan,boleh tak?”Makku menunjukkan barang itu di atas meja.
“Alah…nak naik apa?”tanyaku dengan soalan yang tak logik.
“Naik kakilah,”jawab makku dengan loyar buruk.
“Mana boleh naik kaki mak,apa lah mak ni.”
“Habis tu,tanya lagi buat apa.Mestilah naik LRT.’
“Okey-okey,Rina pergi siap kejap.”Setelah bertukar baju dan memakai tudung,aku pun keluar dan berjalan kaki untuk ke LRT.
Setelah beli tiket dan menunggu LRT untuk sampai,mataku pun apa lagi melihat keadaan sekeliling untuk cari lelaki kacak ar.Pelik betul hari ni aku tengok orang lelaki,semuanya pakai baju bola warna biru dan kuning,semua yang sama pulak tu.Nasib baik petang ni tak hujan,kalau tak habis kuyup baju aku,lagi-lagi aku tak bawak baju lebih pergi rumah nenek aku.Nak tahu tak rumah aku dan rumah nenek aku dekat je,naik LRT dalam 4 station dah sampai tapi kena lah jalan sikit.
“Assalammualaikum,”kataku setelah berada di hadapan rumah nenekku.
“Waalaikumsalam,masuklah.Pintu tak kunci pun.”
“Oh,Kak Rin.ingatkan mak cik mana tadi,”kata adik saudaraku,Khairul.
“Ah!Kau..ada-ada je nak kenakan aku.”Aku kehairanan melihat adik-adik saudaraku memakai baju yang aku lihat kat LRT tadi.
“Kak Rin,asal ada kat sini?Bukan ke kak Rin kat asrama?”tanya Azam kehairanan.
“Kenapa tak boleh ke Kak Rin ada kat sini jenguk nenek?”marahku
“Boleh je,siapa kata tak boleh.Bila Kak Rin nak balik asrama lagi?”
“Hish,kau ni Azam banyak tanya pulak.Kak Rin dah tak duduk asrama lagi pun nanti kertas terakhir,Kak Rin duduk rumah kawan.korang semua ni beli baju bundle ke?Kak Rin tengok,dari rumah tadi.ramai yang pakai baju macam korang ni.”
“Kak Rin tak tahu ke yang hari ni pasukan Malaysia lawan Vietnam,tu sebab ramai pakai baju macam tu.Kejap lagi Azam dengan Khairul pergi stadium sebab nak tengok bola,”jawab khairil.
“Untuk apa dia orang lawan tu?”tanyaku.
“Untuk Piala AFF SUZUKI,”jawab Azam ringkas.
“Oooh..okeylah,Kak Rin masuk dalam dulu nak jumpa nenek.Kalau layan korang ni sampai esok tak habis.”kataku lalu masuk ke dalam dan menyalam nenek aku.
“Tak balik asrama ke?”tanya nenekku sambil jalan untuk ke tempat tidur di hadapan televisyen.
“Dah tak,nek.Dah habis sekolah dah.”
“Periksanya sudah habis ke belum?” soalnya lagi.
“Belum lagi,nek.nanti Rin pergi ke rumah kawan sebab sabtu ni cikgu Rin ada buat kelas tambahan.”
“Ooo…baguslah kalau begitu.Nenek doakan supaya Rin berjaya dalam SPM.”
“Amin.Terima kasih,nek.Sayang nenek.”Aku memeluknya.Dulu ketika mak aku pergi kerja neneklah yang menjaga pakai,makan dan minum aku adik beradik disebabkan itu adik-beradikku sayang sangat dekat nenekku yang satu ni kerana nenek belah ayah aku sudah meninggal dan kedua orang atukku.
Kini mak dan ayah aku dah berhenti kerja kerana kesemua adik-beradikku dah pun berkahwin dan hanya tinggal aku dan adikku yang bongsu sahaja masih belajar lagi.Sementara menunggu mak dan ayahku datang ambil aku dekat rumah nenek,aku bermain dengan adik-adik saudaraku itu pun sebab mereka ini yang paksa,kalau tak aku mesti terperuk dalam rumah.Lagi-lagi,aku tak suka main bola sebab dalam banyak-banyak sukan,sukan tu lah yang paling aku tak suka.mana tak nya dengan satu bola,ramai-ramai rebut.Apalah manusia sekarang ni.
“Kak Rin!Kak Rin!Cepatlah.Janganlah asyik duduk dekat buaian sahaja.Jomlah,main bola sepak,”Rais memanggilku.
“Tak naklah,Kak Rin perempuanlah,mana sesuai main bola sepak ni.”
“Eleh,Kak Rin nak mengelaklah tu.Sekarang ni orang dah tak kisah dah,perempuan pun dah boleh main bola sepak tau.Kak Rin tu kan gemuk,kenalah bersenam sikit.Barulah berat badan tu turun,”kata Khairul.
“Hish,budak ni.Mulut langsung tak ada insurans betul,”ngomelku sambil berjalan ke arah tempat mereka bekumpul.
“Apa Kak Rin kata tadi?”tanya Khairul.
“Tak ada apa-apalah,”jawabku malas.
“Kak Rin,malaskan?Kalau macam tu Kak Rin jadi penjaga gol jelah,”balas Azam.
“Urmm..yalah,”kataku menurut sahaja apa yang mereka aturkan.
“Jaga betul-betul tau Kak Rin sebab kita kena lawan team jiran sebelah sebab saudara mereka pun hebat-hebat juga,”jerit Rais.
“Nanti kejap,Aizat dan Mustaqim pun nak main juga,”kata Aizat.
“Okey,okey.Aizat, Mustaqim dan Rais duduk depan Kak Rin sebagai pertahanan,Abang Airul dengan Azam jadi penyerang.Hari ni kita kena lawan betul-betul sebab pengerusi taman perumahan kita nak bagi hadiah bagi team yang menang.ingat tau!Kak Rin jadi penjaga gol peka dengan bola tau?jangan nak berangan pulak.”
“Yalah,Kak Rin tahu lah.Hish,si Airul ni macam perlawanan bola sepak betul pulak.lepas tu senang-senang je mengarah orang,”desis hati kecilku.
“Sebelum mula,baca doa dulu untuk dapatkan keberkatan.”
Setelah itu,permainan pun bermula.Aku dengan hati-hati menjaga gol agar bola pihak lawan tak masuk ke gawang kami.Kalau nak ikutkan inilah pertama kali aku main bola sepak dalam seumur hidup aku.Nasib baik ada ganjaran kalau tak memang aku tak nak main pun lagi pun bagus jugak aku dapat main bola ni sebab dapat release tension aku ni.Akhirnya setelah bertungkus lumus menjaga gol,Khairul dan Azam berusaha untuk masukkan bola ke gawang pihak lawan,kami berjaya mengalahkan pihak lawan dengan 3-1.Alhamdulillah,ucapku syukur ke hadirat Illahi atas kemenangan yang diberikan dan pengerusi taman perumahan nenekku pun memberi kami seorang RM 30.Berbaloilah jugak dengan kemenangan ini.
“Khairul,Azam.Cepat masuk lepas itu pergi mandi sebab dah nak pukul 7 ni nanti lambat pula pergi stadium,”kata Mak Cik Lisa,ibu kepada Khairul.
“Ya,ibu.”jawab Khairul ringkas dan Azam mengiringi dia masuk ke rumah.Setelah mereka masuk ke rumah,aku dan adik-adik Khairul bermain lagi di luar.
“Wah,dasyatlah Kak Rin jadi penjaga gol macam Khairul Fahmi lah,”puji Rais.
“Siapa itu?tak kenal pun,”tanyaku pelik.
“Penjaga gol Malaysialah Kak Rin.Itu pun tak tahu ke,”ejek Aizat.
“Memanglah Kak Rin tak tahu sebab Kak Rin bukannya minat pun dengan bola sepak ni.”
“Tapi tak apalah kalau Kak Rin tak tahu pun,asalkan Kak Rin dah menangkan kitaorang punya team.Malam ni,Kak Rin tengoklah sebab Khairul Fahmi ada,”jawab Rais sambil menyokongku supaya tengok bola sepak.
Khairul dan Azam sudah dalam perjalanan ke Stadium Bukit Jalil,aku masih menanti kedatangan mak aku untuk ambil aku,esok aku dah kena balik rumah kawan aku di Melaka.Rais dan Aizat masih menanti perlawanan bola sepak bermula dan seperti biasa aku duduk bersebelahan dengan nenek sambil berbual dengan Mak Cik Lisa.Akhirnya,setelah kanak-kanak ini begitu fanatik dengan bola,mulalah perlawanan bola sepak separuh akhir antara Malaysia dan Vietnam.Aku yang begitu tidak meminati bola sepak juga turut serta melihat perlawanan ini,sedang aku memerhati kesemua pemain Malaysia,aku telah tertarik hati dengan seorang pemain bola tersebut,tanpa segan silu aku menanyakan nama pemain tu dekat Rais.
“Rais,Rais.Siapa yang pakai jersi nombor 24 tu?Handsomelah dia,”tanyaku.
“Kak Rin,tak nampak ke nama dia dekat jersi dia tu.Nama dia Muslimlah.Apa lah Kak Rin ni.Dah pakai cermin mata pun masih tak nampak lagi,”perli Rais.
“Erm..Maaflah.Kak Rin tak perasan lar tadi.Mana Khairul Fahmi tu?”tanyaku degan soalan yang tak logik dan sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Hish,Kak Rin ni memang suka buat Rais benganglah.Itulah yang tengah jadi penjaga gol tu,”kata Rais sambil menunjukkan jarinya ke arah gawang Malaysia.
“Kak Rin tahulah saja je Kak Rin Tanya,”kataku lantas aku bangun pergi ke dapur untuk berbual dengan nenek,Mak Cik Lisa dan mak aku.Nasib baiklah mak aku sampai awal itu pun ayah aku suruh tunggu dahulu sebab dia mahu lihat bola sampai habis.
“Yes,Gol!!”jerit Rais dan Aizat.Aku lari lintang pukang untuk lihat siapa yang masukkan gol.
“Siapa yang masukkan,Rais?”
“Safee Sali.Dia pakai jersi nombor 10.Kalau nak tahu dia ni ni hebat tau,”jawab Rais dengan memuji kehebatan pemain nombor 10 itu.
“Kak Rin ingatkan Muslim tadi.Baru Kak Rin nak bersorak gembira sebab dia bakal pakwe Kak Rin.”
“Dia sebagai pertahananlah Kak Rin bukannya penyerang pun.Lagi satu,jangan nak perasanlah dia jadi pakwe Kak Rin.Entah-entah Muslim tu pun dah ada makwe dan nak kahwin dah pun,”kata Rais bersahaja.
‘Mana Rais tahu?memandai je Rais ni.Tengoklah satu hari nanti Kak Rin bawak dia datang sini,jangan Rais terperanjat tau.’
“Buktikanlah kalau macam tu,”ugut Rais.
“Okey,”jawabku lantas meninggalkannya kembali.Selepas itu,aku mengajak mak ayahku pulang setelah perlawanan bola sudah habis.
Alhamdulillah,negaraku,Malaysia tercinta dapat kalahkan Vietnam dengan 2-0.itu pu berkat Safee Sali,betul lah kata Rais tu pemain ni memag hebat pun.Pawekku pula,Muslim pun pemain hebat juga sebab die bertahankan bola agar tak masuk ke gawang Malaysia,itu yang Rais katalah sebab aku tak tengok pun perlawanan tadi.Apa yang penting aku dah jatuh cinta dengan sukan ini dan meminati juga pemain nombor 24.Dalam kereta aku berangan agar aku dapat jumpa dengan dia.Sampai sahaja rumah,aku pergi mandi kerana badanku berlengas disebabkan bermain bola petang tadi sesudah itu aku update blog aku tentang pengalaman aku main bola dan lihat Muslim.






