hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Monday, September 16, 2013

Roti dan Mentega Sambungan Bab 4 dan Bab 5 !

    Iylia Liyana keluar dari tandas dan jalan menuju ke katil dengan terhenjut-henjut.Kelihatan Alif Azmi sedang tidur di atas katil.Iylia menjadi berang.”Mamat gagak ni memang nak kena dengan aku.”Kesabaran Iylia tercabar oleh lelaki yang berlagak itu.Dia merenung ke muka Alif Azmi yang nyenyak tidur itu dan tanpa mempedulikan perasaan lelaki itu,dia menolak tubuh lelaki tersebut sampai ke bawah.
“Oi,perempuan biadab!Tak Nampak ke orang tengah tidur?”marah Alif Azmi dan memandang tepat ke arah muka Iylia Liyana yang sedang berdiri.Iylia Liyana malas untuk melayan lelaki yang  tengah jatuh terduduk dan dia terus baring di atas katil.Alif Azmi bangun dengan perlahan dan duduk di atas kerusi yang disediakan sambil membuka kot berwarna kelabu dan tali leher berwarna pink lalu menggantungkannya di belakang kerusi.Dia memandang dengan tidak puas hati seperti mahu menerkam perempuan di hadapannya.Iylia dengan lagaknya baring dengan tenang dan membaca majalah sedangkan hatinya berdebar-debar kerana takut diapa-apakan oleh mamat yang tidak siuman.Pintu bilik kecemasan itu akhirnya dibuka,kelihatan nurse sedang membawa makanan.
“Maaf.Kami lambat hantar makanan,Cik Iylia,”kata nurse lalu meletakkan makanan di atas tempat penyedia makanan di hadapan katilnya.
“Tak apa,nurse.Bila saya boleh dipindahkan di wad biasa?Saya rasa panaslah duduk dekat sini.”Iylia bercakap dengan misi itu sambil menjeling ke arah lelaki yang masih merenungnya.
“Nurse,pindahkan cik ni di wad vip ya?Saya mahukan privasi dengan makwe saya ni,”sampuk Alif Azmi tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.Iylia Liyana membuntangkan mata ketika mendengar mamat gagak itu memberi kenyataan sebegitu.
“Oh,kalau begitu baiklah.Kami menghadapai masalah kerana wad biasa sudah penuh.Syukurlah kalau encik mahu ruang vip.Kamu berdua sangat secocok.Saya keluar dulu,cik,”kata nurse itu lalu tunduk hormat dan mengukirkan senyuman.Mereka berdua saling berpandangan.
“Kau jangan nak perasan!Kau tu tak layak jadi makwe aku sampai bila-bila.”Alif Azmi dengan bangganya berkata begitu.
“Kau ingat aku heran sangat ke dengan kau?Kesian dengan tunang kau dapat mamat gagak macam kau ni,”kata Iylia tidak mahu kalah lalu dia menginjak ke hadapan untuk makan.Ketika ingin makan,dia terlanggar sudu dan garfu lalu jatuh.Iylia Liyana mati akal bagaimana mahu mengambilnya,dia memandang lelaki itu.”Arghh!turun jelah bukannya sakit sangat pun badan aku ni.”
       Iylia Liyana turun dari pembaringannya walaupun kesakitan yang dirasa harus ditahan dan dia cuba mengambil sudu dan garfu itu,tiba-tiba kepalanya terhantuk dengan Alif Azmi.”Aduh!sakitlah kepala aku ni.Lain kali nak mintak tolong cakap jelah.Berlagak bagus,”kata Alif Azmi lalu bangun dan mengambil sudu garfu itu.
“Kau nak pergi mana?Bagi sini sudu dan garfu tu!Aku nak makan,”jerit Iylia Liyana.
“Dasar keras kepala!”Alif Azmi mengomel lalu ke tandas untuk membasuh sudu dan garfu kerana takut pekerjanya dijangkiti kuman.Dari segi luaran Alif Azmi tampak seperti seorang yang angkuh tetapi dia memiliki sifat yang penyayang kerana sifat itu selalu diterap oleh Puan Aliah.Iylia Liyana makan dengan perlahan sesekali Alif Azmi mengacau dia sedang makan.Iylia Liyana mengetuk tangan Alif Azmi supaya tidak menganggunya makan namun lelaki itu hanya tersenyum puas dan tidak berhenti mengacau Iylia.Alif tergelak besar kerana berjaya mengenakan perempuan yang memiliki tubuh yang sederhana dan kurus yang berada hadapannya.








Bab 5
“Betul ke apa yang awak katakan tadi di dalam bilik?”tanya Puan Aliah kepada Nur Athirah ketika keluar dari bilik itu.
“Ya,puan.Mak Iylia kerja sebagai ibu ayam di bandar.Iylia tidak tahan dengan perangai ibunya jadi Iylia larikan diri,Puan.”
“Tapi hari tu bukan awak kata yang mak dia terpesong sebab benda lain.Kenapa sampai boleh jadi macam tu sekali?”tanya Puan Aliah lagi.
“Saya tidak pasti.Hal ni saya dapat tahu apabila saya mengikuti Iylia dari belakang setelah pulang kerja,”jelas Nur Athirah.Puan Aliah berasa sangat terkejut dengan berita yang baru didengar ini setelah mendapat kesahihan kerana tadi terpotong akibat Iylia Liyana sudah terjaga.
“Saya akan bagi cuti untuk awak dalam dua hari ini untuk jaga Iylia,”kata Puan Aliah setelah membuat keputusan tanpa berbincang dengan dahulu dengan anaknya.
“Tapi…puan.Encik Alif tidak marah ke?”tanya Nur Athirah heran.
“Ini arahan daripada saya.”Puan Aliah berkata dengan tegas.Dalam dirinya,dia betekad untuk menolong pekerja kesayangannya itu.
“Baiklah,puan.Puan,boleh saya tanya sesuatu?”
“Hmmm…tanyalah,”balas Puan Aliah yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya.
“Mengapa puan tinggalkan Iylia dengan anak puan? Saya tanya sebab takut tunang Encik Alif akan nampak mereka berdua.”Nur Athirah memberanikan diri untuk bertanya soal mereka berdua kerana dia begitu pelik mengapa tiba-tiba Puan Aliah seperti mahu menyatukan mereka sedangkan Alif Azmi sudah pun menemui kekasih hatinya.
“Airina sudah balik,tak ada apa yang perlu dirisaukan.Saya nak Alif kenal rapat dengan Iylia supaya senang mereka bekerjasama nanti,”jawab Puan Aliah dengan muka yang serius.Tapi sebenarnya kalau ikutkan hati,dia mahu menjodohkan gadis itu dengan anak lelaki yang segak bergaya yang masih memakai kot sejak dari tadi.
Nur Athirah bingung,dia memandang ke bawah dan memikirkan kejadian sebentar tadi.Setahu dia,kawannya itu tidak suka akan boss barunya malah menggelar Alif Azmi dengan panggilan yang teruk.Sebelum keluar bilik tadi,Nur Athirah takut peperangan antara dua manusia itu bermula sebab dia tahu Iylia Liyana tidak suka orang mencari gaduh dengannya dan dia tak akan mengaku kalah selagi dia tak menang perang mulut itu.Pernah suatu ketika dia bergaduh dengan pelanggan lelaki di kedai roti itu sampaikan lelaki tersebut tidak mahu datang kembali akhirnya baru lelaki itu sedar yang dia benar-benar salah dan Iylia Liyana tersenyum puas.Nur Athirah senyum sendiri bila kenangan itu terbit di mindanya.

Deringan telefon Puan Aliah,mematikan lamunan Nur Athirah.Kelihatan Puan Aliah tergesa-gesa bangun dan meninggalkan meja makan tersebut.Nur Athirah bingkas bangun dan membontoti Puan Aliah dari belakang.Dia menjadi pusing dan runsing kerana perlu mengikut sahaja majikannya tanpa mendengar arahan dari Puan Aliah.Setelah sampai,ternyata Iylia Liyana sudah pun berada di ruang vip.Sekali lagi,dia menjadi orang yang jadi tunggul di situ.
“Ma,semua urusan Alif dah buat ikut apa yang mama suruh.Alif dah lambat nak solat ni.Lepas ni kita balik ya?”Alif Azmi bercakap dengan maknya sejurus mereka sampai.Cuaca di luar sudah mahu senja,Alif memikirkan yang dia sudah lewat untuk solat dan penat untuk berada lama-lama di hospital.Dia menyinsingkan bajunya sampai ke siku dan terus keluar.
“Okay,Alif.Surau ada di depan lif,”kata Puan Aliah dengan suara yang tenang.Dia berasa sangat bersyukur anaknya masih ingat pesanan dia.”Ingat Alif,solat adalah wajib bagi kita sebagai orang Islam dan untuk berjaya selalulah berdoa dan mendampingNya.Berkat dan rezeki semua datang daripadaNya,jadi jangan tinggalkan solat dan jangan lupa baca Al-Quran supaya hati tidak mudah jadi gelap dekat sana sebab mama tahu di negeri orang banyak halangan dan rintangan untuk kita,Alif.”Sehingga kini Alif Azmi hidup dalam kejayaan walaupun ada segelintir dugaan yang perlu dihadapi namun kerana mengikut pesanan ibunya itu,dia berasa bahagia.
Nur Athirah mendengar sahaja perbualan dua beranak itu dan saling memandang antara satu sama lain dengan Iylia Liyana.Iylia Liyana terkesima.”Aku tersalah dengar ke? Adakah memang sifat dia begini?”
“Iylia,Iylia!”
“Eh, maaf mak cik.Iylia khayal tadi,”kata Iylia dengan perasaan serba salah dan dia tidak tahu bagaimana mahu menutup perasaan itu kerana dia takut disalah anggap oleh Puan Aliah.Iylia Liyana takut kalau boss lamanya itu memandang serong terhadapnya.
“Tak apa-tak apa.Mak cik Cuma nak bagitahu yang mak cik nak balik selepas Alif solat.Athirah akan temankan Iylia sepanjang Iylia tinggal di sini.”
“Baik,mak cik.Terima kasih sebab selalu jaga saya selama saya bekerja dengan mak cik.Saya minta maaf kerana sudah banyak menyusahkan mak cik.”Iylia Liyana memandang sayu dan salam tangan Puan Aliah,dia berasa sebak kerana majikan yang selama ini menjaganya sudah tiada dan dia tiada tempat lagi untuk tumpang berkasih sayang.
“Jangan cakap macam tu,Iylia.Mak cik dah anggap Iylia sebagai anak sendiri dan mak cik tak kisah pun untuk bersusah demi Iylia,”kata Puan Aliah lalu memeluk Iylia Liyana ke dakapannya.Iylia Liyana tidak dapat tahan perasaan lalu air matanya mengalir dan menangis teresak-esak.Nur Athirah bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menggosok belakang badan kawan baiknya itu.Dia juga dapat rasakan bagaimana kepahitan hidup temannya dan tanpa dipinta secebis air yang tulus juga jatuh kerana melihat situasi yang menyedihkan itu.
“Sabar ye,Iylia.Mak cik akan sentiasa akan lawat Iylia walaupun mak cik tak kerja di situ lagi sebab mak cik kena pantau juga perkembangan syarikat itu.”Puan Aliah menenangkan pekerjanya itu,hatinya juga tidak sanggup melihat Iylia Liyana menangis begitu.Perasaan yang dirasainya itu terpaksa ditahan kerana dia mahu Iylia melihatnya sebagai seorang yang tabah.



“Boss! Boss! Kenapa tak masuk?”
“Awak rupanya,Athirah.Dah lama ke awak dekat sini?”tanya Alif Azmi cemas.
“Saya baru je keluar.Puan suruh saya balik dahulu,ambil baju di rumah,”jawab Nur Athirah tenang.Dia begitu terkejut apabila melihat Alif Azmi sedang berdiri di tepi pintu sangkanya tuan barunya itu belum selesai solat lagi.Perasaannya menjadi tidak keruan kerana kejadian tadi.Pandangan Alif Azmi pasti berubah terhadap Iylia Liyana dan tuduh kawannya itu lemah.Nur Athirah runsing.Dia bertindak hanya mendiamkan diri bagi keadaan tidak menjadi tegang.
“Siapa izinkan awak cuti?”tanya Alif Azmi.
“Errrr…Puan Aliah.”jawab Nur Athirah dengan gementar. “Ikut saya sekarang!” Alif Azmi berang kerana mak dia membuat keputusan tanpa berbincang.Pekerjanya hanya ikut dan tunduk sahaja.Kelihatan Puan Aliah dan Iylia Liyana sedang berbual mesra.Apabila pintu terkuak,mereka berdua tersentak.
“Kenapa ni,Alif?”tanya Puan Aliah.
“Saya tak faham dengan mama.Mama suruh Alif gantikan tempat mama tapi mama minta pekerja mama permanent ni bercuti.Mama ingat Alif mampu handle seorang ke?” marah Alif Azmi tanpa mempedulikan Iylia Liyana yang sedang mencebik.”Besar je badan tapi hati kecil.Kelakar betul mamat ni,”kata Iylia Liyana dalam hati dan tersenyum-senyum.
“Apa senyum-senyum?”jergah Alif pada Iylia.
“Eh,mana ada.Perasan!” Iylia Liyana menutup mukanya dengan bantal untuk berselindung lalu dia menyambung kembali tawanya yang bersisa.
“Sudah-sudah kamu berdua ni.Alif kena faham yang mama Cuma risaukan Iylia tinggal seorang sebab tu mama minta Athirah jaga Iylia,”jelas Puan Aliah bagi menenangkan perasaan anak lelakinya itu.
“Iylia ni bukan kecik lagi,pandailah dia nanti nak jaga diri sendiri.Ma….Alif baru je pertama kali kerja dekat tempat mama tu dan masih tak tahu macam mana nak kerja sepenuhnya di Kedai Roti mama tu sebab Alif kena buat connection dengan syarikat.Jadi Alif memerlukan wakil ketua untuk tolong Alif dan Alif rasa Athirah paling layak.”Alif Azmi mulai reda dan terang satu per satu supaya tidak ada kekeliruan dengan ibunya.
“Eh dia ni,cakap main sedap mulut je.Tak sedar diri!Perangai diri sendiri yang macam budak kecik tapi salahkan orang pulak,”ngomel Iylia Liyana sambil menepuk bantalnya buat-buat tidak Nampak Alif Azmi di hadapannya.
“Apa awak cakap,Iylia?”tanya Alif Azmi tidak puas hati.Iylia Liyana membatukan diri tanpa bersuara.Puan Aliah bersuara supaya Alif Azmi tidak menyambungkan kemarahannya.“Macam mana dengan Iylia?”tanya Puan Aliah untuk dapatkan kepastian.
“Habis kerja Alif datang sini dengan Athirah,”kata Alif Azmi tenang tanpa memikirkan Nur Athirah yang sedang berdiri di sebelah Iylia Liyana.
“Tak apa,boss.Saya akan pergi sendiri dari sini sebab saya kena jaga Iylia waktu malam,”balas Nur Athirah bersahaja walaupun dalam hatinya berasa gementar apabila majikan barunya itu mahu dia mengikutnya.
“Kalau macam tu lagi bagus,”jawab Alif Azmi lalu mengambil kot dan tali lehernya yang disidai dari tadi dan terus beredar keluar.“Ish…Alif ni bukan nak minta izin dulu.”Puan Aliah mengomel sendiri dan menggelengkan kepalanya melihat perangai buruk anak sulungnya itu.
“Iylia.Mak cik balik dulu.Jangan lupa makan ubat dan makan tepat pada masanya.Oh ya.pedas-pedas pun jangan makan untuk sementara waktu ni,”pesan Puan Aliah.

“Baik mak cik.Hati-hati,”kata Iylia Liyana.Dia membuka bantalnya ketika Alif Azmi sudah tiada,dia tidak mahu melihat lelaki sombong itu memandang keaadannya yang sakit itu.Nur Athirah juga meminta diri untuk membeli makanan tambahan di lobi.