hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Friday, April 1, 2011

My Mr Defender 2

Keesokkannya,aku pun bangun pagi untuk bersiap-siap pergi ke station bas memandangkan mak ayah aku tak hantar aku pergi Melaka terpaksalah aku pergi seorang diri.Cuaca baik je hari ni lagi sekali aku mengucap syukur sebab tak hujan.Apalah aku ni asyik –asyik mintak tak hujan,orang lain semua nak hujan sebab tahu-tahu je lah Kuala Lumpur ni bukannya selalu sangat hujan.Argh…biarlah.Asalkan aku selamat naik bas dah kira okeylah tu.

‘’ Rina,dah siap ke belum?Nanti kawan dekat Melaka dah tertunggu-tunggu untuk ambil Rina kat sana nanti.sebelum pergi makan dulu,mak dah siapkan makanan untuk Rina,’’ jerit mak ku dari tingkat bawah.

‘’Ya,mak.Rin dah siap dah ni.Kejap lagi Rin turun,nak solat dulu.Sorry,mak.Rin hari ni puasa sunat sebab hari ni 10 Muharram.’’Begitulah rutinku setiap pagi,melakukan solat sunat duha sebab solat sunat ini banyak kebaikannya seperti doa kita akan dimakbulkan pada hari itu,permudahkan segala urusan kita dan diberikan banyak rezeki.

Setelah siap mengerjakan solat sunat duha,aku pun bergegas ke Stadium Bukit Jalil dengan mak ayahku bukan disebabkan tengok bola sepak tapi disebabkan perhentian Bas sudah tukar.Kalau dahulu,aku terpaksa kena naik bas dekat Puduraya yang sesak dengan kereta dan ramai orang,tapi sekarang ni dah pindah dekat Stadium Bukit Jalil,jadi perjalanan ke Melaka pun hanya sekitar 1 jam setengah je.Dalam bas,seperti biasa aku berangan lagi.Nak buat macam mana sebab tak ada orang nak teman balik Melaka itu sebab kerja aku dalam bas seorang diri berangan dan sementara menunggu bas untuk sampai,aku pun buat-buatlah rajin buka buku ekonomi memandangkan periksa semakin hampir.Akhinya,aku pun selamat tiba di Melaka,aku minta agar pemandu bas tu suapaya berhenti dekat perhentian bas tepi sekolah sebab kawanku hari ini ada kertas Quran Sunnah,jadi aku jumpa dia dekat asrama.Nasib tak menyebelahi aku sebab Melaka petang tu hujan itu pun gerimis.Aku nampak kawan-kawanku yang lain keluar dari sekolah,maknanya kertas dah habis lah tu.Aku pun dengan selamba masuk ke perkarangan asrama,semua yang ada di situ terkejut melihat aku ada di sini.

”Rin,kau buat apa dekat sini?”tanya Atiqah.

”Kau ni…macam tak tahu pulak yang kertas aku belum habis lagi.Mentang-mentang kertas kau dah habis.Kau perli aku eh?”

”Hish,kau ni.Mana adalah.Kau duduk rumah siapa ni?”

”Aku duduk rumah Sofia ketot,”kataku sambil gelak.

”Kau ni selamba je ejek orang,nanti kau dapat suami ketot baru kau tahu.Menangis tak berlagu nanti.”

”Asal pulak?SPM aku tak habis lagi,kau dah cakap pasal suami.Lainlah kalau kau lepas ni boleh lar aku makan nasi minyak dengan pakwe kau sekarang ni,”ejek aku balik.

‘’Memandai je kau ni.’’lantas dia berlalu pergi.

”Tiqah,tunggu kejap.Aku nak tanya sesuatu dekat kau ni,”kataku

”Apa dia?”

”Pasal bola,kau minat bola sepak kan?”

”Ya.Kenapa?”

”Aku nak tanya pasal pemain bola sepak Malaysia.Kau tahu tak?”

” Manalah aku tahu.Hari tu pun aku tak dapat tengok waktu Malaysia lawan Vietnam.”

”Oh…lupa pulak aku yang kau minat Torres,”kataku tanpa rasa bersalah.

”Dah lah,malas aku nak layan kau.Aku pergi dorm dululah nak kemas barang,kejap lagi kakak aku nak ambil.Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.”Atiqah berlalu pergi setelah aku menyalami dia.

Aku bergegas naik ke dorm untuk mencari Sofia tapi hampa sebab dia pergi ke tandas,aku pun apa lagi lepak dekat dorm.Setelah aku meniliti keseluruhan dorm aku ni,aku pun baring-baring dekat atas katil sedang beberapa minit selepas itu Sofia pun datang.

”Oi,minah.Kenapa kau cari aku?Macam ada hal penting je.”

”Mestilah kena cari kau,kalau tidak malam ni aku nak tidur rumah siapa lagi kalau bukan kau,”balasku dengan nada tidak puas hati.

”Sorry lah,aku lupa lah tadi.Kau dah solat asar ke belum ni?”tanya Sofia.

”Belum lagi lar,”jawabku malas.

”Habis tu dah tak reti-reti nak pergi solat,”marah Sofia dengan melabuhkan bontot di sebelah aku.

”Yelah,Mak Cik Sofi.Eh Sofi,pinjam telekong kau,aku punya beg aku tinggalkan dekat bawah lah.Kau puasa tak hari ni?”soalku kepada Sofia.

”Yelah.Aku tak lupa pun pesanan kau hari tu.Pergilah cepat,nanti mak aku datang lah.”

”Okey-okey.Aku berangkat sekarang,”kataku lantas pergi ke tandas untuk mengambil wudhu’.

Selepas aku usai solat,Mak Cik Salmah ibu kepada Sofia pun datang mengambil kami.Dia singgah ke kedai untuk membeli makanan juadah berbuka puasa kami.Aku di dalam kereta hanya termenung dan memandang sekeliling.

”Kalaulah aku dapat bertemu dengan pemain bola sepak negara tu,mesti best.Bolehlah aku dapatkan tandatangan dia dan minta nombor telefon dia.Eh,tapi ada ke orang terkenal macam dia nak bagi nombor telefon dia dekat orang biasa ek?Lagi-lagi aku ni tak lawa lagi lah dia tak bagi.Mengarut je aku ni,”kataku dalam hati.

”Rin!Rin!Rin!”

”Eh,macam ada orang panggil akulah.Muslim ke yang panggil aku tu?”jawabku dalam hati.

”Nur Airina bt Razif!”

”Ya,ada apa Muslim?”jawabku sambil memandang Sofia dan dia memandangku dengan kehairanan.

”Oi,Rin aku panggil kau ni.Kau berangan lagi eh?”marah Sofia.

”Ooops,sorry.Aku berangan tadi.”

”Kau ni apa lah tak habis-habis dengan perangai kau yang dulu tu,”kata Sofia dengan nada kesal.

”Kenapa kau panggil aku tadi?”

”Mak aku cakap dengan kau tadi tapi kau tak dengar tu lah sebab aku jerit-jerit panggil nama kau dengan nama penuh sekali,baru kau dengar,”jelas Sofia.

”Maaf,Mak Cik.Saya ingatkan Mak Cik masih di kedai lagi itu lah saya mengambil peluang untuk menikmati pemandangan dekat Melaka ni almaklumlah tak lama lagi saya dah tak duduk dekat sini,”jelasku kepada Mak Cik Salmah.

”Tak apa,Rin.Mak Cik faham.Nanti kalau datang sini dengan keluarga ajak lah datang ke rumah Mak Cik ya,”balas Mak Cik Salmah.

”Baik,Mak Cik”

”Alah..mak.Dia tu kalau ada buah hati dekat sini baru dia nak datang.”

”Eh,tak ada lah Mak Cik.Memandai je Sofi ni mak cik.Saya ni mana ada orang nak mak cik,saya ni kan tak lawa,”kataku rendah diri.

”Sofi,apa ah kamu ni cakap macam itu dekat Rin.Kesian Rin.Rin,mak cik nak bagitahu yang seseorang itu menilai kekasihnya bukan kerana rupa tapi kerana budi pekertinya dan ketaatan agamanya.Kalau ada orang yang memilih rupa ni beerti dia memang silap pilih dan hatinya yang buta.Zaman sekarang ni mak cik tengok ramai wanita yang cantik tapi perangainya Allah sahaja yang tahu.Sofia dan Rin kena ingat jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang lelaki sangat dan kamu berdua masih dalam belajar,jadi mak cik nak pesan kamu jangan bercinta di usia muda ni,”pesanan ibu Sofia begitu mendalam ertinya buatku.

”Terima kasih,mak cik.”Aku pandang ke luar jendela dan masih terngiang-ngiang pesanan tadi.sepertinya aku tak perlu rendah diri lagi dan biarlah orang nak kata apa tentang diriku ini asalkan hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku bagaimana.

Akhirnya kami bertiga sampai di rumah.Sebelum azan berkumandang,aku menyiapkan diri dengan mandi.Usai mandi,aku duduk berbual-bual dengan adik-beradik Sofia dalam pada tak sedar azan pun berkumandang.Aku mengucap syukur kerana aku dapat berbuka puasa dengan keluarga Sofia tapi sayang kerana ayah Sofia sudah meninggal sejak Sofia darjah 5.Walaupun tanpa ayah di sisi tapi jelas kelihatan keluarga Sofia nampak gembira dan jelas terpancar wajah Mak Cik Salmah,dia seorang yang tabah dan sabar buktinya dia dapat membesarkan anak-anaknya seorang diri.Setelah makan,aku mengambil keputusan untuk melakukan solat jamak taqdim sahaja dan habis sahaja aku solat,aku ke ruang tamu untuk belajar.Sesudah aku letih untuk baca buku lagi,aku terus masuk ke bilik tidur Sofia dan merebahkan diri di atas katil dan baru sahaja aku ingin melelapkan mata.Sofia memanggilku.

”Rin!Rin!”

”Ya,ada apa.aku baru je nak tidur.Kacau lah kau ni,”marahku sambil tidak memandang ke arahnya.

”Pandang lah sini.Aku nak tanya kau sesuatu ni,dari petang tadi aku dah fikir hal ni nak tanya kau tapi kau diam je sejak kau sampai rumah aku,nak cakap pun tak sempat sebab kau layan adik-adik aku.”

”Apalah kau ni dengan adik sendiri pun nak terasa.Entah apa punya kakak lah kau ni.Apa yang kau nak tanya?Penting sangat ke?sampai tidur aku pun kau nak ganggu,”soalku dan toleh ke belakang.

”Hish,kau ni janganlah pandang aku macam nak makan aku.”

”Mana adalah.Cepatlah tanya,mata aku ni dah kritikal ni rasa nak tutup je ni.”

”Siapa lelaki yang kau sebut petang tadi?Aku lupa lah.Tak silap aku kau cakap Mus…Mus apa ek?”

”Muslimlah,”jawabku acuh tidak acuh.

”Ah..itulah yang aku nak sebut tadi tapi lupa pula.Siapa tu?Kau tak kenalkan dekat aku pun,selalunya kalau ada lelaki yang kau tertarik mesti kau cerita dekat aku tapi kali ni berahsia pula,ceritalah wei.”Sofia memaksa aku untuk beritahu siapakah gerangan yang aku sebut petang tadi.

”Akukan dah bagitahu kau yang aku minat Ashraf Muslim.Itulah dia yang aku sebut Cuma aku terlupa nak sebut Ashraf je,”ucapku dan toleh ke kanan dan tidak memandang Sofia lagi.

”Kau janganlah nak tipu aku,aku dah kenal kau lama tau.”

”Eleh,dua tahun je pun tak adalah lama mana pun.Hari sabtu ni jadi tau kelas tambahan.Nanti kalau aku dah terbuka hati aku cerita dekat kau eh yang penting aku tidur dulu.Good Night Cik Sofi,”kataku dan terus sambung dengan khayalanku memikirkan orang itu.

Sofia berkata dengan aku pun aku tidak hiraukan kerana khayalanku sudah tinggi sampai kayangan bertemu dengan anak raja.Tapi aku menanti hari esok agar esoknya aku lebih baik dari hari ini.

No comments:

Post a Comment