hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Saturday, October 4, 2014

Roto dan Mnetega Bab 7 & 8

Bab 7
“Bukan main lagi anak dara ni duduk,siap terkangkang.Sedarlah sikit kau tu anak dara,Rin.Malu orang nampak nanti,”kata Puan Badriah.Dia menggelengkan kepala melihat karenah anak daranya yang sedang duduk di sofa sambil bermain handphone.
“Rin,tak dengar ke buat-buat pekak?tanya Puan Badriah lalu mengambil tempat duduk di sebelah Airina Batrisya dan membetulkan kaki anak perempuannya itu.Tiada sebarang jawapan dari mulut anak tunggalnya.Dia bertanya lagi untuk membuka pembicaraan dengan anaknya.“Kau tak keluar ke dengan tunang kau?” Walaupun mempunyai anak seorang namun karenah yang perlu dijaga oleh Puan Badriah seperti menjaga anak yang mempunyai sepuluh anak.
“Dia sibuk kerja,malas nak kacau,”jawab Airina Batrisya bersahaja.Di dalam hatinya sebenarnya menahan geram dengan tunangnya namun dia hanya diam supaya tidak dikesan oleh ibu dia.
“Ya ke? Mak tengok macam ada tak kena je dengan kamu berdua.Selalunya waktu petang begini,Rin dah hilangkan diri pergi jumpa dia tapi mak tengok relax je hari ni,”kata Puan Badriah.
“Alah mak ni,bukan selalu pun Rin duduk rumah macam ni.Lagi pun Abang Alif baru je kerja dua hari,nanti kalau Rin jumpa dia.Marah pulak orang tua tu nanti,”jawab Airina Batrisya lalu melunjurkan kaki ke bawah.Puan Badriah yang sedang duduk di sebelahnya tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam.”Assalammualaikum,Assalammualaikum.Rin!Rin!”gerangan suara dari luar membuatkan Airina Batrisya tersentak dan mengintai dari sebalik langsir tepi sofa itu.”Aduih,kenapa dia datang sini pulak?Kantoi dengan mak aku yang aku merajuk dengan dia,”kata Airinna di dalam hati dan mencebikkan bibirnya.
“Mak,tolong cakapkan dekat Abang Alif.Rin tak ada dekat rumah.”Airinna Batrisya masih lagi berasa kecil hati dengan tindakan Alif Azmi semalam.Semalaman panggilan masuk dari Alif Azmi,dia mengendahkan panggilan tersebut.Namun tunangnya itu tidak berpasrah begitu sahaja buktinya dia muncul di depan rumah Airinna Batrisya hari ini setelah dia pulang kerja.
“Tepat sangkaan mak tadi.Mak jemput dia masuk.Rin pergi tukar baju sekarang,kalau dia nampak terbongkar rahsia kita nanti.”Puan Badriah mengarahkan anak perempuannya itu menyalin pakaian yang lebih sopan dan manis kerana pakaian yang dipakai oleh Airinna Batrisya di rumah hanya seluar pendek dan singlet sahaja.Dia tidak mahu agenda yang selama ini dirancang terungkai dan dia mempergunakan anaknya itu untuk melaksanakan misi yang sudah ditetapkan itu.Airinna Batrisya hanya menjadi pak turut sahaja kepada maknya.“Tak payahlah,mak.Rin tak nak jumpa Abang Alif,biar dia tahu rasa sakit hati macam mana kalau tak dilayan,”kata Airina Batrisya lalu bingkas bangun dan beredar naik ke atas.
Puan Badriah hanya menggelengkan kepala dan menjerit dari arah bawah,”merajuk jangan lama-lama.Rosak rancangan kita nanti.”Airina Batrisya menghempaskan pintu setelah sampai ke ke biliknya kerana protes atas tindakan maknya yang tidak habis-habis berpesan kepadanya tentang rancangan yang sudah ditetapkan itu.
Wanita berusia 50-an itu keluar berjumpa dengan bakal menantunya.Tersergam ketampanan Alif Azmi walaupun hanya memakai baju t-shirt hitam dan jeans tiga suku bawah lutut berwarna biru lusuh.Puan Badariah mengukirkan senyuman sejurus lihat Alif Azmi yang sedang tunggu di depan pagar rumah dua tingkat dua teres itu.
“Mak cik,boleh Alif masuk?”
“Boleh tapi Rin tak ada dekat rumah sekarang ni.Dia keluar dengan kawan-kawan lama.”
“Oh yeke?Alif tak tahu pula yang Rin keluar.Tak apalah kalau macam tu,mak cik.Alif balik dulu,”kata Alif Azmi lalu meminta diri untuk pulang.
“Alif ada masalah apa-apa ke dengan Rin?”tanya Puan Badriah untuk mendapatkan jawapan yang belum dijawab oleh anak perempuannya.
“Kami okay je,mungkin Rin terlupa nak bagi tahu dekat Alif,”jawab Alif Azmi bersahaja dan dia meminta diri kepada Puan Badriah sejurus menjawab panggilan telefon dari pemanggil.Dia menekan pedal kereta hitam miliknya itu menuju ke tempat yang disuruh oleh pemanggil tadi.



“Awak macam mana Iylia hari ni?Masih rasa sakit lagi dekat perut awak?”tanya Doktor Ashraf.
“Erm…sakit lagi,doktor.Cuma kadang-kadang je tak sakit,”kata Iylia Liyana lalu membetulkan kedudukannya dengan cuba duduk,dia berasa segan apabila melihat Doktor Ashraf di hadapannya.Ketika mereka sedang berbual,pintu terkuak terpacul seorang jejaka di muka pintu.
“Alif,ingat aku lagi tak?”
“Ashraf!”kata Alif Azmi lalu mendapatkan Doktor Ashraf dan mereka salam sambil berpelukan.Persahabatan yang pernah dijalin ketika waktu sekolah menengah terlerai apabila masing-masing melanjutkan pelajaran ke univerisiti.
“Buah hati kau ke Iylia ni?”tanya Doktor Ashraf kerana heran melihat Alif Azmi datang membawa bekas makanan untuk pesakitnya.
“Perempuan ni mana sesuai jadi makwe aku.Tak standard dengan aku.Dia pekerja mak aku dulu sekarang dah jadi pembantu aku dekat kedai roti syarikat mak aku,”jawab Alif tanpa mempedulikan perasaan Iylia Liyana sedang terbaring kesakitan itu.”Wah!Wah!Sesuka hati dia je nak cakap macam tu dekat doktor,kalau ya pun aku ni tak layak jadi makwe dia.Tak perlu kot nak bagi tahu,”desis hati kecil Iylia Liyana.
“Nanti ada masa,jom lepak sama-sama.Aku keluar dulu,ada patient yang aku kena check lagi.Aku tinggalkan Iylia dekat kau,”kata Doktor Ashraf bersahaja dan berbuat tenang walaupun sebenarnya dia terkejut dengan apa yang diucapkan oleh teman lamanya,dia tidak sangka yang Alif Azmi berubah sebegitu kerana setahu dia Alif yang dikenali dulu adalah seorang yang skema dan tidak berani melantangkan suara atau pendapat pada orang lain.
“Iylia,jangan makan telur dan ayam nanti appendix awak akan pecah dan bernanah.Saya keluar dulu ya.”Doktor Ashraf memesan kepada Iylia Liyana dan Alif Azmi jalan menghampiri katil Iylia lalu meletakkan makanan yang dibawa di atas meja.
“Makan ni,mak aku dah bawakkan,”kata Alif Azmi lalu duduk di tempat duduk di hadapan Iylia Liyana.Iylia dengan berhati-hati membuka makanan tersebut dan kelihatan Puan Aliah menyediakan makanan kegemarannya iaitu ayam goreng.Bubur yang disediakan oleh majikannya itu hanya dipandang sahaja.Alif Azmi memerhatikan dari sebalik majalah dan dia terkejut Iylia Liyana sedang memakan ayam dengan lahapnya.
“Oi,minah!”
“Apa jerit-jerit ni,boss?”marah Iylia Liyana kerana die tersentak dan terkejut.
“Kau tak dengar ke apa doktor cakap tadi atau kau memang tak ada telinga nak dengar?”
“Cakap apa?”Alif Azmi tidak menjawab pertanyaan Iylia lalu mengambil ayam goreng itu dan menyuapkan terus ke dalam mulutnya walaupun itu sisa dari makanan pekerjanya.Dia tidak kisah asalkan perkara yang buruk tidak terjadi.
“Woi,ayam aku!”Iylia Liyana tidak tahan marah.Dari tadi dia cuba menahan sabar akan karenah majikan barunya yang memperlekehkan dia di hadapan Doktor Ashraf namun itu dia tidak peduli.Apabila melibatkan sesuatu barang atau makanan kegemarannya diganggu oleh orang lain,dia akan berubah menjadi agresif. Lantas dia cuba mencapai ayam itu kembali tetapi apakan daya,dia tidak berjaya akibat perutnya bertambah sakit.
“Kau ni memang minah kelapa!”marah Alif Azmi lalu kembali ke tempat duduknya.
“Kenapa pulak?”Iylia Liyana pusing dan memikirkan kenapa Alif Azmi berkata begitu.Alif Azmi tidak mempedulikan pertanyaan Iylia,dia melihat jam tangannya.Iylia yang sedang bingung memerhatikan gelagat Alif Azmi.”Fuh,mamat ni suka sangat buat aku bengang,nasib baik kau ni bakal jadi boss aku kalau tidak dah lama aku kerjakan,”kata Iylia Liyana dengan merenung tepat ke arah muka Alif Azmi tiba-tiba dia berasa mual.
“Encik Alif!”
“Kau nak apa?Daripada tadi asyik ganggu orang je,”marah Alif Azmi.Kalau ikutkan hatinya dia mahu tinggalkan sahaja Iylia seorang tapi disebabkan takut akan terjadi apa-apa akan pekerjanya,Alif Azmi terbantut membuat keputusan untuk pulang memandangkan Nur Athirah masih berada di kedai.
“Boleh tak tolong saya ambilkan bekas dekat atas meja tepi saya ni.Perut saya sakit gila ni tak boleh nak gerak ambil sendiri.Tolong saya boleh,”rayu Iylia Liyana tanpa sedar air matanya menitis dek kerana tidak tahan sakit.Alif Azmi terkejut melihat keadaan Iylia sebegitu tanpa banyak soal,dia mengambilkan bekas itu dan Iylia serta merta muntah kembali.Tekaknya mual sejak dari tadi walaupun perutnya tak berisi.Hati Alif Azmi tidak dapat menahan kasihan,dia menggosok-gosok belakang Iylia.
“Woi,asal kau pegang belakang aku?”Iylia Liyana tidak puas hati kerana dipegang begitu oleh lelaki yang baru dikenalinya.Sebenarnya dia berasa sensetif apabila ada lelaki yang menyentuhnya kerana Iylia pernah diganggu oleh kawan lelaki ibunya.Nasib Iylia Liyana hari itu baik kerana ada yang mahu menolongnya untuk terlepas dari lelaki gatal kawan Puan Linda itu.
“Kau sedar tak kau cakap dengan siapa sekarang ni?Orang dah tolong kau pun cukup bagus,”marah Alif Azmi lalu duduk kembali membiarkan Iylia Liyana yang terpaku dan terdiam.Alif sedar yang waktu solat asar sudah mahu habis tapi disebabkan Iylia Liyana tiba-tiba sakit kembali dia tidak jadi untuk bergerak.”Aduih,aku dah tersalah cakap lagi. Sakit aku ni tak hilang-hilang pulak. Macam mana aku nak uruskan muntah aku.Nampaknya aku terpaksa kena minta tolong dia lagilah macam ni,”kata Iylia Liyana dalam hati.Setelah berfikir bagaimana mahu meminta pertolongan kembali,dia menggunakan cara  dengan agak lembut dan lebih keperempuan walaupun hakikatnya susah untuk dia lakukan namun demi kebersihan dan kesihatannya dia terpaksa akur.
“Encik Alif…ooo…Encik Alif.Tolong saya,boleh tak?”tanya Iylia Liyana dengan membuat suara manja. Alif Azmi melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul enam setengah.Dia sudah terlewat gara-gara melayan dan menjaga Iylia Liyana.
"Kau nak apa?"Tanya Alif Azmi dengan nada yang marah.Sebenarnya Alif berasa penat kerana duduk terlalu lama tambahan lagi hatinya yang masih sakit akibat tunangnya.
"Encik Alif,tolong bersihkan muntah saya please.Perut saya sakit lagilah,"rayu Iylia Liyana sambil menenjukkan muka yg minta simpati.Alif Azmi menghampiri katil Iylia Liyana dan berjalan di sisinya.
"Ambil remote ni tekan dekat tanda telefon tu,kejap lagi nurse datang,”kata Alif dan berlalu peri dengan meninggalkan Iylia yang sedang terpaku.”Aduh,macam mana aku boleh tak ingat pulak nak panggil nurse!Malu aku!”kata Iylia Liyana menyalahkan dirinya yan menjadi dungu tiba-tiba.
Setelah semuanya bersih,Alif Azmi kembali dari surau.Dia tidak membuka suara lalu mengemas barang-barangnya yang bersepah.Iylia hanya memerhati dia dari jauh dan menyumpah serana lelaki di hadapan dia.”Lelaki bajet handsome!Bajet bagus!Berlagak!Eeee geramnya aku!”bentak hati Iylia.Tanpa menoleh dan meningalkan sepatah kata Alif Azmi keluar dari bilik itu.”Mamat ni memang saja nak cari pasal.Dia ingat aku ni kayu ke tak ada perasaan?”kata Iylia Liyana lalu mencuba untuk melelapkan matanya dan tiba-tiba pintu kembali terbuka.
“Iylia,jangan lupa makan ubat.Ingat sikit pesan doktor jangan makan ayam dengan telur.Kejap lagi Athirah sampai,dia banyak kerja.”Rupa-rupanya gerangan jejaka tadi yang muncul kembali.Dia lupa untuk memesan kepada pekerjanya memandangkan Iylia Liyana seorang yang gelabah dan pelupa.
“Kirim salam dekat mak cik.Oh ya,terima kasih,Encik Alif dah ambil berat tentang saya.Saya terharu sangat,”kata Iylia Liyana  dengn menggunakan bahasa yang lembut dan tersipu-sipu malu.
“Kau jangan nak perasan.Aku cakap tu supaya kau cepat sihat dapat buat kerja kau balik.Aku lagi kesian tengok Nadhirah sebab terpaksa buat kerja-kerja kau.Ingat pesan doktor.Aku balik dulu.”Alif Azmi hilang di sebalik pintu untuk pulang ke rumah setelah berseharian di kerja dan hospital.Walaupun dia hanya dapat pulang sebentar di rumah tapi Alif terpaksa keluar kembali untuk menghantarkan makanan Iylia.Muka Iylia Liyana menjadi merah akibat malu dengan apa yang diucapkan boss dia.Dia terkena sekali lagi dan Iylia runsing bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki yang sombong itu di masa akan datang.Iylia Liyana masih berfikir tentang kejadian tadi lama-kelamaan dia tertidur sendiri diulit mimpi yang pahit.









Bab 8
  Jejaka yang memiliki paras rupa yang agak tampan walaupun hanya berkulit hitam manis itu sedang mundar mandir di dalam kamarnya.Dia berasa gelisah kerana wanita idaman yang baru ditemuinya semalam tidak datang lagi ke hospital.Doktor Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.”Nak tanya ke tak?Kalau tanya nanti apa pulak kawan dia fikir nanti,”kata Doktor Ashraf dalam hati sambil duduk di atas mejanya dan memandang ke atas untuk berfikir jalan penyelesaian.
 Ketukan pintu dari luar tidak dilayan,dia masih berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan tahu keberadaan orang berkenaan.Sekejap dia bangun dan kadang-kadang dia duduk kembali.Orang yang di luar sudah menunggu lebih kurang 3 minit lama-kelamaan dia masuk tanpa meminta kebenaran tuan empunya diri.Orang itu memerhati sebentar gelagat Doktor Ashraf.
“Doktor,ada masalah ke?”kata Misi Nisa.Doktor Ashraf dengan gelabahnya duduk di kerusinya.Dia cuba berlagak tenang supaya pembantunya itu tidak terkesan masalah hati yang dia hadapinya.
“Hmm….sejak bila awak ada dekat sini?”tanya Doktor Ashraf.
“Baru je.Saya masuk sebab doktor tak dengar tadi.Doktor,ini fail yang doktor minta tadi.”Nurse  tersebut menyerahkan dokumen pesakit yang baru sahaja masuk lalu dia meminta diri untuk keluar.Doktor Ashraf meniliti isi kandungan tersebut hanya sekilas kerana dia masih memikirkan wanita yang sudah berjaya menawan hatinya setelah 2 tahun dia ditinggalkan oleh kekasih hatinya.Walaupun dia tahu dia akan disakiti tetapi hatinya kini kuat mengatakan wanita tersebut sesuai untuk jadi pendampingnya.Doktor Ashraf memberanikan diri untuk bertemu dengan Iylia Liyana.”Aku mesti dapatkan jawapan!Aku tak kira!”desis hatil kecilnya.Dia berjalan ke bilik vip itu dengan penuh yakin dan bergaya.Semua mata yang melihatnya terkejut dengan jalannya yang bukan seperti biasa.


Apabila tiba di depan pintu,Doktor Ashraf berteka-teki sendiri sama ada mahu masuk atau tidak kerana tujuannya bukan seperti biasa.”Nak masuk ke tak?Ish,kenapa dengan kau ni,Ashraf?Kau kan lelaki,relax sudah.”Doktor Ashraf menenangkan dirinya dengan kata-kata yang membuatkan dia tidak risau.Ketika dia ingin membuka pintu bilik vip tersebut tiba-tiba ada seorang nurse datang dengan alat bp.
“Doktor,mari masuk,”kata misi itu sambil mengukirkan senyuman dan membuka pintu.Kelihatan Iylia Liyana sedang baring membaca surat khabar yang dibawa oleh bos barunya petang tadi.Doktor Ashraf mengikuti dari belakang dan hanya melihat nurse itu check tekanan darah dan jantung Iylia.Iylia Liyana baru perasan yang doktor muda itu mendiamkan diri seperti ada perkara yang bermain dalam mindanya.Setelah semuanya selesai,nurse itu meminta diri untuk keluar.Keadaan Iylia semakin membaik walaupun perutnya masih terasa sakit.Dia berasa pelik kerana Doktor Ashraf tidak bercakap dengannya dan memandang keadaan sekeliling ruang vip itu.
“Doktor!Ada masalah ke?”tanya Iylia Liyana.
“Hmm…tak adalah.Perut awak masih sakit ke,Iylia?”tanya Doktor Ashraf dan menghampiri katil Iylia Liyana.Iylia hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam tu,awak mungkin akan keluar esok tapi saya akan check dulu sebab saya takut sakit dekat perut awak tu datang lagi.”Doktor Ashraf  memberitahu pesakit di hadapannya dengan tenang walaupun sebenarnya pemikiran dan hatinya bukan berada di situ.Dia cuba berlagak professional sebagai doktor yang berkaliber dengan tidak menunjukkan masalahnya di hadapan pesakit tetapi hakikatnya dia seorang yang gelabah kalau ada masalah timbul.Iylia Liyana menunggu reaksi Doktor Ashraf dan kelihatan doktor yang memiliki tinggi 165cm itu sedang bertafakur sebentar.
"Sebenarnya doktor nak cakap apa?”tanya Iylia tanpa segan silu.Doktor Ashraf menunjukkan reaksi risau dan dahinya berpeluh-peluh akhirnya dia memberanikan diri untuk jawab pertanyaan Iylia.
"Err...kawan awak mana,Iylia?"Iylia Liyana ketawa terkekek-kekek."Hahahaha,tak sangka doktor yang handsome bergaya ni boleh jadi lemah sebab seorang perempuan.Doktor kena tengok dekat cermin macam mana muka doktor bila risau.Hahaha,kelakarlah doktor ni.Pandai buat lawak,"kata Iylia Liyana sambil memegang perutnya supaya tidak sakit kerana gelak terlalu banyak.
"Iylia,saya tanya serious ni bukan main-main,"marah Doktor Ashraf.
"Sorry,doktor.Tak sengaja nak gelakkan tapi muka dotor tadi memang kelakar macam ayam berak kapur.Hahaha."Iylia masih belum berhenti membahan doktor tampan itu.Maruah Doktor Ashraf bagaikan tercalar dgn sikap pesakitnya yang gila-gila ini.
"Cik Iylia Liyana bt Ismail,boleh ke tidak cik memberitahu keadaan sebenar kawan baik cik,"tegas Doktor Ashraf sambil berpeluk tubuh dan mukanya berubah menjadi garang seperti harimau yang sedang lapar.
"Okay-okay.Baiklah,Encik Ashraf.Sekarang ni Cik Athirah masih berada di kedai tengah layan pelanggan lelaki,"kata Iylia selamba.Dia sengaja ingin melihat reaksi muka Doktor Ashraf.Jelas ternyata muka doktor tersebut berubah menjadi merah dan memandang sinis ke Iylia.Iylia Liyana tersenyum.
"Athirah dekat kedai roti lagi.Dia ada banyak kerja,boss saya kata tadi hari ni dia balik pukul 10.30.Doktor nak ambil dia ke?"
"Boleh bagi alamat kedai roti tu?"Iylia Liyana menuliskan alamat tersebut di atas kertas.Doktor Ashraf tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih.Setelah menyerahkan alamat,Doktor Ashraf meminta izin untuk keluar. Iylia sempat berpesan kepada doktor muda itu ketika lelaki hidung mancung itu ada di muka pintu.”Doktor,hati-hati tawan hati perempuan,jangan lupa bagi ayat manis-manis.Good Luck!Fighting!"kata Iylia Liyana sambil menunjukkan tangan yang digenggam dan senyum sampai ke telinga.
 "Jangan risau dengan jejaka manis ni,"balas Doktor Ashraf sambil menepuk dadanya membuat tanda megah.Iylia Liyana tergelak-gelak melihat aksi doktor macho itu."Hahaha,kelakarlah doktor macho ni,"kata Iylia Liyana dan mengetuk bantalnya.Sebenarnya dia tidak sangka bahawa jejaka yang mempunyai kelulusan tinggi ni seorang yang kelakar dan gelabah.Tiba-tiba hati kecilnya terdetik.”Alangkah indahnya kalau boss baru aku tu macam doktor,tak adalah aku terseksa batin aku ni.Kalau kerja mesti hidup aku happy!”Iylia Liyana mengangkat kedua tangannya.”Eh!Kejap-kejap.Kenapa aku mesti fikir pasal mamat tu?”tanya Iylia dalam hati,dia sendiri kebingungan.Akibat penat memerah otak kerana fikirannya jauh dari yang dijangka,dia merebahkan dirinya di atas bantal yang empuk itu dan tertidur.




    Airina Batrisya merebahkan dirinya dengan berniarap di atas katil sambil rambutnya di ikat dengan satu ikatan.Lalu dia mengambil telefon bimbitnya di sebelah bantal.Tiada sebarang pesanan ringkas yang masuk di dalam peti simpanan itu.Airina berasa hampa dan kecewa.Baginya jika dia menghantar pesanan ringkas tersebut egonya akan jatuh kerana selama ini tunangnya tidak akan pernah memujuk dia selama Airina Batrisya bersama dengan Alif Azmi disebabkan dia selalu mengalah apabila ada persengketaan antara mereka.Lama kelamaan Airinna Batrisya menjadi geram dan baring menghadap kipas di syiling.
"Rin,Kau buat apa tu? Tak keluar lagi ke dengan tunang Kau,"tanya suara orang yang sedang berdiri di muka pintu itu.
"Ish,mak ni.Buat terkejut orang je.Lain kali nak masuk ketuklah pintu dulu tak pun panggillah Rin,"jawab Airinna Batrisya lalu duduk bersandar di tepi katil.
"Mak dah panggil berapa kali,kau je yang tak dengar.Dah sampai negara mana kau berangan?"tanya Puan Badariah dan mengambil tempat di sebelah anak tunggalnya.Airina Batrisya masih melihat telefon bimbitnya dan masih tiada sebarang panggilan.Puan badariah memerhatikan gelagat anaknya lalu dia bersuara apabila Airina mengendahkannya.
"Telefonlah Alif tu.Sampai bila nak gaduh ni."Puan Badariah menyarankan agar anaknya itu menyelesaikan pergaduhan dengan cepat kerana dia takut rancangannya gagal.
"Arghh!malaslah.Asyik Rin je yang mengalah.Rin nak dia yang pujuk kali ni."
"Semalam dia datang tak nak pulak jumpa dia."
"Itu tak cukup mak.Rin nak abang Alif  tahu rasa betapa susahnya pujuk org."
"Apa yang Alif buat dekat anak kesayangan mak ni?"tanya Puan Badariah dan menarik Airina Batrisya ke dalam dakapannya.
"Nantilah Rin cerita.Rin tengah tak ada mood sekarang ni.Kalau Rin cerita lagi bertambah sakit hati ni,"jawab Airinna lalu meletakkan kepala di bahu ibunya.Puan Badariah menggelengkan kepala memikirkan kelakuan bakal menantunya dan Airinna Batrisya kerana dia masih tidak faham mengapa mereka bergaduh.Mungkin kerana zaman sudah baru menyebabkan mereka jadi begitu.Ketika dahulu,Puan Badariah masih ingat lagi bagaimana arwah suaminya dan dia bergaduh pasti mereka akan berbaik selepas masing-masing tidak tahan rindu.Puan Badariah tersenyum sendiri.
“Kenapa mak senyum?”tanya Airina Batrisya.

“Tak ada apa-apalah.Rahsia orang tua.Mak keluar dulu nak siap pergi kerja.Ingat sikit pesan mak ni,merajuk jangan lama sangat.Nanti tunang kau tu dikebas orang.Kau sendiri yang merana nanti,”kata Puan Badariah lalu bangun menuju ke pintu.

Airina Batrisya merebahkan kepalanya di bantal memikirkan apa yang diperkatakan oleh ibunya.Ingatan dia melayang menggambarkan wajah Alif Azmi,tunangnya adalah segala-galanya bagi dia ketika awal perkenalan mereka tetapi sejak dua menjak ini perasaan yang dirasa seperti pudar dan dia lebih tertumpu kepada mencari yang lain bukan insan jejaka yang memiliki sebuah syarikat itu tetapi dia mahukan lelaki yang selalu memberi perhatian kepada dia.Airina Batrisya mengeluh keras kerana dia merasakan tidak mampu bertahan  perangai Alif Azmi yang lebih mementingkan syarikat berbanding tunang sendiri..Keadaan memaksakan untuk dirinya terus bertahan walaupun hahkikatnya dia seperti mahu lari dari jejaka itu.

No comments:

Post a Comment