hidup ini penuh dengan cabaran dan rintangan....
semua aku hadapinya dengan tabah dan sabar...
ade banyak lagi kisah hidup ku lagi...
nak tahu tentang apa..
kenalah baca bru thu...hehehe

Thursday, April 4, 2013

Mamat Gagak vs Minah Kelapa 2


 Di dalam perjalanan ke restoran, Iylia Liyana hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar kepada mereka bertiga. Apabila Iylia memalingkan kepala memandang ke hadapan, matanya bertentang dengan bosnya yang baru. “Lelaki berlagak.harap muka je handsome tetapi perangai buruk. Kau ingat aku ada hati ke dekat kau?”Desis hati kecil Iylia.
“Boleh tahan jugak minah walaupun  tomboy tapi bukan taste aku.”Alif Azmi cakap di dalam hati dan sesekali matanya mencuri memandang Iylia Liyana. Iylia Liyana menjadi tidak selesa apabila lelaki yang dibenci kini sering melihat dia.
Setelah sampai, Iylia Liyana berjalan seperti biasa tanpa mempedulikan kakinya yang sakit dan berjalan belakang mereka bertiga. Ketiga-tiga mereka memilih pesanan daripada memakan nasi campur manakala Iylia berasa segan untuk meminta pesanan memandangkan dia hanya seorang pekerja.
“Iylia, kenapa tidak memesan makanan?” Tanya Puan Aliah dengan nada yang agak aneh.
“Tidak mengapalah,Puan. Saya memang sudah biasa makan begini,” Balas Iylia Liyana bersahaja.
“Sebenarnya dia malu tu,Mama. Dia kan pekerja sahaja mana boleh makan macam kita tak setaraf.”Alif Azmi tiba-tiba menyampuk percakapan mereka. Iylia Liyana memandang tepat ke arahnya dengan pandangan yang tajam. “Dasar lelaki suka berlagak tak kena tempat! Mamat Gagak!” Dia hanya memendam rasa dengan lelaki yang berlagak di hadapan belah kanannya.
“Alif,mama nak kamu minta maaf dekat Iylia. Kamu tak sepatutnya merendahkan dia. Iylia pun manusia biasa juga,”Tegas Puan Aliah.
“Tapi memang betul pun apa yang Alif cakap,”Balas Alif tidak mahu beralah.
Iylia Liyana makan hati dengan sikap bos baru dia. Kalau macam ni jawabnya aku memang kena buli setiap hari bila keja dibawah dia. Iylia Liyana berteka-teki sendiri nasibnya akan datang.
“Mama,tak nak anak Mama jadi sombong.”Puan Aliah masih tetap mahu membetulkan anak sulungnya.
“Ma,Alif bukan budak kecil lagi sampai Mama nak pesan Alif sampai macam ni sekali.”                                    Jawab Alif Azmi dengan nada yang kecewa. Dia berasa amat malu apabila ditegur di hadapan pekerja dan tunangnya.
“Kalau Alif dah tahu Mama punya peraturan. Alif tak akan buat macam tu dekat Iylia,”terang Puan Aliah .
Alif Azmi berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. “Okay , Mama. Alif minta maaf.”Airina Batrisya pula tidak berpuas hati dengan Iylia Liyana kerana tunangnya dimarahi oleh ibunya disebabkan Iylia. Dalam pada tidak sedar, dia menyepak kaki Iylia Liyana yang sakit itu.
“Ouch! Jerit Iylia Liyana dengan kuat dan membuat orang lain terkejut. Suasana yang agak tegang tadi menjadi kecoh secara tiba-tiba.
“Kenapa, Iylia?”tanya Puan Aliah dengan kalut .
“Tiada apa-apa,Puan. Maaf sebab tiba-tiba saya menjerit,”kata Iylia Liyana sambil menundukkan wajahnya. Ariana Batrisya hanya mendiamkan diri dan membuat muka tidak bersalah. Hari ini Iylia Liyana berasa begitu malang dan hatinya bagai dirobek oleh orang yang tidak dikenali tapi mahu mencari pasal dengannya. Nasib baik tahap kesabarannya masih tinggi. Kalau tidak sudah lama dia , membalasnya tanpa rasa hormat. Tapi dia sedar bahawa itu tidak akan membantu untuk menyelesaikan masalah melainkan dia hanya berdiam diri dan menjadi kuli.
“Iylia, lepas ini dan mulai saat ini,awak harus memanggil saya Mak Cik bukan lagi Puan Aliah.”kata Puan Aliah dengan lembut.
“Tapi kenapa,Puan?”tanya Iylia Liyana dengan bingung.
“Sebab awak bukan lagi pekerja saya,”balas Puan Aliah bersahaja.
“Mama tak patut bagi dia panggil mama macam tu.,”bantah Alif Azmi.
“Alif Azmi bin Ahmad! Berapa kali mama nak pesan. Airina,Aunty nak kamu nasihatkan Alif yang degil ini.”Kemarahan Puan Aliah tidak dapat ditahan lagi disebabkan kedegilan anak sulungnya makin menjadi-jadi apabila tamat sahaja pelajarannya di luar Negara.
“Baik,Aunty. Rin ,dah selalu dah pesan dekat dia tapi dia tak nak dengar,Aunty .”kata Airina dengan nada lenggok.
“Eh,you ni. Bila you pesan dekat I?”tanya Alif Azmi dengan terkejut. Serentak itu, raup wajah Airina Batrisya bertukar menjadi merah bagaikan ada tamparan hebat di pipinya. Iylia liyana menahan dirinya daripada senyum.”Baru kau tahu rasa macam mana dimalukan,”kata Iylia dalam hati kecilnya.Puan Aliah tidak selesa dengan keadaan yang berlaku.
“Kenapa dengan Alif hari ini?”
“Kenapa,apa?”
“Kenapa asyik cari gaduh dengan orang?”tanya Puan Aliah tidak puas hati. Riak muka Alif Azmi berubah menjadi merah dan geram apabila ibunya memperlakukan dia seperti budak.
“Ma,Alif bukan budak kecil lagi!Tolonglah faham ,”kata Alif Azmi lalu meninggalkan restoran itu. Airina batrisya mengejarnya dari belakang.
“Semenjak balik dari oversea ni Alif sudah berubah.Iylia,tolong bayarkan makanan. Mak cik nak selesaikan masalah ini.”Puan Aliah mengeluh dengan sikap perangai anaknya. Iylia liyana mengikut sahaja arahan yang diberi.”Menyusahkan betul mamat seorang ni.Dah tua Bangka pun perangai macam budak kecil,”keluh Iylia Liyana terpakasa menjadi pak turut.


“Alif! Alif! Alif!”jerit Puan Aliah.Alif Azmi menghiraukan panggilan itu.Kesabaran Puan Aliah sudah tidak tahan lagi.Dia berlari mendapatkan anaknya apabila Alif Azmi sudah berlari jauh dari restoran itu.Puan Aliah terus menyentap tangan Alif Azmi apabila dapat mengejarnya.Tunang Alif Azmi hanya berdiri kaku dan melihat gelagat dua beranak itu.
“Mama nak minta maaf sebab buat anak mama merajuk sampai macam ni.Mama mengaku yang memang mama selalu manjakan Alif tapi tak sepatutnya Alif menjatuhkan dan memalukan orang lain.Mama tak suka Alif bersikap macam tu,”terang Puan Aliah panjang lebar. Kereta yang berada ditepi jalan tidak diendahkan,masalah yang berlaku harus diselesaikan supaya tidak melarat.
“Tapi Alif bukan budak kecik yang kena tegur lagi-lagi dekat depan pekerja mama yang tomboy tu,”balas Alif Azmi tidak puas hati.
“Sebab Alif tak dengar cakap mama.Itu je cara yang ada kalau tidak Alif tak sedar apa yang mama pesan dan tolong jangan panggil Iylia macam tu.Berapa kali mama nak cakap macam mana keadaan Iylia sekali pun,dia manusia bukan haiwan untuk dihina.Haiwan pun nabi kita tak bagi hina.Mama tak nak nanti bila depan orang ramai Alif ulang perkara yang sama.”Puan Aliah menerangkan keadaan supaya Alif Azmi tahu kesilapan yang telah dia buat.Alif Azmi termenung memikirkan kesilapan dia.Baginya apa yang dikatakan oleh ibunya itu memang tidak boleh disangkal lagi dan dia sepatutnya menjaga reputasi di depan pekerja barunya.Akhirnya dia meminta maaf kepada ibunya dan pertelingkahan dua beranak itu selesai dengan baiknya.Mereka bertiga patah balik ke restoran itu bagi mendapatkan Iylia Liyana untuk pulang ke kedai kembali.


Tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki sedang berlari ke arah mereka.Mereka memandang dengan perasaan yang pelik.Setahu Puan Aliah,dia sudah membayar makanan yang dia pesan dekat Iylia Liayana.
“Mama tak bayar ke makanan tadi?”tanya Alif Azmi ringkas.Dia dan tunang juga berasa pelik.
“Mama dah suruh Iylia bayarkan.Mama pun pelik tak akan Iylia tak bayar,”jawab Puan Aliah resah.
“Alif dah agak.Dia tu tak boleh dipercayai,mama.Tengok apa dah jadi tak pasal-pasal kena kejar dengan budak pekerja restoran tu,”marah Alif Azmi sambil memasam muka dengan ibunya.
“Alif!Berapa kali mama nak pesan?”Puan Aliah juga turut sama meninggikan suara.Dia terus berjalan mendekati budak lelaki itu.
“Kenapa,dik?Saya dah suruh pekerja mak cik bayarkan.Ada masalah ke?”tanya Puan Aliah pelik.
“Bukan mak cik.Pekerja yang mak cik sebutkan tu dah bayar tapi sebenarnya.”Belum sempat budak lelaki itu merneuskan percakapannya,Alif Azmi memotong.
“Sebenarnya apa?”
“Dia tiba-tiba pengsan lepas dah bayar.Orang yang nampak dia jalan waktu nak pergi ke kaunter,dia jalan terenjut-enjut dan memegang perutnya mungkin dia kena serangan gastrik,”terang budak lelaki itu panjang lebar walaupun dalam keadaan mengah.
Mereka terus bergegas ke restoran itu dengan cepat.Tiba sahaja di restoran itu,orang ramai sedang mengelilingi Iylia Liyana.Puan Aliah dengan perasaan risau terus mendekatinya dan menampar pipi Iylia Liayana berkali-kali namun tiada tindak balas dari pekerjanya.
“Kalau macama ni, kita kena bawa pergi hospital mama,”kata Alif Azmi lalu mengangkat Iylia Liyana.
“Jangan angkat dia!”
“Kenapa dengan you?”
“Kita panggil ambulans je ambil dia dekat sini,”rayu Airina Batrisya setelah mendiamkan diri agak lama kerana tidak mahu mencelah masalah tunangnya tapi disebabkan perasaan iri hatinya terhadap Iylia Liyana,dia tidak boleh terima.
“Rin,you tak faham ke? Dia pekerja I, I kena tolong dia!”jerit Alif Azmi.Semua berada di restoran itu tersentak mendengar jeritan Alif Azmi.Mereka terus memerhatikan Alif Azmi.
“Sudah! Sudah! Jangan bergaduh lagi.Malu dekat orang,orang pandang tu.Cepat bawak Iylia masuk ke dalam kereta.”Puan Aliah meleraikan pergaduhan itu sambil menjegilkan matanya ke arah Airina Batrisya.Airina Batrisya menundukkan wajah lalu mengambil tempat di sebelah Alif Azmi.’Argh,malunya aku!Aku sepatutnya kena tunjuk baik depan dia dan mak dia kalau dia tahu perangai sebenar aku,habislah rancangan aku dengan mak aku,’kata Airina Batrisya di dalam hati.Dia  masih fikir bagaimana mahu meminta maaf kerana tidak mahu Alif Azmi dan Puan Aliah memandangnya seorang wanita yang biadap.

No comments:

Post a Comment